Posts

Showing posts from 2013

Datang kelas jangan tak datang.

Image
Sekali-sekala kita bercerita tentang pelajaran sinonimnya mestilah kelas dan kuliah. Kalau pelajar al-Azhar sebut muhadaroh sebahagiannya. Lebih kuranglah juga maksudnya. Selalunya, fenomena tidak hadir ke kelas tanpa sebab menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan pelajar atau lebih mudahnya kita sebut sebagai ponteng kelas. Sekiranya kita mempunyai urusan-urusan yang sememangnya tidak dapat dielakkan, tidak perlu berfikir panjang lagi untuk ke kelas atau tidak. Sepatutnya ia sudah difahami sejak awal lagi kita menddaftarkan diri kita sebagai seorang pelajar. Kalaulah kita tidak ke kelas, ilmu manakah yang kita cedok? Apakah kita mendapat ilmu ladunni yang datang secara langsung dari Allah SWT? Kalaulah kita membaca sendiri, apakah sudah tentu kefahaman kita diiktiraf? Kadang-kala, kita sudah berada di kelas namun dan tidak mampu menghadirkan jiwa kita ketika belajar tetapi, itu bukanlah alasan untuk kita lemah semangat dan berputus-asa untuk datang ke kelas. Hadir ke

Tentang membaca

Membaca adalah suatu aktiviti yang sangat bagus. Ia memberikan kesan yang sangat besar kepada pemikiran. Pemikiran kita pada hari ini boleh berubah hanya disebabkan kita membaca beberapa patah perkataan. Apatah lagi, jika kita membaca beribu patah perkataan. Kadang-kadang, kita selalu merasakan dunia kita kecil kerana kita tidak pernah berjalan jauh daripada tempat asal kita. Namun, itu semua mampu diubah hanya dengan membaca. Orang yang membaca sebuah buku umpama dia telah mengembara ke banyak tempat. Sedangkan orang yang mengembara ke kebanyakan tempat sebenarnya dia masih lagi seperti orang yang membaca sehelai muka surat. Alam ini, banyak rahsia sebenrnya. Persoalan-persoalan tersebut hanya mampu dirungkai melalui pembacaan yang kontsisten dan diperbincangkan. Perbualan anda bersama dengan golongan yang rajin membaca, pastinya jauh berbeza dengan mereka yang tidak rajin membaca. Tentunya anda akan mendapati banyak topik-topik baru yang dapat dikongsi jika anda bersama golonga

Di saat itu

Di saat kita diduga dengan penyakit seperti demam, pasti kita akan mengeluh kesakitan dan hampir-hampir sahaja berputus-asa. Kita merasakan alangkah pedihnya sakit ini. Namun, di saat kita hampir pulih ataupun telah sembuh, pastinya dalam sekelip mata kita akan merasakan kelegaan yang teramat sangat. Seolah-olah mendapat jiwa yang baru. Sesungguhnya sakit yang datang menimpa selalunya tidaklah sebanyak keenakan nikmat yang datang. Akan tetapi kehadirannya seketika kian dirasai umpama seluruh hidup mengesalinya. Memang di dalam banyak-banyak nikmat, nikmat sembuh daripada penyakit ini merupakan yang saya rasa paling berharga sebenarnya. Sebab, kita sendiri tidak mampu menentukan bila ia akan hilang melainkan dengan kehendak Allah. Suka untuk saya tuliskan, apabila hadirnya sebuah kepahitan pastinya ia akan pergi dengan seribu kemanisan. Tanpa mengenal erti susah, kita tidak akan menghargai sesebuah kesenangan. 

Hidup tanpa Allah

Image
"Hidup tanpa Allah umpama pensel yang tumpul. Tiada maknanya!"

Solat berjemaah… Lecehkah ?!

