Posts

Showing posts from 2012
Image
Nampak gayanya , sekarang ni memang Mesir sudah benar - benar mengalami musim sejuk . Namun , tidak pasti lagi kesejukan itu masih lagi mampu meredakan kepanasan  hati golongan liberal dan sekular yang kian hari membantah tindakan Presiden Mursi melakukan perubahan ke atas dustur (perlembagaan) Mesir. Ada sahaja rakan yang berpendapat , memang patut pun Mursi buat macamtu , biar terketuk sikit kepala diorang ni . Tak tahulah nak kata apa , cuma mendoakan agar Mesir ni sentiasa dalam keadaan aman dan damai . Dan kalau ada lagi di Malaysia yang ada rasa macam Mesir ni tengah huru - hara , jangan risau , ia taklah seteruk yang disangka . Alhamdulillah , kami masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa bahkan sekarang ni kami sedang sibuk membuat persiapan bagi menghadapi imtihan yang kian menjelang . Rata - ratanya akan bermula kira-kira lewat bulan Disember . Sama macam tahun yang sebelum ni , winter oh winter . Nasib baiklah takda salji kat Mesir ni . Kalau dah takde salj
Image

5 minggu lagi

Image
Nampaknya tinggal sebulan sahaja lagi peperiksaan fasa pertama bakal berlangsung bagi para mahasiswa al-Azhar . Diharapkan masing - masing dapat menyediakan diri untuk menghadam segala bentuk isi subjek yang telah dipelajari agar dapat menjawab soalan peperiksaan yang bakal menjelang tiba dengan baik dan cemerlang dan menjadikan mahasiswa al-Azhar mahasiswa yang berkualiti . 

quotes of this month

Image

Tarbiyyah memupuk manusia menilai

Image
Seorang bayi yang sudah mencapai setahun mahupun dua tahun sudah pastinya sudah mampu untuk merangkak ataupun merangkak . Namun , cuba kalau kita letakkan di hadapannya sebuah gula - gula dan juga sekeping wang kertas bernilai RM 100.00 . Apakah yang akan dia pilih ? Adakah dia akan memilih gula - gula yang manis itu ataupun sekeping wang kertas RM100.00 yang begitu bernilai . Sudah tentu - tentulah dia akan memilih gula - gula tu , sebab dia tahu yang gula - gula tu manis dan sedap dan dia pun tak tahu apa yang ada pada sekeping not RM100.00 . Tetapi , kalau kita ajar dan didik bayi tu sampai dia faham yang RM100.00 tu boleh digunapakai untuk berbagai perkara , pastinya bayi tersebut akan memilih sekeping not bernilai RM100.00 itu tadi . Pada masa yang sama , bayi tadi takde pun diberitahu yang gula - gula tu sedap tapi , itulah fitrah manusia yang mana dia tentunya akan memilih benda - benda yang cantik dan menarik dari segi luaran untuk pertama kalinya apabila dia melihat se

promo konsert love palestin....

Image

jihad : antara kefahaman dan perlaksanaan

Image
Seorang sahabat saya pernah memberikan sebuah memberikan taujihat di dalam suatu program yang telah dijalankan bagi menyusun dan merancang strategi sebagai persiapan agar kita semua mampu memperoleh natijah yang cemerlang di dalam imtihan dan kehidupan .  Di dalam kalam taujihat (kata - kata nasihat) nya , beliau ada membacakan ayat al - quran yang berbunyi  "....dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan sebenar - benar jihad , dialah yang telah memilih kamu..." ayat ini terkandung di akhir surah al - hajj , dan beliau telah mengupas beberapa perkara daripada ayat yang telah di highlight -kan daripada surah ini antaranya :  1. Jihad bukanlah apa yang disebut - sebutkan sebagai menghunuskan pedang dan mengangkat senjata sebagaimana banyak di salah ertikan oleh ramai pihak pada hari ni . 2. Apabila dikatakan jihad ianya boleh difahami melalui suatu gambaran yang menggambarkan seseorang yang mengerahkan segala tenaga dan usahanya dan merasai se

