Posts

Showing posts from 2014

Masa, tanggungjawab dan kewajipan.

Image
Demi masa, Sesungguhnya manusia kerugian, Melainkan, Yang beriman dan yang beramal soleh.. (Baca dengan nada menyanyi lagu Raihan). -Dipetik dari lagu nasyid Raihan berkenaan masa yang berinspirasikan surah al-Asr. Berkata seorang tokoh pejuang Islam, "Sesungguhnya kewajipan seseorang Muslim itu melebihi masa yang ada." Berdasarkan apa yang telah disebutkan, menunjukkan kepada kita seolah-olah 24 jam yang telah dianugerahkan Allah taala kepada kita masih lagi bukan sesuatu yang cukup. Namun, seandainya kita perhatikan di dalam diri kita, tentunya kita tertanya-tanya, apakah lagi yang masih lagi harus diisi? Padahal, terasa bosan pula yang hadir. Apa lagi yang aku nak buat? Saya berminat untuk bertanya kepada mereka (baca : Muslim) yang benar-benar terasa bosan. Apakah anda telah melakukan perkara-perkara tersebut di dalam kehidupan seharian anda? Solat fardu berjemaah di awal waktu dan dilakukan di masjid. Solat sunat rawatib yang dilakukan s

Kagum

Image
Apabila kita mengagumi kehebatan orang yang hebat, kekaguman itu harus, namun janganlah sampai ia menyebabkan kita tidak sanggup menegur kesilapan yang dilakukannya. ************ Seseorang itu dikenali (baik) kerana kebenaran, tetapi bukanlah kebenaran itu dikenali kerana seseorang. ********** Di dalam usul dua puluh Imam al-Banna ada menyebutkan : "Kata-kata seseorang selain Rasulullah saw tidak semestinya betul dan diterima"

Majukah kita sebenarnya?

Image
Terinspirasi untuk menulis tajuk ini dari post yang bekenaan. Pada hari ini, secara umumnya tentu sekali ramai dari dalam kalangan kita yang mengukur kemajuan dari segi kehebatan perancangan bandar, binaan-binaan bangunan yang mencakar langit dan juga kecanggihan teknologi yang terkehadapan. Namun, ramai juga yang tidak sedar bahawa di sebalik ukuran-ukuran tersebut hanyalah sebuah kemajuan yang berbentuk material. Padahal, kemajuan material bukanlah sebuah kemajuan yang boleh menjamin keamanan sesebuah negara. Negara-negara yang kita boleh kategorikan sebagai maju dan hebat dari segi kemajuan teknologi dan pembangunan seperti Amerika Syarikat, Jepun, Russia, Britain dan banyak lagi negara lain. Namun, negara yang disebutkan tadi merupakan negara yang kita sedia maklum, kita berasa kagum dan takjub sekalipun kita tidak pernah ke sana. Beginikah kemajuan yang dimaksudkan? Disebabkan dunia pada hari ini mempromosikan kepada seluruh penduduknya bahawa negara

Ikhlas atau tidak aku ini?

Image
"Zaim, aku rasa aku buat amalan seolah-olah tidak ikhlas lah. Di hadapan orang sahaja aku rasa bersemangat untuk beramal." "Kalau macam itu, adakah engkau mahu berhenti beramal?" "Eh, tidaklah sehingga ke tahap itu. Cuma, aku ragu-ragu adakah aku ini hipokrit atau mudah ceritanya, munafikla..." "Kassim, sebenarnya hanya engkau dan Allah sahaja yang tahu keikhlasan engkau beramal. Apapun, ada perbezaan sebenarnya amal kebajikan orang yang ikhlas dan orang yang berpura-pura." "Oh yeke, apakah ia?" "Ikhlas ini, memanglah suatu perkara misteri. Aku, engkau dan kita semua tidak dapat menjangka dengan tepat apakah hakikat keikhlasan yang sebenar. Namun, ada satu petanda yang engkau boleh kira bahawa engkau benar-benar ikhlas melakukan sesuatu amal." "Petanda?" "Ya, petanda. Tapi, ia bukanlah ukuran yang tepat, sekadar sesuatu yang mampu menenangkan engkau, seandai engkau mencari-cari erti sesebuah k

Ahlan Ramadhan

Image
Berazamlah supaya bulan Ramadhan pada kali ini mampu memberikan kesan yang mendalam terhadap diri. Pada masa yang sama, janganlah sekadar berpuasa menahan lapar dan dahaga semata-mata, akan tetapi, anggota yang lain juga harus dipelihara daripada melakukan dosa dan maksiat. Bak kata orang puasa mata, telinga, mulut dan lain-lain. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Program : Selangkah ke Bumi Anbiya (SKBA)

Image
Kepada sesiapa yang beminat untuk melanjutkan pelajaran ke timur tengah, terutamanya Mesir, akan tetapi kekurangan maklumat dan informasi berkenaannya, boleh menghadirkan diri ke program berikut. Banyak maklumat yang berguna dan bermanfaat yang mampu anda perolehi dari program ini.  Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk poster yang tertera di atas.

