"Sekiranya anda mampu untuk menulis demi Islam, maka tulislah seberapa banyak yang mampu. Tinggalkanlah pesanan-pesanan berharga buat ummat yang sedang lalai. Mudah-mudahan suatu hari nanti apabila mereka terbaca mereka mampu tersedar dan memperoleh kekuatan untuk membuat perubahan bagi diri mereka dan orang lain."

-Mohd Hakimi Bin Lockman

"A leader is a reader".

-anonymous


Monday, February 24, 2014

Iklan : Seminar Kebangkitan Pemikiran Islam


Majlis Ulama ISMA Mesir dengan kerjasama ISMA Mesir akan menganjurkan sebuah Seminar Kebangkitan Pemikiran Islam bertemakan 'Wahyu Teras Pemikiran Ummah' pada hari Sabtu, 1 Mac 2014. 

Seminar ini bertempat di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah (DMAK) bermula jam 7.30 am. Pembentangan kertas kerja oleh tokoh ISMA Mesir sendiri iaitu Ustaz Syed Ahmad Israa' selaku Timb Pengerusi ISMA Mesir,Graduan Kuliah Syariah Uni Al-Azhar Kaherah juga Ustaz Assiddiq Fauzan selaku Ketua Cawangan ISMA Mansurah, mahasiswa tahun 4 Kuliah Usuluddin Jabatan Aqidah wa Falsafah Uni Al-Azhar Kaherah.

Seluruh mahasiswa mahasiswi Mesir dijemput hadir. Sebarkan pada rakan dan taulan.
Pendaftaran online boleh isi di
https://docs.google.com/forms/d/1hdKZsAOdZyzzwIMh5Bx9svyyUpuFzKRWCiqrk1Vz0Y0/viewform

*kudapan dan makanan tengah hari disediakan


Mulakan hidup anda dengan Basmalah.




Sunday, February 23, 2014

Friday, February 7, 2014

Pemuda, Orang tua, dan wuduk.



Suatu ketika, di sebuah tempat mengambil wuduk.

Bunyi percikan air kian menyelubungi ruangan tersebut. Kanak-kanak, remaja, mahupun golongan yang sudah berumur, masing-masing sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut kehadiran waktu solat yang semakin hampir.

Di saat itu juga, datanglah seorang pemuda memasuki tempat tersebut, sambil memerhati dan melihat. Pada masa yang sama, dia berbisik , "Mana pulak tempat yang sesuai untuk aku berwuduk agaknya?".

Ketika dia menoleh ke kanan dan ke kiri, terlihatnya akan sesuatu yang agak menarik perhatiannya. 

"Eh, lain macam sahaja orang tua ni berwuduk. Bukankah dia tidak sepatutnya melakukan hal sedemikian." Bicaranya di dalam hati.

Lantas, dia berfikir seketika, "Bagaimana caranya supaya aku dapat memberitahu pakcik ini supaya memperbetulkan caranya berwuduk?"

Lalu dia mendapat suatu idea, lantas menghampiri orang tua tersebut.

"Em, pakcik, minta maaf mengganggu. Adakah pakcik sibuk sekarang ini?". Sapa pemuda itu.

"Oh, tidak mengapa. Ada apa-apa yang pakcik boleh bantu?". Jawab orang tua itu.

"Begini, saya sebenarnya, tidaklah pandai sangat di dalam bab-bab agama ni. Mungkin banyak lagi saya tidak tahu dan tidak pasti. Jadi, saya nak minta sedikit pertolongan sekiranya pakcik sanggup?" 

"Silakan. Pakcik akan cuba tolong mana-mana yang pakcik tahu." Kata pakcik tersebut.

"Saya rasa, saya masih lagi tidak yakin, apakah wuduk saya ini masih benar-benar menepati rukun atau tidak. Jadi, kalau boleh minta pakcik tengokkan kalau ada tersilap, minta pakcik betulkan."

"Baiklah, pakcik akan tengok. Kamu bolehlah mula berwuduk." Ujar pakcik itu.

Maka, pemuda tersebut mulalah berwuduk. Bermula dengan membasuh tangan, kemudian menuruti rukun-rukun wuduk serta tidak meninggalkan perkara-perkara yang disunatkan.

Pemuda tersebut mengakhiri wuduknya dengan membaca doa wuduk.

"Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu hamba dan utusan-Nya. Ya Allah, masukkanlah aku di dalam kalangan orang-orang yang bertaubat, masukkanlah aku juga di dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang soleh".

Lalu, pemuda itu bertanya, "Bagaimana dengan wuduk saya pakcik? Adakah ia lengkap?"

Pakcik tersebut pula menjawab, "Rasanya seperti tiada apa-apa masalah. Malahan, pakcik lihat kamu kelihatan cermat dan teratur ketika mengenakan air di anggota wuduk dan, pakcik rasa macam pakcik pula yang seolah-olah baru belajar berwuduk. Pakcik fikir, kalau dah macamni, sepatutnya kamu yang melihat bagaimana cara pakcik berwuduk."