minyak untuk dakwah

Image
sebuah kereta yang mewah , cantik dan memukaukan mata yang memandang takkan mampu memberi apa - apa kalau takde minyak yang telah diisi untuk sesebuah perjalanan , tak kiralah samada jauh mahupun dekat.  macam tu jugak handphone , lawa dan canggih macammana pun , kalau takde bateri , maunya kita nak pakai . Kenalah cas dulu , kalau tak jadi perhiasan je lah.  Apa yang saya nak kaitkan daripada dua perkara diatas ialah benda yang boleh menggerakkan kita di dalam dakwah ni . Sudah menjadi sunah (ketetapan) bagi alam ini , pastinya tiap - tiap suatu perkara memerlukan bekal dan tenaga untuk menggerakannya .  Sekiranya kereta yang sedang bergerak tadi kehabisan minyak , sudah pastinya ia akan terhenti di tengah - tengah jalan . Begitu juga handphone yang digunakan kehabisan bateri , tentunya ia akan terpadam dengan sendirinya .  Itulah juga daie bekalan tenaga yang perlu ada pada dirinya ialah sebuah tingkatan iman yang sangat tinggi dan dengan kekuatan iman inilah

muhasabah tak sampai seminit ........

Image
hari ini adakah kita masih bersyukur bahawa kita masih lagi hidup dengan nafas keimanan ? adakah sudah segala kewajipan solat dengan sempurna dan berjemaah ? adakah kita solat diawal waktu atau kita melewatkannya? adakah iman kita berada di tahap yang paling tinggi atau yang paling rendah ? adakah kita sudah menolong saudara kita yang seakidah di dalam urusan mereka ? berapa banyak muka surat al - Quran yang kita dah baca ? adakah kita sudah beristighfar sebanyak mungkin ? adakah kita masih lagi merasa remeh dengan dosa - dosa kecil dan tak takut dengan dosa - dosa besar ? adakah kita masih lagi lalai dan leka dengan urusan - urusan duniawi yang tak berfaedah ? adakah segala amal yang kita lakukan kita buat dengan ikhlas ? dan segala soalan yang sewaktu dengannya ...... ini sekadar soalan cepumas buat diri kita . Tarik nafas dalam - dalam . Jawab di dalam hati dengan jujur . Moga - moga diberikan hidayah dan taufiq oleh Allah...
"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.

merdeka!!

Image
salam kemerdekaan .... alhamdulillah ..... pada hari ini.... rakyat negara Malaysia , masih lagi mampu mengirup nafas kebebasan.... bebas menjalankan kehidupan seharian... bebas melakukan pekerjaan... boleh lagi nak belajar dengan aman.... nak online masa - masa kosong tulis blog.... jadi... gunakanlah kebebasan tersebut seeloknya.... penuhi ruang-ruang yang ada dengan sebaiknya... kalau kita banyak baik , yang baiklah hasilnya... kalau banyak buat jahat.... tau - tau jelah apa akan terjadi... p/s : disaat kita bebas , lakukanlah sebanyak mungkin persediaan untuk perkara yang boleh membebaskan diri kita disaat kita dilanda kesempitan.....

Mahasiswa dan ketundukan kepada tuhan

Image
Mahasiswa merupakan salah satu daripada komponen penting dalam membentuk kemajuan sesebuah negara samada negara tersebut negara maju mahupun negara membangun . Ini adalah kerana di antara faktor – faktor yang diambil dalam usaha untuk memajukan sesebuah negara ialah perlunya ada golongan yang bijak pandai dan berfirkiran luas serta mampu untuk merancang satu kemajuan bagi sesebuah negara dan antara golongan yang terlibat dalam faktor tersebut ialah golongan mahasiswa .                 Kita sedia maklum dan tahu bahawa golongan mahasiswa merupakan golongan yang sedang menyambung pengajian di peringkat tinggi iaitu peringkat universiti . Malah , sistem pendidikan yang berlangsung di peringkat mereka bukanlah sama seperti di peringkat rendah mahupun menengah yang mana lebih menjurus kepada sekadar belajar dan menjawab peperiksaan ,  tetapi lebih menjurus kepada kajian dan menghasilkan sesuatu konklusi daripada kajian tersebut .                 Seterusnya , kita pergi ke

santai bersama quotes

Image
quotes ..... satu cara yang sangat menarik dalam menyampaikan mesej .... lebih - lebih lagi dalam menyampaikan mesej islam.... lebih ringkas , simple dan tenang.... penuh berseni... penuh bermakna.... p/s : bukan sajak ... ^_^ ''selamat beramal''
"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."
"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

selamat hari raya ~

Image
selamat hari raya buat muslimin dan muslimat di seluruh dunia.... taqabbalallahu minna wa minkum.... kullu sanah wa entum bi khair ..... tahun ni nampaknya first time raya kat cairo..... walaupun tak semeriah kat malaysia.... namun , tetap bersyukur kerana dapat lagi bersama  kawan - kawan di sini .... semoga syawal yang hadir pada kali ini .... mampu menceriakan lagi perjalanan hidup... walau dimana jua kita berada.... -cairo,egypt

salam ramadhan.... jangan lepaskannya begitu sahaja

Image

bukakla topeng tu.....