Image
Hampir 2 bulan aku meninggalkan Mesir, bumi kinanah yang penuh barakah. Tempat yang terdapat berbilang ulama. Tempat yang kini menjadi kiblat ilmu bagi ummat Islam. Rindu sungguh aku akan suasana kehidupan bersama masyarakat yang sangat arif akan ilmu-ilmu syariat. Setibanya aku di Malaysia, aku dapat merasai perbezaan yang amat ketara di antara 2 negara ini. Di sudut kemajuan, ternyata Malaysia telah melangkah lebih jauh. Malahan, kehidupan di sini segalanya berjalan dengan penuh sistematik. Jelasnya, apabila masyarakat mula dihanyut arus pembangunan yang begitu deras, ia turut memberi kesan akan beberapa aspek di dalam kehidupan. Di dalam kehidupan ini, ada suatu aspek yang sangat perlu untuk dijaga tanpa siapakah anda dan dimana jua anda berapa. Ia adalah aspek agama dan apabila menyebutkan agama tiadalah yang lain selain dari Islam. Bagi agama Islam, ukuran utama yang menentukan seseorang itu beridentitikan Islam ialah apabila dia melakukan solat. Solat itula

Inginkan sesuatu yang kamu suka?

Image
"Jikalau kamu mahukan Allah memberikan suatu yang kamu suka, maka senantiasalah melakukan apa yang Allah suka dan sayang". P/s : Agak-agaknya berapa banyakkah perkara yang disukai Allah telah kita lakukan?

Mengapa anda memerlukan kawan yang soleh.

Image
Sabda Rasulullah SAW mafhumnya, ”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud) Sebuah hadis yang sangat berharga untuk dijadikan pedoman di dalam hidup. Di sini, saya ingin beberapa perkara yang menjadi kepentingan memlih sahabat atau kawan yang baik. 1. Kawan yang baik akan sentiasa memandu kita ke arah kebaikan dan menegah kita daripada mendekati perkara-perkara yang ditegah oleh agama Islam. 2. Kawan yang baik dan soleh merupakan kekuatan untuk kita terus-menerus istiqomah dan kekal di dalam kebaikan. Sesungguhnya melakukan kebaikan itu mudah tetapi melaziminya yang menjadi cabaran. Disebabkan kebaikan yang mereka istiqomahlah kadang-kala mampu menyuburkan kembali hati kita untuk terus melakukan kebaikan. 3. Kawan yang baik selalunya bukanlah kawan yang mampu bersama kita ketika senang sahaja, tetapi mampu juga untuk bersama kita ketika susah. Perhatikan

Anak kecil yang takutkan neraka

Image
Suatu hari seorang lelaki melihat seorang kanak-kanak sedang bermain di jalanan, tiba-tiba lelaki tersebut terlihat seorang anak kecil yang tidak bermain dan duduk berseorangan di tepi. Lalu, lelaki tersebut mengampiri si anak kecil dan bertanya, "Mengapa kamu tidak bermain bersama kanak-kanak yang lain?" Anak kecil itu menjawab, "Aku merasakan bahawa hidup di dunia ini terlalu singkat dan tiada lagi masa untuk bermain-main." Lelaki tersebut berasa hairan dengan jawapan tersebut, lalu berkata, "Bukankah kamu masih muda dan mempunyai banyak lagi masa". Apabila terdengar ucapan yang sedemikian, anak kecil tersebut membalas, "Suatu hari, aku melihat ibuku menghidupkan api dengan kayu-kayu yang kecil sebelum meletakkan kayu-kayu yang besar. Yang aku takutkan ialah ketika di neraka besok Allah meletakkan kanak-kanak kecil untuk menghidupkan api sebelum membakar mereka yang dewasa". Mendengarkan jawapan tersebut, lelaki tersebut berasa

Idea yang bagus.

Image
Pernahkah anda mengalami situasi dimana seseorang melontarkan idea dan ideanya ditolak mentah-mentah. Namun, apa yang berlaku setelah lima atau sepuluh tahun kemudian ada orang lain yang menggunapakai idea yang ditolak tadi berjaya mencipta sebuah kejayaan yang besar dan melonjakkan dirinya di mata dunia. Rasanya, banyak sahaja berlaku situasi sebegini bukan? Dan si pemberi idea asal yang menyedari kejadian ini pastinya akan terdetik di hatinya, "ini idea aku dulu ni!" Tapi, kenapa agaknya beliau tidak mampu mengecapi kejayaan seperti orang kedua yang menggunakan ideanya setelah tempoh yang berlalu? Ada beberapa perkara yang dapat saya simpulkan daripada situasi yang berlaku daripada perkara saya telah   nyatakan. 1. Berkemungkinan si pemberi idea yang asal gagal untuk memahamkan ideanya kepada orang lain dan meyakinkan mereka. Selalunya berpunca daripada gaya penyampaiannya sendiri yang tidak kukuh dan solid. 2. Kemungkinan juga, ideanya juga sebenarnya bukanlah

Jatuh dan Bangkit.