Sejak dari hari itu, pakcik tersebut memperbaiki caranya berwuduk. Bahkan, dia lebih khusyuk di dalam berwuduk oleh sebab terkesan dengan sentuhan pemuda itu tadi.

Beberapa perkara yang kita boleh ambil sebagai pengajaran daripada kisah ini :

1.Beradab di dalam menegur orang yang lebih tua.

Mafhum daripada sebuah hadis,

“Bukanlah termasuk golongan kami orang yang tidak menyayangi orang muda diantara kami, dan tidak mengetahui kemuliaan orang-orang yang tua diantara kami” 

(HR. At-Tirmidzy dari Abdullah bin ‘Amrradhiyallahu ‘anhu, dan dishahihkan Syeikh Al-Albany)

Sumber

2.Menegur dengan tujuan yang baik, iaitu bukan untuk menunjuk pandai atau hebat.

3. Bijak di dalam menegur.

Seperti yang pernah disebutkan di dalam sebuah hadis ar-Rasul SAW :

"Berbicaralah kepada manusia sesuai menurut tahap kemampuan akal mereka."

4.Sentiasa memastikan wuduk di dalam keadaan yang sempurna demi menunaikan solat fardu.

Pernah diceritakan bahawa ada seorang sahabat yang diperintahkan untuk mengulangi solatnya sebanyak 3 kali, lalu beliau bertanya kepada baginda akan alasan baginda berbuat sedemikian. Maka baginda menyatakan bahawa kesilapan beliau ialah tidak menyempurnakan wuduk.








P/s : Cerita ini, diadaptasi daripada kisah bagaimana Imam as-Syafie Rahimahullah menegurseorang lelaki tua yang melakukan kesilapan ketika mengambil wuduk.












Wednesday, February 5, 2014

Sebelum ziarah, call atau tidak?

Zaman kini sudah moden, sudah tentu masalah pehubungan adalah sangat rendah.


Ziarah-menziarahi, seperti yang biasa kita dengari, memanglah merupakan sebuah amalan sangat mulia. Apatah lagi, sang penziarah memang datang bertandang demi merapatkan ukhuwah sesama saudara yang seakidah.

Akan tetapi, apakah ia menafikan hak tuan rumah yang patut juga dihormati?

Sebelum, kita meneruskan topik ziarah, ingin saya ingatkan bahawa saya bukan ingin menyekat mana-mana pihak agar menghentikan amalan ziarah yang biasa dilakukannya. Cuma, saya terfikir beberapa perkara berkenaan topik ini.

Secara jelas, manusia semuanya berbeza, sekalipun kembar. Pastinya ada perbezaan. Maka, di dalam topik ini, kita cuba pandang pada dua skop manusia.

1.Jenis yang peramah, terbuka dan tidak mengambil kisah.

Jikalau anda menziarahi orang seperti ini, maka anda tidak perlu risau. Datanglah, pada bila-bila masa yang anda suka atau masa yang anda berkelapangan. Nescaya mereka akan menerima kehadiran anda dengan penuh kegembiraan dan mungkin juga menganggap anda seolah-olah ahli rumah mereka.

Tidak perlu fikir untuk menghubungi sebelum datang atau tidak. Cuma, bawalah sedikit buah tangan untuk mereka. Oleh kerana sikap mereka yang begitu baik hati kerana sanggup melayan anda pada bila-bila masa, maka seharusnya anda menghargai jasa mereka.

2.Jenis yang cerewet, cermat, dan mengambil kisah akan setiap hal.

Boleh jadi, mereka ini adalah jenis yang mengharapkan kesempurnaan di dalam setiap perkara. Mereka amat sensitif sekiranya sesuatu perkara gagal disempurnakan dengan baik.

Mungkin juga, mereka mempunyai privasi-privasi yang ingin dijaga kerana mereka tidak mahu mendedahkan kebanyakan perkara kepada semua orang.

Sebaiknya, hubungilah mereka sebelum anda ingin menziarahi jenis orang yang sebegini. Dengan perbuatan sedemikian, anda mungkin mampu untuk mengelakkan daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Itu adalah di antara skop yang saya cuba bawa di dalam topik kali ini. Bukan bermakna, hanya ada dua jenis sahaja golongan manusia yang anda akan jumpa ketika berlakunya amalan ziarah. Namun, bagi saya, ini jenis biasa saya jumpa.

Pada masa yang sama, inilah masanya untuk anda mengenali individu yang anda ziarahi. Tidak rugi berkenalan dengan ramai orang. Saya ulangi, tidak rugi!

Sebuah kalam murabbi yang sangat agung yang boleh dijadikan pedoman, Sabdanya SAW mafhumnya,

"Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka eratkanlah tali sillatur-rahmi"

(al-Hadis)

Oleh itu, ayuh bersama kita murnikan amalan ziarah. Janganlah kita menjadi punca tercemarnya amalan ini, disebabkan kelemahan kita di dalam menjaga adab dan sopan. Bukankah bangsa Melayu juga terkenal dengan kesantunannya, apatah lagi yang beragama Islam.

Ziarah juga merupakan salah satu wasilah daripada wasilah-wasilah untuk menyampaikan dakwah. Ia juga sunnah ar-Rasul SAW.

wallahualam.