Image
A pa guna kita ni hidup , kalau kita hidup dengan penuh penipuan . Tipu sana , tipu sini , tipu depan , tipu belakang . Akhirnya , hasil daripada perlakuan kita ni memakan diri sendiri . Biasanya , orang yang suka menipu ni dia ada sikap tamak yang sangat - sangat dalam diri dia . Merasakan bahawa dia perlukan suatu jalan mudah untuk mencapai matlamatnya maka diambil jalan yang paling simple iaitu menipu . Walaupun pada hakikatnya dia berjaya memperolehi apa yang dia nak , namun pada hakikatnya dia takkan mengerti hakikat kebahagiaam yang  sebenar. Sebab segala kebahagiaan dia perolehi , hanyalah khayalan semata - mata . Kebahagiaan yang  terhasil daripada kepura - puraan maka nikmatnya juga adalah sandiwara . Tabiat menipu ni memang takleh lari la daripada semua orang . Siapa je yang tak pernah menipu ? Habaq mai sikit ... Cek nak tengok sapa yang rasanya jujur sangat tu . Tapi takdela sampai sanggup kita khianat pada mana - mana pihak pun . Mungkin masa budak - budak d

dah redy ke......

Zaman sekarang ni, cuba kita tanya kawan kita , agak - agak dia kira tak Ramadhan berapa hari lagi ke ataupun tiba - tiba je da puasa .... huhuh... ataupun adakah kita sendiri yang tak amik kisah.... takpelah , kalau kita ni pun bukan jenis yang suke tengok kalendar Islam .... Apakah kita sudah bersiap - sedia menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba..... Saya tertarik dengan sebuah analogi daripada seorang ikhwah yang memberikan taujihat baru - baru ini , di dalam penyampaian beliau , beliau memberikan sebuah situasi dimana berlakunya suatu event iaitu kehadiran sultan ke tempat kita sepertimana yang berlaku di kebanyakan tempat , sudah tentunya para ad-hoc bertungkus - lumus menyediakan segala persiapan dengan rapi dan teratur dan sudah pastinya akan memastikan bahawa kehadiran sultan tersebut mestilah disambut dalam keadaan tiada cacat dan celanya.... Jadi , sebegitulah rupanya yang sepatutnya kita perlakukan terhadap bulan Ramadhan yang mulia yang bakal tiba tak

take five....

Image
''fuuuuuu'' ''hah, letih.......'' ''haih.....  ngantuknya....'' Inilah mungkin ungkapan yang biasanya akan disebutkan oleh manusia - manusia yang keletihan. Lebih - lebih lagi al-akh yang sangat aktif berprogram ataupun yang selalunya orang yang baru balik kerja lah.  Terkadang ada diantara kita yang bertungkus - lumus berusaha mengejar matlamat dan impian , sehinggakan lupa untuk menyediakan 1 ruang masa untuk berehat dan menenangkan fikiran apatah lagi untuk bersama - sama kawan - kawan dan ahli keluarga .  Biasanya biler dah  berlaku benda camni , tu  yang kadang - kadang kita rasa stress , tension dan sebagainya. Bahkan lagi teruk biler kita jadi tak tentu hala. Pastu, mulalah buat tu tak kena, buat ni tak jadi. Kemudian, kita menyumpah - nyumpah sorang - sorang.  Jadi, janganlah kita takut nak meletakkan masa dalam jadual kita suatu ruang rehat yang sekadar cukup untuk menghilangkan penat , dan jugak k

berjayalah

Image
          Orang yang berusaha dengan penuh kesabaran tanpa mengenal erti putus asa kelak akhirnya akan mendapat kejayaan . Sekiranya dia tak berjaya sekalipun , sekurang - kurangnya dia telah berusaha dan dia telah mempelajari sesuatu yang bermakna buat hidupnya . sepertimana firman Allah yang telah disebutkan di dalam al - Quran al - Karim ,       ''dan orang - orang berusaha di jalan kami nescaya kami akan tunjukkan jalan kami ......'' akhir kalam, janganlah berhenti untuk bermimpi untuk mencapai kejayaan , kerana kejayaan adalah milik semua orang ...... (^_^)

layakkah dibenci.......