Poster : Kesibukan dan Doa

Image

Poster : Futur

Image

Poster : Orang yang menyangi kita.

Image

Ada apa dengan ikhtilat, couple dan cinta.

Image
"Berkatalah benar walaupun ia pahit" Orang kata, zaman muda dan remaja merupakan zaman yang paling mencabar bagi setiap individu, apatah lagi apabila mereka diuji dengan sesuatu yang hadir sebelum sampai masanya, ataupun diuji dengan kemampuan mengawal perasaan agar tidak dilepaskan bukan pada tempat dan masanya.  Biar video berbicara, 1. Tajuk : Cinta high class oleh Ustazah Fatimah Syarha. 2. Tajuk : Cinta Couple oleh Prof Dr Muhaya. Nasihat :  Zaman muda dan remaja merupakan suatu peringkat di dalam kehidupan setelah zaman kanak-kanak dan juga zaman sebelum dewasa, matang serta berumur.  Pada zaman inilah setiap individu memiliki kekuatan yang padu dan boleh dikatakan juga gagah. Namun, alangkah sedihnya apabila seorang pemuda dan remaja tersebut tidak memanfaatkan kekuatannya untuk beramal soleh, mengajak kebaikan, menyampaikan dakwah, serta mempertahankan Islam sepenuhnya. Bahkan, mereka lebih sanggup menyibukkan diri mereka,

Poster : Istiqamah di dalam menyeru.

Image

Playboy VS Prayboy. Renungkan.

Image

Bilakah kita sepatutnya lebih produktif.

Image
Apabila telah selesai kebanyakan masalah, kita sepatutnya menjadi lebih produktif. Contoh : Pada asalnya kita adalah seorang pejalan kaki. Maka, kita hanya mampu pergi satu atau dua sahaja tempat kerana kemampuan kita bergantung kepada masa yang digunakan.  Namun, setelah kita berkenderaan, kita sebenarnya mampu pergi lebih daripada dua atau tiga tempat. Perkara yang tidak sepatutnya berlaku ialah, pencapaian kita ketika berkenderaan sama sahaja sepertimana ketika kita merupakan pejalan kaki. Adalah sebaiknya pencapaian kita meningkat dan terus maju. Nilai : Sayangnya, pada hari ini umat Islam bilangannya ramai, potensinya tidak kurang juga hebatnya.  Akan tetapi, imej Islam tetap dipandang lekeh oleh golongan non-muslim. Bahkan, di dalam kalangan muslim sendiri ada yangtidak merasa bangga dan megah dengan Islam itu sendiri. Itu baru isu imej, belum masuk lagi isu-isu lain. Lebih menyedihkan, mereka-mereka yang diharapkan untuk memelihara agama ini pula seringkali m

Tanda-tanda zuhud menurut Imam al-Ghazali.

Image

kontradik antara cara hidup dan cara mati.

Image

Iklan : Seminar Kebangkitan Pemikiran Islam

Image
Majlis Ulama ISMA Mesir dengan kerjasama ISMA Mesir akan menganjurkan sebuah Seminar Kebangkitan Pemikiran Islam bertemakan 'Wahyu Teras Pemikiran Ummah' pada hari Sabtu, 1 Mac 2014.  Seminar ini bertempat di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) bermula jam 7.30 am. Pembentangan kertas kerja oleh tokoh ISMA Mesir sendiri iaitu Ustaz Syed Ahmad Israa' selaku Timb Pengerusi ISMA Mesir, Graduan Kuliah Syariah Uni Al-Azhar Kaherah juga Ustaz Assiddiq Fauzan selaku Ketua Cawangan ISMA Mansurah, mahasiswa tahun 4 Kuliah Usuluddin Jabatan Aqidah wa Falsafah Uni Al-Azhar Kaherah. Seluruh mahasiswa mahasiswi Mesir dijemput hadir. Sebarkan pada rakan dan taulan. Pendaftaran online boleh isi di https://docs.google.com/ forms/d/ 1hdKZsAOdZyzzwIMh5Bx9svyyUp uFzKRWCiqrk1Vz0Y0/viewform *kudapan dan makanan tengah hari disediakan

Mulakan hidup anda dengan Basmalah.

Image
Image

Poster : Lets read Quran and charge Iman.

Image

Pemuda, Orang tua, dan wuduk.

