Posts

Showing posts from May, 2015

Ruh solat itu adalah hati.

Apa-apa jua perkara yang memberi kesan kepada hati, akan memberikan kesan kepada solat kita. Kerana segala macam natijah yang terhasil daripada solat, adalah bergantung kepada keadaan hati mereka yang solat. Keadaan hati seseorang itu akan sentiasa berubah-ubah bentuknya pada setiap masa dan setiap waktu. Kerana kepada ia mudah terpengaruh dan terkesan dengan apa jua yang dilakukan oleh anggota-anggota luaran seperti mata, telinga, hidung, mulut dan apa jua yang berada di sekeliling. Maka, seharusnya menjaga hati itu adalah dengan memelihara anggota kita dan sentiasa menggerakkannya pada arah dan tujuan yang mulia dan murni. Sekiranya hati ini sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur yang baik dan suci, maka, ia akan terus-menerus hidup dan mengembang. Sebaliknya, andai ia dicemari dengan perlakuan-perlakuan yang tidak elok dan sia-sia, maka, kian hari ia akan mejadi semakin sakit dan akhirnya mati. Hati seseorang yang mati menjadi punca solatnya lalai dan kosong. Tidak khusyuk dan

Di Sebalik Nilai Seseorang yang Berilmu Pengetahuan.

Image
Semakin tinggi ilmu seseorang, sepatutnya semakin dekat kepada Allah SWT. Di dalam al-Quran Allah SWT berfirman, إنما يخشى الله من عباده العلماء Mafhumnya bermaksud : Sesungguhnya , hanyalah yang benar-benar takut terhadap Allah SWT ialah para hambanya dari dalam kalangan ULAMA. Setiap hari, kita tentunya biasa mendengar bahawa ramai orang senantiasa berusaha untuk mengingatkan para manusia untuk senantiasa terus-menerus belajar dan menuntut ilmu sebanyak mungkin. Selagi ada masa dan kekuatan, selagi itu menuntut ilmu. Umat Islam tentunya faham secara jelas dan nyata, bahawa golongan yang memiliki ilmu tinggi di dalam ilmu agama, digelar sebagai seorang ulama. Bererti, apabila seseorang itu digelar sebagai seorang ulama, maka secara automatiknya fikiran akan menggambar sebuah susuk tubuh yang kaya dengan ilmu dan pengetahuan. Andai ditanya apa jua persoalan, mampu dijawab dengan mudah dan pantas. Andai bercakap di hadapan dan mengajarkan masyarakat, tentunya s