Image
Sebuah kata-kata hikmah berbahasa arab yang bermaksud : "bukanlah yang memalukan itu ialah apabila engkau jatuh, tetapi yang memalukan itu ialah apabila engkau tidak mampu untuk bangkit daripada kejatuhan itu." Selain itu, ada insan juga pernah berkata : "orang yang tidak pernah melakukan kesalahan sebenarnya tidak pernah melakukan apa-apa." Akhir sekali, saya tutup dengan sebuah hadis yang mulia dari Rasulullah SAW : "setiap anak adam itu, tidak akan pernah sunyi daripada dosa, tetapi sebaik-baik mereka yang melakukan dosa ialah mereka yang segera bertaubat." wallahualam.

3 benda dan 1 makna

Muhasabah, berfikir dan berangan. Tiga benda yang selalunya akan bermain di fikiran. Namun, sejauh mana benda-benda ini boleh mendatangkan manfaat kepada diri seseorang. Cuba lihat kembali lafaz yang akan timbul ketika proses ini. 1. Muhasabah, "banyaknya dosa yang aku lakukan hari ini." 2.Berfikir, "bagaimana agaknya kalau aku melakukan ini dan itu?" 3.Berangan, "alangkah bagusnya kalau aku menjadi seperti ini." Maka, tiga benda ini sebenarnya tidak akan memberi apa-apa untung sekiranya anda tidak ada langsung tindakan dan perubahan. Apa yang boleh anda lakukan sebenarnya, samada anda menambah segala bentuk kebaikan dan berusaha mencuba untuk mencipta sesuatu yang boleh memberi kesan yang baik. Pada masa yang sama juga, anda harus berhenti dan meninggalkan segala bentuk perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat apatah lagi, benda yang akan menghalang anda daripada terus berjaya. Inilah sebenarnya tujuan kita dikurniakan ni

hindarkanlah.

Image
"tuhanku, hindarkanlah diriku dari mencintai segala apa yang engkau tidak cintai."

Thrash can.

Tong sampah ialah tempat untuk buang sampah. Yang selalu dibuang ialah benda yang memang kita dah taknak . Bila dah penuh kena kosongkan dan ganti plastik baru. Tak semua sampah perlu dibuang, ada je yang boleh di-recycle dan di re-reuse. Kalau dalam diri manusia , ada juga sampah dalam diri dia , iaitu masalah. So, saya mendapat 1 analogi untuk orang yang banyak sangat masalah dan tekanan dalam hidup dia. Bermakna, dia mempunyai banyak sangat sampah dalam diri dia. Untuk orang yang macam ni, pertama sekali dia haruslah mencari apa yang boleh menjadi tong sampah untuk mengemaskini hal keadaannya. Tapi, ada suatu peringatan untuk orang macam ni. Janganlah dia jadikan tong sampah itu ialah kawan dia, atau sesiapa pun. Dan, semua jenis sampah dalam diri dia, dia buang pada kawan dia. Ya Allah, Alangkah teruknya perangai kau ni. Dah lah buang kat 1 tempat je. Lepastu, tak reti nak clear-kan. Sedarlah sikit, kawan kau tu manusia. Yang kau pi longgok banyak-banyak sampah kat kepala dia

semoga berjaya imtihan kawan-kawan mahasiswa Jamiah Al-Azhar

Image

filem dan anda

Image
Kebelakangan ini timbul beberapa minat baru dalam diri sendiri. Sebelum ni macam ada terfikir benda ni, tapi tak pernah dapat idea untuk merealisasikan benda ni. Filem. Memang selalu menjadi tontonan setiap lapisan masyarakat. Tak kiralah, kanak-kanak, remaja, dewasa, mahupun golongan yang sudah berumur. Pastinya masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri terhadap filem yang ingin ditonton. Maka, saya berfikir. Bagaimana mahu mendapatkan faedah daripada menonton filem. Ia suatu perkara yang kalau kita kita bagaimana filem boleh mendatangkan faedah, kerana ia akan membawa maksud menonton filem memang sesuatu yang berfaedah. Kalau kita baca di mana-mana karangan peperiksaan yang ditulis oleh para pelajar apabila tajuk yang diminta ialah mengenai , "perkara-perkara yang tidak berfaedah", tentu sekali mereka akan meletakkan salah suatu elemennya ialah menonton filem .  Maksudnya, semua orang sedia maklum, filem itu akhirnya membawa kepada suatu nat