Semoga setiap pertemuan itu bermakna, tidak sia-sia.









Monday, February 3, 2014

Kisah seorang lelaki dan baldi merahnya.

Pada suatu hari, di sebuah kawasan rumah.

Tinggal seorang lelaki di sebuah rumah. Beliau menjalani kehidupan tidak seperti orang yang hidup di zaman moden.

Sistem pengairan rumahnya tidak menggunakan paip, dapurnya pula tidak menggunakan gas.

Sungguhpun kehidupannya kelihatan daif, beliau bukanlah seorang yang malas, bahkan rajin dan kuat bekerja.

Sekiranya beliau ingin menggunakan air, beliau mengangkut air daripada sebuah perigi yang agak jauh dari rumahnya.

Sepanjang beliau hidup, hanya baldi merah itu sahajalah yang beliau gunakan untuk mengangkut air. Walaupun, baldi tersebut sudah kelihatan uzur, beliau tetap menggunakan baldi tersebut.

Sejak akhir-akhir ini, beliau selalu mendapat bekalan air yang sedikit dek baldi yang digunakan itu, sudah tidak mampu lagi menampung keseluruhan isi yang ada kerana terdapat bahagian-bahagian kecil yang bocor. Namun, beliau tidak pernah merasa sedih.

Sehinggalah pada suatu ketika, ketika beliau hendak ke perigi untuk mengisi air, beliau terdengar sebuah bunyi. Beliau amat hairan dengan bunyi tersebut. Bunyi seperti orang yang sedang menangis. Padahal, apabila beliau melihat di persekitaran kawasan rumahnya, tidak terdapat seseorang pun.

Akhirnya, beliau menemui siapakah yang berbunyi seperti orang yang sedang menangis. Rupa-rupanya, baldinya yang sedang menangis.

“Apakah kamu kesedihan wahai baldi?”. Tanya si lelaki tersebut.

“Ya, saya amat sedih dengan apa yang berlaku sekarang”. Jawab baldi merah itu.

“Apakah yang berlaku?”

“Dahulunya, saya mampu untuk berbakti kepada kamu. Saya dapat membahagiakanmu apabila kamu mendapat bekalan air yang cukup untuk keperluan seharian. Namun, disebabkan tubuhku yang kian uzur, kamu hanya mendapat sebahagian kecil sahaja daripada bekalan air yang dan menyebabkan banyak keperluanmu tidak dapat dipenuhi.” Sahut baldi merah itu dengan penuh kesedihan.

“Dan kini, saya rasa, saya patut dibuang dan digantikan dengan baldi yang lebih baik”. Tambahnya lagi.

“Mari sini, saya tunjukkan sesuatu.” Kata si lelaki tersebut.

Si lelaki membawa baldi merah itu melalui jalan yang sering dilalui untuk mengangkut air.

“Wah, cantik sungguh bunga-bunga di sini!”

“Tahukah kamu, wahai baldi merah, sebenarnya bunga-bunga di sini tidak akan tumbuh cantik dan mekar tanpa adanya diri kamu.”

“Apa maksud kamu?” Si baldi merah kehairanan.

“Air-air yang tumpah dari bahagian tubuhmu itulah yang menyirami bunga-bunga di sini sehingga ia dapat tumbuh dengan indah dan berseri-seri.”

“Apakah benar?! Allahu akbar, sungguh tidak kusangka, tubuhku yang kian uzur ini, masih lagi mampu memberikan sesuatu yang cantik dan indah. Kusangakakan diriku ini sudah tidak ada lagi kepentingan di dunia ini.”

Maka, hilanglah kesedihan yang kian dirasai si baldi merah tersebut dan sedikit demi sedikit kegembiraan mulai hadir ke dalam dirinya.

Pengajaran:

Sesungguhnya, setiap yang diciptakan di dunia ini, telah ditentukan oleh Allah peranannya, hatta lalat sekalipun. 

Oleh itu, tidak perlulah merasa terlalu merendah diri sekiranya terdapat kekurangan pada diri anda, kerana masih lagi terdapat ramai insan di luar sana sejak lahir lagi sudah mendapat ujian dan cubaan dari Allah SWT. Akan tetapi, mereka masih mampu lagi berbakti dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Sedihnya, kita yang telah dijadikan cukup dan lengkap ini, masih lagi gagal untuk memberikan sesuatu yang bermakna walau sekecil biji benih.

"Sebaik-baik manusia, ialah mereka yang mampu memberi manfaat kepada manusia yang lainnya."

*cerita ini hanyalah adaptasi daripada kisah motivasi yang pernah didengari penulis daripada ceramah motivasi.

Di sebalik pahitnya sesebuah dugaan, adanya juga keindahan sesebuah hasil.



Kempen: Sejuta Ummah Tolak Comango


Untuk beberapa question&answer , boleh merujuk di link berikut : klik di sini

Persoalan : Bagaimana saya ingin menyertai kempen ini ?

Jawapan : Mudah sahaja, anda hanya perlu memenuhkan ruang yang disediakan di petition berikut,