Posts

Showing posts from July, 2012

bukakla topeng tu.....

Image
A pa guna kita ni hidup , kalau kita hidup dengan penuh penipuan . Tipu sana , tipu sini , tipu depan , tipu belakang . Akhirnya , hasil daripada perlakuan kita ni memakan diri sendiri . Biasanya , orang yang suka menipu ni dia ada sikap tamak yang sangat - sangat dalam diri dia . Merasakan bahawa dia perlukan suatu jalan mudah untuk mencapai matlamatnya maka diambil jalan yang paling simple iaitu menipu . Walaupun pada hakikatnya dia berjaya memperolehi apa yang dia nak , namun pada hakikatnya dia takkan mengerti hakikat kebahagiaam yang  sebenar. Sebab segala kebahagiaan dia perolehi , hanyalah khayalan semata - mata . Kebahagiaan yang  terhasil daripada kepura - puraan maka nikmatnya juga adalah sandiwara . Tabiat menipu ni memang takleh lari la daripada semua orang . Siapa je yang tak pernah menipu ? Habaq mai sikit ... Cek nak tengok sapa yang rasanya jujur sangat tu . Tapi takdela sampai sanggup kita khianat pada mana - mana pihak pun . Mungkin masa budak - budak d

dah redy ke......

Zaman sekarang ni, cuba kita tanya kawan kita , agak - agak dia kira tak Ramadhan berapa hari lagi ke ataupun tiba - tiba je da puasa .... huhuh... ataupun adakah kita sendiri yang tak amik kisah.... takpelah , kalau kita ni pun bukan jenis yang suke tengok kalendar Islam .... Apakah kita sudah bersiap - sedia menghadapi bulan Ramadhan yang bakal tiba..... Saya tertarik dengan sebuah analogi daripada seorang ikhwah yang memberikan taujihat baru - baru ini , di dalam penyampaian beliau , beliau memberikan sebuah situasi dimana berlakunya suatu event iaitu kehadiran sultan ke tempat kita sepertimana yang berlaku di kebanyakan tempat , sudah tentunya para ad-hoc bertungkus - lumus menyediakan segala persiapan dengan rapi dan teratur dan sudah pastinya akan memastikan bahawa kehadiran sultan tersebut mestilah disambut dalam keadaan tiada cacat dan celanya.... Jadi , sebegitulah rupanya yang sepatutnya kita perlakukan terhadap bulan Ramadhan yang mulia yang bakal tiba tak