kalimah baik vs sedekah

Image
Memang selalu kan kita jumpa jenis manusia yang suka mengunkit atau cakap benda-benda tak elok lepas dah tolong orang . "kau ni, kalau aku tak tolong, memang meranalah hidup kau." "kau tau tak dah berapa banyak aku habis sebab kau." "kau ni manusia tak sedor diri ke apa." "kau ni..." dan banyak jugak kaulah. Semunya orang lain je yang salah. Mentang-mentanglah dia kaya, banyak duit. Tapi kadang-kadang bukan duit dia pun, duit makbapak je. Action je lebih. Saudara-saudari yang dirahmati Allah, Kalau benarlah kamu mahu menolong, bagilah bantuan yang paling ikhlas. Kalau taknak tolong tak payah susah-susahkan diri. Benda ni selalu berlaku pada mereka-mereka yang tak ikhlas nak tolong, tapi sebab ego taknak nampakkan yang dia kedekut, dia memaksakan dirinya. Sedara kena ingat ya, yang beri rezeki itu Allah! yang menentukan jatuh bangun saudara itu juga Allah. Semuanya milik Allah. Kalau saudara-saudari nak buat baik, sia-sia je

Ingat Allah

Ingatlah Allah selalu.

pesanan buat kawan-kawan

"Iman tu naik turun. Sebaiknya ketika iman lemah, duduklah bersama-sama sahabat yang masih teguh imannya." "Islam adalah agama yang paling selari dengan fitrah manusia" "al-Quran itu untuk difahami , diambil pengajaran dan beramal. Bukan untuk berwirid dan menjadi tangkal semata-mata" "ketaatan tanpa kefahaman yang jelas menjadikan seseorang itu mudah terbabas." "Sifat keterbukaan itulah tanda perpaduan yang sebenar." "Orang yang tiada agenda sendiri pastinya akan dihanyut oleh agenda orang lain yang deras menyambar, lebih-lebih lagi agenda orang kafir." "Baik macamana pun orang kafir, mereka tetap berjalan diatas muka bumi dengan kemurkaan Allah, dek kesombongan mereka yang tak mahu menyembah Allah." "Orang yang benar-benar beriman adalah orang paling sihat akal fikiran." "Orang yang jelas matlamat akhir, selalu akan melihat jalan untuk merancang bagai matahari yang menyuluh di siang

Niat bersama Amal.

Image
Niat dan amal. Keduanya kalau nak diberi perumpamaan yang agak masyhur umpama irama dan lagu. Takkan lengkap tanpa keduanya. Namun ada lagi analogi yang lebih cantik yang saya terjumpa di dalam sebuah kitab iaitu kitab hadis ahkam (kitab kuliah tahun 2 syariah universiti al-Azhar). Dalam kitab tersebut , dinyatakan niat seperti ini, "niat tanpa amal macam angan-angan yang tak berkesudahan" Apabila difikirkan, ada betulnya. Sampai bila kita nak niat , niat, dan niat sahaja berpanjangan. Macam makanlah jugak kot. Cakap je lapar tapi cubalah duduk diam-diam kat situ, agak-agak dapat tak. Budak tadika pun tahu jawab kan. "amal tanpa niat umpama pokok yang takde akar" Pernah jumpa tak pokok yang takde akar? Saya tak arif la sangat bab-bab botani ni. Tapi, asas untuk setiap tumbuhan mesti ada akarnya kan. Taktaula kalau pokok parasit macamana pulak. Cuma, boleh bayang tak kalau pokok takde akar. Kalau cerita pasal pokok dan akar ni, cuba tengok pokok

bagaimana anda memegang agama ini.

