"Sekiranya anda mampu untuk menulis demi Islam, maka tulislah seberapa banyak yang mampu. Tinggalkanlah pesanan-pesanan berharga buat ummat yang sedang lalai. Mudah-mudahan suatu hari nanti apabila mereka terbaca mereka mampu tersedar dan memperoleh kekuatan untuk membuat perubahan bagi diri mereka dan orang lain."

-Mohd Hakimi Bin Lockman

"A leader is a reader".

-anonymous


Sunday, March 25, 2012

f.a.s.a.d......

salam bloging.....

kali ni saya takde bende sangat yang nak diposkan kat blog saya ni...
cuma adala sikit sikit bende yang nak di share kan....
alhamdulillah , Allah masih berikan kita nikmat Iman dan Islam.....

          kat tajuk tu saya ada tulis 5 huruf yang berbunyi fasad , fasad ni salah 1 perkataan arab yang bermaksud kerosakan . Suka saya untuk men''translate''kan perkataan arab yang simple - simple ni kepada bahasa melayu sebab saya nak gak orang - orang melayu ni takde la taw ana anta jek. 
Tambah la banyak sikit pemahaman bahasa arab . Sebab banyak sumber agama Islam ni dari bahasa arab lebih - lebih lagi yang terang lagi bersuluh iaitu Al - quran yang kita baca sendiri hari - hari tu . Ok, da tawla kan maksod fasad tu kan. Cukup sampai situ. 

Apa yang saya cuba nak kongsikan kat sini , pasal fasad ni , pasal kerosakan ni , ialah ''fasadatul ummah'' .
''kerosakan umat''. Hari ni saya baru lepas disyarahkan muqaddimah buku ''Tarbiyah Islamiah wa Madrasah Hassan Al - Banna'' . Dalam muqaddimah tu adala menceritakan mengenai fasad yang ditimpakan keatas ummat ini . Daripada apa yang ditulis , ada 2 fasad yang terjadi kepada umat ini setelah kejatuhan khilafah Islamiah :

1.Penjajahan barat yang akhirnya menukarkan sistem Al-Quran kepada sistem perundangan ciptaan manusia.

-umat Islam umpama anak yang kehilangan ibunya.
- akhirnya pada hari ini umat Islam da takde lagi sape - sape yang nak bela. Bahkan umat Islam itu sendiri pon da hilang identiti diri . Jadi mereka bergantung pada sistem kapatilis , sosialis , komunis dan sebagainya yg bukannya makin membela manusia , tapi makin banyak menindas.

2.Islam menjadi mundur

-bilermana tanya kat orang apa itu Islam mereka akan kata Islam ni cukupla orang yang kat masjid tu , yang pakai kopiah , yang pakai serban , yang sekolah agama dan bla bla bla.... padahal Islam tu syumul (lengkap)
-lagi sedih apabila islam itu dikaitkan dengan terorists . Islam a peace religion , how can u say like that....

aiwah , tulis banyak - banyak pon tak tawla sape nak bace . Tapi , kenapa saya tulis bende - bende ni. Just nak ingatkan kawan - kawan yang baca ni supaya bukak balik minda kita supaya kita sedar tanggungjawab dan tugas kita . Segalanya perlu kita mulakan daripada diri kita sendiri . Mulakanlah langkah kita pada saat ini kalau kita masih berada di pangkuan jahiliyah . Saya pon bukanlah insan yang sempurna nak tulis - tulis pasal bende ni , cuma saya rasa gembira untuk berkongsi bende yang nampak simple tapi se''simple'' manakah kita menghadapi fasad yang berlaku pada agama Islam dan umat pada hari ni....

~wallahualam









Sunday, March 4, 2012

ingat apa tu....

perkataan ''ingat'' dalam bahsa arab seperti yang kita makruf wal maklum ialah ''az-zikr'' .....
namun , selalunya apabila disebutkan perkataan ''ZIKRULLAH'' akan terlintas di setiap benak hati masing - masing lafaz - lafaz TASBIH , TAHMID , TAKBIR , TAHLIL dan sebagainya....

Sebenarnya , zikrullah itu maksud yang paling mudah ialah MENGINGATI ALLAH ....
namun , seringkali kita menyempitkan fikiran kita dengan membayangkan bahawa apabila disuruh untuk setiap masa berzikir , maka kita pun sibuklah kata susah , payah and sebagai nya kerana kurangnya kefahaman yang simple iaitu memahami dari segi maksud yang mafhum sahaja....

Sebab itulah dalam perbahasan mengenai isu - isu agama banyak menekankan takrifan bahasanya , istilahnya ...
suapaya kita tahu apa yang nak dismpaikan dan mesej yang nak dibawa ....
dan takdela kita merasakan bahawa apa yang nak dibawa itu susah...

Tapi saya bukanlah nak citer panjang lebar pasal takrif takrif nih ....
cuma saya nak tekankan supaya kita memperluaskan skop ibadah kita .....
jadi , biar kita setiap hari melakukan perkara yang simple , tapi berterusan....

TAKNAK AMIK SMUA JANGAN TINGGAL SEMUA....
jangan sebab kita rasa susah nak kecapi semua amalan para ulama , abid , aulia (wali - wali) kita terus malas untuk beribadah .... lebih - lebih lagi berzikir kepada Allah...

Ingatlah Allah selalu , itulah zikir yang terbaik ....
kalau hari - hari , setiap waktu dan setiap saat kita sekadar berwirid sahaja tetapi tidak mengahdirkan Allah di dalam hati maka itu lebih sia - sia dan boleh jadi tak memberi kesan pada jiwa ....
sebab tu mungkin amalan da banyak .... tapi perangai sama jugak....

Apabila kita senantiasa mengingat Allah , disitulah kekuatan....
Apabila kita senantiasa mengingat Allah , disitulah dinding dari segala kejahatan...
Apabila kita senantiasa mengingat Allah , disitulah lahirnya kejujuran dan ketelusan....
Apabila kita senantiasa mengingat Allah , segala apa yang ada di dunia tak ada lagi nilainya...
Apabila kita senantiasa mengingat Allah , terbebaslah kita daripada tamak dan hasad dengki
Apabila kita senantiasa mengingat Allah , sesungguhnya Allah akan ingat kita lebih hebat daripada apa yang kita usahakan , apabila hambanya datang kepadanya sejengkal maka Allah akan datang kepadanya sehasta...

maka , apalagi alasan kita untuk mengatakan bahwa kita takde masa nak beribadat berzikir kepada Allah taala....
carilah amal ibadah sebanyak mungkin sebelum terlambat.....


-dari hamba yang hina.....


Friday, March 2, 2012

unforgetable history......


boleh klik pada gambar kalau kurang jelas.....