Antara yang selalu sangat ditekankan di dalam akhlak Islamiah ialah supaya kita tak membenci sesiapa pun selagi mana dia itu seorang yang masih lagi bergelar ''anak adam'' . Ini kerana Allah swt telah memuliakan anak - anak adam .  Ketika saya berada di sekolah menengah , ada seorang senior saya suka untuk menekankan suat perkara yang sangat mulia , iaitu beliau sering menyebutkan di daam taujihatnya supaya kita ni janganlah membenci akan seseorang , tetapi cukuplah kita membenci akan sikapnya yang buruk itu . Apa yang saya mengerti ialah kita mestilah mengambil iktibar daripada sikap buruk sahabat kita yang pada pandangan kita bahawa si pelaku sebenarnya sedang mengaibkan dirinya sendiri . Moga - moga kita tidak dijangkit sikap buruk tersebut. Sesudah senior saya berpindah pula, datang seorang warden muda yang baru . Dalam masa beliau menjadi warden kelihatan ramai yang tidak berpuas hati akan dirinya yang sangat aktif menjaga asrama . Sehinggakan ramai jugala

f.a.s.a.d......

Image
salam bloging..... kali ni saya takde bende sangat yang nak diposkan kat blog saya ni... cuma adala sikit sikit bende yang nak di share kan.... alhamdulillah , Allah masih berikan kita nikmat Iman dan Islam.....           kat tajuk tu saya ada tulis 5 huruf yang berbunyi fasad , fasad ni salah 1 perkataan arab yang bermaksud kerosakan . Suka saya untuk men'' translate ''kan perkataan arab yang simple - simple ni kepada bahasa melayu sebab saya nak gak orang - orang melayu ni takde la taw ana anta jek.  Tambah la banyak sikit pemahaman bahasa arab . Sebab banyak sumber agama Islam ni dari bahasa arab lebih - lebih lagi yang terang lagi bersuluh iaitu Al - quran yang kita baca sendiri hari - hari tu . Ok, da tawla kan maksod fasad tu kan. Cukup sampai situ.  Apa yang saya cuba nak kongsikan kat sini , pasal fasad ni , pasal kerosakan ni , ialah '' fasadatul ummah '' . ''kerosakan umat''. Hari ni saya baru lepas disyara

ingat apa tu....

Image
perkataan ''ingat'' dalam bahsa arab seperti yang kita makruf wal maklum ialah ''az-zikr'' ..... namun , selalunya apabila disebutkan perkataan ''ZIKRULLAH'' akan terlintas di setiap benak hati masing - masing lafaz - lafaz TASBIH , TAHMID , TAKBIR , TAHLIL dan sebagainya.... Sebenarnya , zikrullah itu maksud yang paling mudah ialah MENGINGATI ALLAH .... namun , seringkali kita menyempitkan fikiran kita dengan membayangkan bahawa apabila disuruh untuk setiap masa berzikir , maka kita pun sibuklah kata susah , payah and sebagai nya kerana kurangnya kefahaman yang simple iaitu memahami dari segi maksud yang mafhum sahaja.... Sebab itulah dalam perbahasan mengenai isu - isu agama banyak menekankan takrifan bahasanya , istilahnya ... suapaya kita tahu apa yang nak dismpaikan dan mesej yang nak dibawa .... dan takdela kita merasakan bahawa apa yang nak dibawa itu susah... Tapi saya bukanlah nak citer panjang lebar pasal tak

unforgetable history......

Image
boleh klik pada gambar kalau kurang jelas.....

coretan maulid.....

Image
salam maulidurrasul buat para muslimin .... moga2 kegembiraan kita menyambut maulidurrasul pada kali ini lebih , lebih dan lebih lagi menambah cinta dan sayang kita kepada Ar-rasul SAW dan mempertingkat kelaziman kita dalam mengamalkan sunnah baginda SAW yg tercinta ..... bahkan kita terus tetap memperjuagkan sunnah baginda SAW yg terbesar iaitulah berdakwah di jalan Allah taala .. dan terus menerus beramal soleh serta mengajak org lain utk bersama - sama beramal soleh agar kita sama2 dapat megecapi nikmat kemanisan iman itu ..... dan akhirnya sama2 memperoleh Jannah yg dinanti-nantikan.... Sesungguhnya apbila kita menghayati sirah baginda SAW , kita akan dapati bahawa insan yg agung ini tidak pernah melepaskan masa walau sesaat untuk melepaskan tanggungjawab memimpin umat ini kepada jalan yg lurus dan benar ... dan x pernah megenal erti jemu da putus - asa dalam nak membawa umat kepada kejayaan di dunia mahupun akhirat .... Apakah kita sendiri akan mensia-siakan segala pen