Image
Bagaimana ya? Biarlah gambar ini sahaja yang menjawab, credit  to :  blog memburu-syurga

Taqwim4u

Image
Setelah meng-pos sebuah artikel berkenaan idea tadi , maka saya mendapat satu ilham untuk membantu memudahkan anda untuk membuat perancangan anda sepanjang tahun . Kalaupun mungkin ramai orang di luar sana yang dah buat benda ni , tapi saya juga mahu turut serta dan tak nak ketinggalan demi membantu memulakan perancangan , agar anda menjadi suatu kaum atau generasi yang beragenda . Anda cuma perlu download taqwim ringkas ini , dan isilah dengan sebaik-baiknya supaya anda tahu apa yang akan dilakukan dan apa persediaan yang patut diambil .  =====> click di sini untuk download <===== *Semoga kehidupan menjadi lebih baik selepas ini. "bersama membangun mahasiswa beragenda"

Idea Merancang

Image
"hidup saya mungkin takkan berjalan sepertimana yang saya mahu , tapi ia akan berjalan mengikut apa yang telah dirancang oleh Allah .  Lagipun Allah itu adalah sebaik-baik perancang , pembimbing .  Maka teruslah berdoa" "kita merancang , Allah pun merancang , maka Allah adalah sebaik-baik perancang" "orang yang tiada agenda dalam hidupnya , maka dia akan dihanyut oleh agenda orang lain." Sidang pembaca yang budiman, Ada beberapa perkara yang boleh saya ta'likkan (ikat) mengenai isu rancang merancang ni . 1.Kegagalan seseorang untuk merancang itu umpama seseorang yang menempah tiket kegagalan. 2.Merancanglah walau seketika , sekalipun perkara itu kita akan lakukan 15 minit akan datang. 3.Jangan sesekali anda meletakkan satu pun perkara buruk atau jahat dalam perancangan anda , lebih-lebih lagi perancangan hidup. 4. Mintalah nasihat ibubapa , guru , kawan-kawan atau orang yang lebih tua dan matang sekiranya lemah untuk membuat per

Di Sebalik Sebuah Kemenangan

Image
"kita kena menang ni !" Itulah biasanya lontaran perasaan setiap orang yang menyertai mana-mana pertandingan atau terlibat dalam mana-mana persaingan . Nyatalah , setiap insan yang normal pastinya akan sentiasa bercita-cita untuk mencapai apa sahaja yang diinginkannya . Kalaulah orang tu nakkan kereta , tentulah dia akan berusaha macammana cara sekalipun , asalkan dia dapat kereta tu . Kalau orang tu positif , dia akan kumpul duit, kerja siang malam, menabung dan banyak lagi . Tapi , kalau dia negatif dan berfikiran pendek , tentunya dia akan lalu jalan pintas sahaja . Samada curi atau tipu orang dan apa - apa sahajalah cara sekalipun, asalkan mudah tapi tak ikut syarak . Apa kena cerita pasal kereta dengan menang ni . Nak ceritanya kereta tu satu contoh yang besar . Biar kita berimpian besar . Tapi , apa kaitan dengan menang ? Di sini , apa yang saya nak tujukan sebenarnya disebalik perkataan kawan yang beriya-iya nak menang tadi tu , saya analogikan dengan kehenda

secebis mengenai Islam

Image
Islam itu bukanlah berkenaan , "Kami lebih baik daripada kamu " tapi Islam itu ialah , "Mari kami tunjukkan sesuatu yang lebih baik buat mu" 

percayalah Allah

Image
"kalaulah anda tidak mempercayai kemampuan anda untuk memenuhi cita - cita anda ,  maka percayalah kemampuan Allah yang mampu membantumu"

hati persis rambut

Image
sekadar coretan ringkas , Pernah suatu ketika saya menjadi seorang yang sangat menjaga kekemasan rambut , dan saya amat tekun merapikan dan meratakannya setiap masa sehingga merasa sangat tak selesa kalau ada sehelai pun terganggu dek angin mahupun air . Pada suatu hari , saya berazam untuk menjadi seorang yang mulazamah ( sentiasa ) keadaan berwuduk . Maka , saya terfikir kalau asyik berwuduk sahaja barangkali payah nak jaga rambut . Dari situ timbullah suatu kesedaran dan saya merasakan ia bagaikan suatu quotes , "rambut ni kan , kalau tak kemas boleh sikat " Terbitnya statement simple dalam hati kecil saya menyebabkan saya tesedar daripada beberapa perkara . Antaranya , 1. Kenapa perlu takut mengorbankan sedikit benda yang boleh diperbaiki semula untuk mendapatkan nilai yang lebih besar. 2.Kalau berlaku apa - apa kerosakan akan sentiasa ada sahaja cara untuk memperbetulkannya 3.Hidup ni sebenrnya banyak cara untuk membuat pilihan 4.Kita sebenarnya

habis dan tamatkah?

