Posts

Showing posts from September, 2012

jihad : antara kefahaman dan perlaksanaan

Image
Seorang sahabat saya pernah memberikan sebuah memberikan taujihat di dalam suatu program yang telah dijalankan bagi menyusun dan merancang strategi sebagai persiapan agar kita semua mampu memperoleh natijah yang cemerlang di dalam imtihan dan kehidupan .  Di dalam kalam taujihat (kata - kata nasihat) nya , beliau ada membacakan ayat al - quran yang berbunyi  "....dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan sebenar - benar jihad , dialah yang telah memilih kamu..." ayat ini terkandung di akhir surah al - hajj , dan beliau telah mengupas beberapa perkara daripada ayat yang telah di highlight -kan daripada surah ini antaranya :  1. Jihad bukanlah apa yang disebut - sebutkan sebagai menghunuskan pedang dan mengangkat senjata sebagaimana banyak di salah ertikan oleh ramai pihak pada hari ni . 2. Apabila dikatakan jihad ianya boleh difahami melalui suatu gambaran yang menggambarkan seseorang yang mengerahkan segala tenaga dan usahanya dan merasai se

minyak untuk dakwah

Image
sebuah kereta yang mewah , cantik dan memukaukan mata yang memandang takkan mampu memberi apa - apa kalau takde minyak yang telah diisi untuk sesebuah perjalanan , tak kiralah samada jauh mahupun dekat.  macam tu jugak handphone , lawa dan canggih macammana pun , kalau takde bateri , maunya kita nak pakai . Kenalah cas dulu , kalau tak jadi perhiasan je lah.  Apa yang saya nak kaitkan daripada dua perkara diatas ialah benda yang boleh menggerakkan kita di dalam dakwah ni . Sudah menjadi sunah (ketetapan) bagi alam ini , pastinya tiap - tiap suatu perkara memerlukan bekal dan tenaga untuk menggerakannya .  Sekiranya kereta yang sedang bergerak tadi kehabisan minyak , sudah pastinya ia akan terhenti di tengah - tengah jalan . Begitu juga handphone yang digunakan kehabisan bateri , tentunya ia akan terpadam dengan sendirinya .  Itulah juga daie bekalan tenaga yang perlu ada pada dirinya ialah sebuah tingkatan iman yang sangat tinggi dan dengan kekuatan iman inilah

muhasabah tak sampai seminit ........

Image
hari ini adakah kita masih bersyukur bahawa kita masih lagi hidup dengan nafas keimanan ? adakah sudah segala kewajipan solat dengan sempurna dan berjemaah ? adakah kita solat diawal waktu atau kita melewatkannya? adakah iman kita berada di tahap yang paling tinggi atau yang paling rendah ? adakah kita sudah menolong saudara kita yang seakidah di dalam urusan mereka ? berapa banyak muka surat al - Quran yang kita dah baca ? adakah kita sudah beristighfar sebanyak mungkin ? adakah kita masih lagi merasa remeh dengan dosa - dosa kecil dan tak takut dengan dosa - dosa besar ? adakah kita masih lagi lalai dan leka dengan urusan - urusan duniawi yang tak berfaedah ? adakah segala amal yang kita lakukan kita buat dengan ikhlas ? dan segala soalan yang sewaktu dengannya ...... ini sekadar soalan cepumas buat diri kita . Tarik nafas dalam - dalam . Jawab di dalam hati dengan jujur . Moga - moga diberikan hidayah dan taufiq oleh Allah...
"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.