"Sekiranya anda mampu untuk menulis demi Islam, maka tulislah seberapa banyak yang mampu. Tinggalkanlah pesanan-pesanan berharga buat ummat yang sedang lalai. Mudah-mudahan suatu hari nanti apabila mereka terbaca mereka mampu tersedar dan memperoleh kekuatan untuk membuat perubahan bagi diri mereka dan orang lain."

-Mohd Hakimi Bin Lockman

"A leader is a reader".

-anonymous


Friday, January 22, 2010

Petikan dari nasihat Alqomah[1] kepada puteranya


Berpesan Al Qomah kepada puteranya, “wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat maka hendaklah engkau memilih teman teman yang memiliki sifat yang berikut,

  • Jika kamu di timpa oleh bencana maka temanamu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan masalahmu itu
  • Jika kamu meminta baantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka ia akan segera mengusahakannya
  • Jika kamu merancang sesuatu maka temanmu ituakan turutmebantumu dengan memberikan pandangannya
  • Jika kamu bercakap cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata kata mu itu
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataanmu dia akan segera menutupinya
  • Jika kamu mengeratkan tali persahabatan itu maka dia akan menyambutnya dengan baik malah membalasnya kembali
  • Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka dia akan mengingatinya, menghargai dan menyebutkan kebaikanmu itu
  • Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu daripadanya maka dia akan bertanyakan kesusahanmu itu
  • Jika kamu berselisih faham dengannya maka dia lebih rela mengalah untuk memelihara persahabatan itu


[1] Ejaan bahasa Arab bagi Alqomah ialah علقمة . Nasihat ini dipetik dari Kitab al-Bayan Wa al-Tabyin krg al-Jahidz.


http://www.zahazan.net/index/index.php?option=com_content&view=article&id=196:petua-memilih-sahabat&catid=52:article&Itemid=130



bermulanya usrah....

dakwah Pictures, Images and Photos







alhamdulillah, bersyukur kpd Allah taala dgn izin- Nya... dpt jugak akhir nya mnjalankan usrah utk kali prtama nya.. Alhamdulillah stkat ni dh ada 7 kump. usrah... 4 drpd nya di conduct oleh ikhwah UTM dan selebihnya ikhwah drpd Mj itu sndiri iaitu ana , mu , and kumin....

Jd, utk pd prmulaan nya , cam biasa la ... taaruf... brdasarkan prjumpaan yg prtama skali dibuat... trdapat 13 org ahli dlm kump. ana... ada yg drpd sma kota tggi , sma pt raja , mp , M A K , sma Bugisiah.... jd , byk la wajah2 bru yg insyllah akan mnyambung tali perjuangan para nabi dan rasul serta ulama2 .... smoga mrk ini yg akan mnjadi tiang harapan bg umat ini....

Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari
melakukan larangan Allah)

(9 : 122)



Friday, January 15, 2010

2 minggu di Maahad Johor

Alhamdulillah.... satakat ney da 2 mggu da kt mj.... leh thn gak rsenyer duk sne.... dotmbah lg lak dgn kpelbagaian jamaah.... ada tariqat... ada tabligh.... anf insyallah lpas ni akan ada usrah... insyallah stakat ni kita cuba mnyebarkan dakwah mlalui tazkirah ptg... slps asar... dan alhamdulillah smbutan nya ckp mngalakkan.... insyallah ruh dakwah ini akan trus mnerus brjalan x kira di mana jua....


"Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya. (79)"

(3 : 79)