Posts

Showing posts from August, 2012

merdeka!!

Image
salam kemerdekaan .... alhamdulillah ..... pada hari ini.... rakyat negara Malaysia , masih lagi mampu mengirup nafas kebebasan.... bebas menjalankan kehidupan seharian... bebas melakukan pekerjaan... boleh lagi nak belajar dengan aman.... nak online masa - masa kosong tulis blog.... jadi... gunakanlah kebebasan tersebut seeloknya.... penuhi ruang-ruang yang ada dengan sebaiknya... kalau kita banyak baik , yang baiklah hasilnya... kalau banyak buat jahat.... tau - tau jelah apa akan terjadi... p/s : disaat kita bebas , lakukanlah sebanyak mungkin persediaan untuk perkara yang boleh membebaskan diri kita disaat kita dilanda kesempitan.....

Mahasiswa dan ketundukan kepada tuhan

Image
Mahasiswa merupakan salah satu daripada komponen penting dalam membentuk kemajuan sesebuah negara samada negara tersebut negara maju mahupun negara membangun . Ini adalah kerana di antara faktor – faktor yang diambil dalam usaha untuk memajukan sesebuah negara ialah perlunya ada golongan yang bijak pandai dan berfirkiran luas serta mampu untuk merancang satu kemajuan bagi sesebuah negara dan antara golongan yang terlibat dalam faktor tersebut ialah golongan mahasiswa .                 Kita sedia maklum dan tahu bahawa golongan mahasiswa merupakan golongan yang sedang menyambung pengajian di peringkat tinggi iaitu peringkat universiti . Malah , sistem pendidikan yang berlangsung di peringkat mereka bukanlah sama seperti di peringkat rendah mahupun menengah yang mana lebih menjurus kepada sekadar belajar dan menjawab peperiksaan ,  tetapi lebih menjurus kepada kajian dan menghasilkan sesuatu konklusi daripada kajian tersebut .                 Seterusnya , kita pergi ke

santai bersama quotes

Image
quotes ..... satu cara yang sangat menarik dalam menyampaikan mesej .... lebih - lebih lagi dalam menyampaikan mesej islam.... lebih ringkas , simple dan tenang.... penuh berseni... penuh bermakna.... p/s : bukan sajak ... ^_^ ''selamat beramal''
"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."
"Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."

selamat hari raya ~

Image
selamat hari raya buat muslimin dan muslimat di seluruh dunia.... taqabbalallahu minna wa minkum.... kullu sanah wa entum bi khair ..... tahun ni nampaknya first time raya kat cairo..... walaupun tak semeriah kat malaysia.... namun , tetap bersyukur kerana dapat lagi bersama  kawan - kawan di sini .... semoga syawal yang hadir pada kali ini .... mampu menceriakan lagi perjalanan hidup... walau dimana jua kita berada.... -cairo,egypt

salam ramadhan.... jangan lepaskannya begitu sahaja

Image