Posts

Showing posts from November, 2015

Percaya.

Image
If you can see, you can believe. NO NO NO ! If you can believe, you can see it. --- Kalau kita mampu percaya, akhirnya kita pasti kita akan mampu untuk melihat hasil yang kita percaya selama ini, kita mampu lakukan. Jangan kita kelirukan diri kita, dengan pencapaian yang pernah kita capai dan lalu. Buatlah apa yang percaya, kita mampu lakukan. Kita sebenarnya, mampu melakukan lebih daripada apa yang kita mampu. Pisahkanlah daripada siapa diri kita, dan apa yang kita ingin lakukan. Dari situ, barulah datangnya kekuatan.  Kita tidak boleh mengalah dan mengaku kalah. Kita kena ingat, kalaulah mudah, pastinya semua orang mampu melakukannya.  Sebab itulah susah, supaya yang benar-benar mahu sahaja yang sanggup melakukannya dan dapat. Jangan bertangguh. Buat sekarang.  Masa tidak akan menunggu kita. Tidak pedulilah, tiada orang yang mengiktiraf. Tidak kisahlah, kita sakit atau tidak sihat. Tidak mengapalah, banyak kekangan dan halangan. ASALKAN KITA PERC

Kejayaan.

Image
ia bergantung kepada macamana kita definisikan. kejayaan tidak akan bermakna kalau kita tidak pernah melalui kesakitan, kesusahan, kepayahan, juhud, struggle. kerja keras kita yang menentukan maksud kejayaan kita. apa maksud kejayaan kita mencapai sesuatu kalau tiada pengorbanan yang kita kerahkan? apa ertinya, kalau kita dapat semua benda dengan mudah? sakit? penat? letih? memang itu harga yang perlu dibayar. kalaulah senang, semua orang boleh buat. kalaulah senang, tidak akan berhargalah apa yang kita dapat tu. sekarang, PERCAYA. kesanggupan kita meletakkan diri ke dalam kesusahan adalah suatu jaminan bahawa kita akan mencapai sebuah kejayaan. sebab apa? sebab ia berbaloi. hiduplah dengan penuh matlamat dan impian. tanpa ragu, KEJAR!

Jangan Harapkan Orang Lain !

Image
Kitalah yang seharusnya mengepalai usaha untuk mencapai impian kita. Kita tidak perlu pun untuk mengharap akan ada orang yang mampu datang kepada kita untuk membangunkan impian kita. Seharusnya, kita percaya bahawa kita mampu lakukannya. Kita percaya, kita mampu mencapai apa yang kita idam-idamkan.  Kita jangan membataskan usaha kita untuk mencapai apa yang kita mahu. Kita seharusnya keluarkan sepenuh usaha dan tenaga kita untuk mencapai apa yang kita inginkan. Habiskanlah, seluruh masa yang ada untuk usaha tersebut! Kalau kita kita benar-benar merasakan itulah impian kita, seharusnya kita tidak sempat untuk merasa lemah semangat dan putus-asa untuk mencapainya. Yang penting, kita benar-benar berani bermimpi dan berani menghadapi segala halangan untuk mencapai impian kita. Janganlah ragu-ragu atau teraga-agak ! Ingatlah, impian kitalah merupakan daripada sebahagian perkara yang menjadikan kehidupan kita, berharga dan bermakna.  Apa gu

Quote | Berkenaan Kata-kata Kesat.

Image
Ustaz Nouman Ali Khan mengatakan : "Sebahagian orang yang tidak mempunyai kematangan dan kepintaran, lebih memilih untuk mengeluarkan kata-kata kesat berbanding kata-kata yang baik di dalam mengekspresikan perasaan mereka." Sesungguhnya, setiap langkah dan tindakan yang kita pilih adalah cerminan kepada tahap pemikiran dan kematangan diri kita. Mereka yang mampu menunjukkan kematangan dan kebijaksaan akan dihormati dan disayangi oleh masyarakat. Pada masa yang sama, menjadi contoh dan ikutan yang terbaik. Ini adalah apa yang sebenarnya dikehendaki oleh Allah swt dan Rasul-Nya apabila Allah swt menyatakan, "Sesungguhnya, Allah swt bersama-sama dengan orang yang sabar." Dan juga, apabila baginda SAW berpesan untuk tidak marah dengan menyebutkan , "Jangan marah!" dan diulang sebanyak 3 kali. Moga-moga Allah swt menjadikan kita orang yang matang dan bijak di dalam menghadapi pelbagai situasi. Sedarilah, bahawa setiap apa yang berlaku adala