Image
Suatu ketika, di sebuah tempat mengambil wuduk. Bunyi percikan air kian menyelubungi ruangan tersebut. Kanak-kanak, remaja, mahupun golongan yang sudah berumur, masing-masing sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut kehadiran waktu solat yang semakin hampir. Di saat itu juga, datanglah seorang pemuda memasuki tempat tersebut, sambil memerhati dan melihat. Pada masa yang sama, dia berbisik , "Mana pulak tempat yang sesuai untuk aku berwuduk agaknya?". Ketika dia menoleh ke kanan dan ke kiri, terlihatnya akan sesuatu yang agak menarik perhatiannya.  "Eh, lain macam sahaja orang tua ni berwuduk. Bukankah dia tidak sepatutnya melakukan hal sedemikian." Bicaranya di dalam hati. Lantas, dia berfikir seketika, "Bagaimana caranya supaya aku dapat memberitahu pakcik ini supaya memperbetulkan caranya berwuduk?" Lalu dia mendapat suatu idea, lantas menghampiri orang tua tersebut. "Em, pakcik, minta maaf mengganggu. Adakah pakcik sibuk sekarang

Sebelum ziarah, call atau tidak?

Image
Zaman kini sudah moden, sudah tentu masalah pehubungan adalah sangat rendah. Ziarah-menziarahi, seperti yang biasa kita dengari, memanglah merupakan sebuah amalan sangat mulia. Apatah lagi, sang penziarah memang datang bertandang demi merapatkan ukhuwah sesama saudara yang seakidah. Akan tetapi, apakah ia menafikan hak tuan rumah yang patut juga dihormati? Sebelum, kita meneruskan topik ziarah, ingin saya ingatkan bahawa saya bukan ingin menyekat mana-mana pihak agar menghentikan amalan ziarah yang biasa dilakukannya. Cuma, saya terfikir beberapa perkara berkenaan topik ini. Secara jelas, manusia semuanya berbeza, sekalipun kembar. Pastinya ada perbezaan. Maka, di dalam topik ini, kita cuba pandang pada dua skop manusia. 1.Jenis yang peramah, terbuka dan tidak mengambil kisah. Jikalau anda menziarahi orang seperti ini, maka anda tidak perlu risau. Datanglah, pada bila-bila masa yang anda suka atau masa yang anda berkelapangan. Nescaya mereka akan menerima kehadiran and

Poster : Wasilah-wasilah tarbiyyah

Image

Kisah seorang lelaki dan baldi merahnya.

Image
Pada suatu hari, di sebuah kawasan rumah. Tinggal seorang lelaki di sebuah rumah. Beliau menjalani kehidupan tidak seperti orang yang hidup di zaman moden. Sistem pengairan rumahnya tidak menggunakan paip, dapurnya pula tidak menggunakan gas. Sungguhpun kehidupannya kelihatan daif, beliau bukanlah seorang yang malas, bahkan rajin dan kuat bekerja. Sekiranya beliau ingin menggunakan air, beliau mengangkut air daripada sebuah perigi yang agak jauh dari rumahnya. Sepanjang beliau hidup, hanya baldi merah itu sahajalah yang beliau gunakan untuk mengangkut air. Walaupun, baldi tersebut sudah kelihatan uzur, beliau tetap menggunakan baldi tersebut. Sejak akhir-akhir ini, beliau selalu mendapat bekalan air yang sedikit dek baldi yang digunakan itu, sudah tidak mampu lagi menampung keseluruhan isi yang ada kerana terdapat bahagian-bahagian kecil yang bocor. Namun, beliau tidak pernah merasa sedih. Sehinggalah pada suatu ketika, ketika beliau hendak ke perigi untuk

Kempen: Sejuta Ummah Tolak Comango

Image
Untuk beberapa question&answer , boleh merujuk di link berikut :  klik di sini Persoalan : Bagaimana saya ingin menyertai kempen ini ? Jawapan : Mudah sahaja, anda hanya perlu memenuhkan ruang yang disediakan di petition berikut,  linknya terdapat di sini :  1000000-rakyat-malaysia-sokong-comango-pengkhianat-negara

Saya bukan ustaz

Image
Ini adalah suatu dilema yang dihadapi oleh masyarakat pada hari ini. Apabila masing-masing mengaku seorang muslim , namun berlaku sesuatu di dalam diri mereka dimana, mereka hilang perasaan dan jiwa beragama. Ini kerana, dunia pada hari ini terlampau luas bidang ilmunya. Dahulunya, pengetahuan hanya terbatas kepada sesiapa yang pernah belajar dan mendapat periwayatan daripada mereka yang pernah mendengar ilmu tersebut. Namun, pada hari ini, ilmu dan pengetahuan bukan lagi sesuatu perkara yang asing di dalam kehidupan. Zaman sekarang merupakan sebuah zaman dimana, terdapat begitu banyak sekali sumber-sumber dan bantuan-bantuan serta sokongan untuk mencapai sesebuah ilmu. Berkembangnya ilmu maka berkembanglah juga bidang dan jenis pekerjaan. Selalunya, pekerjaan dikaitkan dengan kepakaran seseorang. Dengan yang demikian, nyatalah apabila seseorang menjadi doktor, maka sudah tentu sekali dia dikatakan orang yang paling pakar di dalam bidang perubatan. Tetapi, bagaimana pula