Image
Pernah dapat sijil penyertaan ? Biasanya kita akan dapat sijil untuk menandakan bahawa kita sudah menamatkan suatu penyertaan dalam sebuah program , bukan? Ataupun sebab kita adalah membuat jasa dan bakti ataupun cemerlang dalam studi dan macam - macam lagi . Selalunya di sekolah - sekolah pastinya ada pertubuhan yang berunsurkan dakwah sebagai contoh , badan dakwah , persatuan agama islam dan apa - apa persatuan yang guna nama islam untuk kegiatan kokurikulum di sekolah . Tujuannya lebih kepada melatih para pelajar untuk aktif dalam kepimpianan dan bukan sekadar bergiat aktif di dalam pembelajaran di dalam kelas sahaja . Murobbi saya pernah ketengahkan suatu isu mengenai mereka yang mengikuti kursus atau program dakwah yang berbentuk semasa ( macam kem dakwah atau kem naqib ) dan selepas habis program , pastinya mereka akan dianugerahi sijil sebagai tanda mereka sudah berjaya menamatkan program tersebut selama mana program tersebut berjalan . Namun , timbul suatu persoala

tak sempurna bukan takyah usaha

Image

ingat lima sebelum lima

Image
Sebuah hadis yang sangat masyhur dan dah jadi lagu pon . Tetapi mudah disebut namun payah nak ingat selalu sebab kita cuma ingat kalau dengar lagu raihan ataupun terbaca kat facebook , blog , twitter dan sebagainya . Simple memang simple , tapi berapa ramai dari kalangan kita yang dah hafal matan arabnya .  Cubalah kita sama-sama hayati hadis yang ringkas ni sebagai muhasabah dalam kita mengubah hidup kita kepada yang lebih baik dan memperelokkan apa yang kurang baik dalam hidup kita. Ada suatu ungkapan yang berbunyi , "betulkan yang biasa dan biasakan yang betul." Sebelum mengakhiri tulisan ini sama - samalah kita cuba menghayati terjemahan hadis yang ada di dalam gambar tersebut , اغتنم خمسا فبل خمس Ingat lima sebelum lima! : شبابك قبل هرمك 1. Masa muda sebelum tua وصحتك قبل سقمك 2. Masa sihat sebelum sakit وفرغك قبل شغللك 3. Masa lapang sebelum sibuk و غناك قبل فقرك 4. Masa kaya sebelum miskin و حياتك قبل موتك 5. Masa hidup sebelum mati

walaupun Lain, tapi....

Image
sesiapa yang mengambil jurusan syariah islamiah pastinya akan bertemu dengan pelbagai tajuk dan perbincangan yang merangkumi segala macam jenis isu dan masalah . Di dalam pertemuan tersebut para penuntut jurusan ini tidak akan lari daripada perkara yang disebut ushul dan furu atau nama yang lebih simple iaitu perkara pokok dan cabangnya . perkara - perkara pokok ialah perkara - perkara asas dan lahir daripada nas yang qot'ie iaitu sumber dalil daripada al - quran dan sunnah yang jelas maksudnya dan tiada perbahasan atau perdebatan di dalam memahami nas ( teks ) tersebut . Contohnya macam perintah mendirikan solat fardhu . Dan perkara - perkara pokok ni kebiasaannya menjadi suatu perkara yang ijmak ( disepakati ) . Berbeza pula dengan perkara - perkara furu ( cabang ) iaitu suatu perkara yang lahir daripada nas ataupun dalil - dalil yang kurang jelas maksudnya kerana ayatnya berbentuk umum dan tidak ditentukan hadnya . Contohnya di dalam bab solat fardhu asasnya ialah mendi

banyak jalan dalam hidup nih

Image