Posts

Showing posts from 2009

Kedatangannya Mengembalikan Semula kebenaran Yang Telah Hilang

"Akan terangkat pasukan membawa bendera hitam dari Timur lalu memerangi kalian (orang orang kufar) dengan kekuatan tempur yg sangat dahsyat dan tak terkalahkan, bila kalian menjumpainya maka Bai'at lah ia (sumpah setia), walaupun harus dengan merangkak di atas salju, (walaupun sulit untuk membai'atnya berusahalah sekuat tenaga), sungguh ia itu Khalifatullah Al-Mahdiy".(Hadits ini memenuhi persyaratan Shahih Bukhari dan Muslim.Mustadrak 'alaa Shahihain hadits no.8433). "Dari Ibn Masud r.a., ia berkata: Sewaktu kami berada di samping Rasulullah s.a.w.a.w, tiba-tiba datang sekelompok pemuda dari Bani Hayim, maka setelah nabi s.a.w.a.w melihat mereka,berlinanganlah air matanya dan berubahlah warna (muka)nya. Maka aku pun bertanya:"Kami senantiasa melihat wajahmu (berubah) ada sesuatu yang dibencinya,"maka ucap beliau: "Sungguh kami dari Ahlul-Bait, yang Allah telah memilihkan untuk kami kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Dan sesunggunnya

jaga 7 sunnah RASULLAH

Image
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: Pertama : tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Kedua : membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Ketiga : jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan
Mengenal Siapa Yahudi         Friday, 28 March 2008 15:16 Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka. Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi. Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud: "Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (
Mencari Teman Ke Syurga www.iluvislam.com Oleh: Thuaibah Editor: NuurZaffan   Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga. "Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melih
ISLAM HARAMKAN PERBUATAN MENGUMPAT   Oleh ABDUL RASHID AHMAD: (Jabatan al-Quran dan al-Hadiyh, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)   FIRMAN Allah bermaksud: "Hai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Sukakah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi amat mengasihani" (Surah Al-Hujurat: ayat 12) .   Melalui ayat di atas, Allah mengajar manusia bagaimana mereka dapat membersihkan hati dan perasaan daripada perkara yang boleh menjejaskan keharmonian kehidupan bermasyarakat.   Larangan seperti itu bagaikan benteng kukuh yang didirikan oleh Islam demi menjaga kehormatan dan kebebasan individu Muslim dalam masyarakatnya yang mulia dan unggul.   Dalam aya

Menjadi penolong (agama) Allah...

Image
"wahai org2 yg beriman , bantulah agama Allah , nescaya dia akan membantumu dan menguatkan pendirianmu " (47:7) Sudah menjadi lumrah dan ketetapan di dlm dunia ini , siapa yg menolong seseorang pastilah dia juga akan ditolong ketika menghadapi kesusahan . Begitu juga dengan Allah SWT yg Maha Adil dan maha Bijaksana , tatkala dia melihat hambanya benar2 ingin membantu menegakkan dan menyebarkan agama-Nya yg benar iaitulah ISLAM nescaya dia akan mengirimkan bantuan , kemenangan dan juga kejayaan dlm perjuangannya , kerana perjuangannya adalah benar dan matlamatnya hanyalah mencari keredhaan-Nya. Dlm perjalanan sbg pembantu Allah SWT (dlm mnegakkan agama islam) , memerlukan pengorbanan dan keikhlasan hati yg tinggi . Stp org yg menawarkan dirinya utk berjuang membantu agama-Nya paling tidak pun perlualah mengeluarkan wang ringgit walaupun seringgit dan mengerahkan segala jiwa dan tenaga utk jiwa kebenaran . Pada masa kini, amat sedikit sekali jumlah umat islam yg sanggup keluar

Ciri ciri Muslim Sejati

Image
1. Atsbatuhum mauqiifan (tsabat sikapnya) Tsabat adalah nafas rijalul haq sepanjang zaman. Ia adalah nafas Al Khalil Ibrahim as yang selalu sehat berenergi bahkan ketika menghadapi gunungan kayu yang akan melahapnya, Bilal yang tegar ditindih batu, Sumayyah martir syahidah muslimah, dan sahabat yang lain. ”Orang-orang yang tsabat harus bersabar atas anggapan bahwa perjuangan mereka dibayar, cita-cita mereka disetir, dan tujuan mereka dunia, sehingga semua tak ada yang tabu. Sogok, suap, kolusi, penyalahgunaan kekuasaan, fitnah, pemutarbalikan fitnah mereka halalkan, tak peduli bendera apapun yang mereka kibarkan : demokrasi, kekyaian ataupun HAM. .. Maka diperlukan ketsabatan untuk sampai pada saatnya masyarakat memahami kiprah da’i yang sesungguhnya, jauh dari prasangka mereka yang selama ini terbangun oleh kerusakan perilaku da’wah oleh sebagian kalangan.” (Untukmu Kader Dakwah, Rahmat Abdullah) Tsabat artinya memiliki kekokohan sikap dan keteguhan prinsip, amanah, dan profesional

Hatiku Sebesar Cawan

Image
Editor : arisHa27 " Aduhai, kenapakah hidup aku selalu dirundung malang begini..? " lelaki itu berkeluh-kesah. Selama hidupnya, dia tak pernah merasakan ketenangan yang sebenar. Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri. Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung. Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu diwajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, " bagaimanakah boleh ku nikmati hidup begitu juga? " . Lalu, dia terus berperi kepada lelaki tua tersebut. Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu

Solat dan Penemuan Sains

Image
Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.Tetapi kenapa? Dalam surah Al-Mukminun ayat 1-2 dan 9, Allah SWT manjelaskan, "Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka....Dan mereka yang memelihara solat mereka" Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardhu. Solat merupakan satu ibadah yang amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun ia tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama. Nabi pernah bersabda " Solat itu tiang agama,sesiapa yang meninggalkannya ibarat dia meruntuhkan agama " Solat dan Penemuan Sains Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia. Mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa. Di samping itu, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa

10 Muwassafat Tarbiyah

Image
Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah: 1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism) Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya: "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan." Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan. 2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq) Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw.

Penghalang-Penghalang dalam Menuntut Ilmu

Image
Ilmu adalah cahaya yang dikaruniakan Allah kepada manusia. Tidak diragukan lagi kedudukan orang yang berilmu disisi Allah adalah lebih tinggi beberapa derajat. Hanya orang-orang yang berilmu & berakal lah manusia dapat memahami kebesaran Allah melalui penciptaan alam semesta beserta segala isinya.Demikian mulia kedudukan orang yang berilmu sehingga Rasulullah meriwayatkan dalam sebuah hadis“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu maka Allah mudahkan jalannya menuju syurga. Sesungguhnya malaikat akan membuka sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena ridha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit maupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan di atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, Yang mereka wariskan hanyalah