Posts

Showing posts from 2016

Mesir dan Kebebasan Masa.

Image
"Di Mesir ni, banyak masa kosong. Kalau antum tak isi elok-elok boleh hanyut." Inilah pesanan yang selalunya akan terbit di lidah saya apabila saya menemui junior-junior yang baru sampai di Mesir. Apa yang penting adalah supaya, masing-masing sama-sama menyedari peluang untuk mengoptimumkan kesempatan yang ada. Sepatutnya, dengan masa-masa yang kosong inilah yang menjadikan kita semua produktif dan berjaya menjangkau pencapaian-pencapaian yang baru di dalam hidup. Tidak patut masa tersebut diisi dengan perkara-perkara mubahat yang berlebihan ataupun perkara lagho. "Kalau macamtu, nak berhibur sikit pun tak boleh ke?" Ingatlah pesanan Syeikh Abdullah Wahab Azzam : "Akal tidak akan pernah berhenti berfikir, dan lidah tidak akan pernah berhenti bercakap, dan anggota badan tidak akan pernah berhenti bergerak. Seandainya engkau tidak menyibukkan dirimu dengan perkara-perkara besar, nescaya kau akan disibukkan dengan perkara remeh-te

Re-posisi Kehidupan.

Apa yang korang nak buat dalam hidup korang? Apa yang kita nak buat dalam hidup kita? Apa yang aku nak buat dalam hidup aku? Daripada kita tengok orang lain, sampailah kita tengok diri kita sendiri. Apa yang ssebenarnya kita nak? Apa yang sebenarnnya kita mahu? Betulke apa yang kita tengah lakukan sekarang ni yang memang kita nak? Betulke apa yang kita tengah kejar ni sesuatu yang kita mahu? Betulke ini semua impian dan cita2 kita? Sengaja saya timbulkan persoalan2 seperti ini supaya kita jelas akan laluan jalan hidup kita. Supaya kita tahu, dimana kita berada sekarang, dan kemana kita akan melangkah. Adakah kita melalui sebuh jalan yang kita tidak tahu dimana penghujungnya? Atau, adakah kita sebenarnya dihanyutkan oleh perjalanan orang lain? Krisis Hala Tuju. Ini adalah perkara biasa yang berlaku kepada mereka yang sedang melalui fasa2 perubahan di dalam hidup. Dan, kehidupan ini memang akan sentiasa berlaku banyak perubahan fasa yang perlu kita tempuahi. Bol

Tabiat dan Hati.

Tabiat memang sukar diubah, namun hati boleh berubah. Tabiah memang susah nak ubah, namun hati mampu diubah. Tabiah memang payah nak ubah, namun hati akan sentiasa boleh untuk berubah dan dibentuk. Kemuncak kekerasan tabiat menurut 'ramai orang' adalah pada umur 40. (Berdasarkan sembang2 kosong). Akan tetapi, adakah bermakna manusia yang mencapai umur tersebut sudah tiada harapan untuk meninggalkan tabiat buruknya? Sebelum kita bercerita pasal orang yang dah sampai umur 40, kita lihat orang yang lebih muda. Maknanya orang yang lebih muda lebih mudah untuk berubah. Sebenarnya, bukan kita tidak mampu berubah. Tapi, kita yang putus-asa untuk berubah. Kita tidak pernah mengharap atau berusaha sedikit pun. Memanglah tabiat susah nak ubah, tapi kita ada satu mekanisme yang lebih besar di dalam membentuk perubahan manusia iaitu hati. Segala apa yang berlaku kepada hati akan mengakibatkan kesan kepada seluruh jiwa dan anggota tubuh badan manusia. Maka, perubahan tabi

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1437h/2016

Image

Salam Merdeka 59!!

Image
Salam kemerdekaan! Ayuh bersama kita teruskan usaha mengekalkan kemerdekaan negara ini demi agama, bangsa dan negara yang tercinta. ikhlas dari , Mohd Hakimi Bin Lockman. telegram.me/kimilockman923 fb.com/kimilockmanblogs kimilockman.blogspot.com

Kepentingan Niat yang Jelas.

Image
Di dalam hadis Ar-Rasul SAW yang menceritakan berkenaan niat : 1.Islam mengajarkan kepada kita tentang keperluan dan kepentingan berkenaan KEJELASAN di dalam beramal terutama di dalam amal ibadah dan juga amalan kehidupan seharian. 2. Kesilapan niat mengakibatkan hasil yang tidak kesampaian. 3. Segala perkara yang berlaku meti ada kesannya yang perlu ditanggung sekalipun ianya terjadi secara tidak sengaja dan tanpa niat. Antara sebabnya adalah, ia tetap memberikan kesan kerana telah berlaku. Seperti kes bunuh tanpa sengaja. 4. Niat menentukan sah atau tidak sesebuah amal. 5. Ia juga membezakan satu amal kepada amal yang lain. 6. Ia juga menjadi bukti kesyumulan dan kesempurnaan Islam apabila sesuatu perkara yang baik diniatkan kerana Allah swt akan menjadi ibadah, seperti menumpangkan kawan pulang ke rumah dan sebagainya. 7. Di hujung hads tersebut, Allah swt mengajarkan kita melalui Ar-Rasul SAW bahawa, cabaran untuk mendapat niat yang ikhlas ada 2 iaitu, dunia dan wani

Sementara Masih Sempat.

Image
Sementara masih ada masa untuk menulis pos-pos dakwah, TULISLAH. Sementara masih ada masa untuk design poster-poster dakwah, DESIGN-Lah. Sementara masih ada masa untuk buat lagu-lagu nasyid dakwah, KARANGLAH. Sementara masih ada masa untuk buat video-video dakwah, buatlah video dakwah. Sementara masih ada masa untuk uruskan blog, page, channel dan media dakwah, URUSKANLAH. Sementara masih ada masa untuk memahami selok-belok, asas dan fiqh dakwah, FAHAMKANLAH sebaiknya. Sementara masih ada masa untuk meningkatkan potensi untuk dakwah, BINALAH. Sementara masih ada masa untuk mencari dana infaq untuk dakwah, maka CARILAH. Sementara masih ada masa untuk berjumpa orang dan menyampaikan dakwah secara lisan, SAMPAI-SAMPAIKANLAH. Sementara masih ada masa untuk ALL OUT dalam dakwah, BERGERAKLAH. Ingatlah, dakwah tidak akan sampai jika kita tidak bergerak. Dakwah tidak akan sampai jika kita sekadar duduk diam. Dakwah hanya akan sampai apabila kita mengambil tindaka

Nota Halaqah Family | Menjaga Hati dan Hubungan Kekeluargaan.

Image
Alhamdulillah, selepas solat maghrib semalam dapat adakan sesi tazkirah bersama keluarga. Walaupun 5 minit, rasa macam dapat buat sesuatu berharga. Apa yang saya kongsikan kepada keluarga selama 5 minit adalah perkara-perkara berikut : 1. Kita memang sedikit masa untuk duduk dan bermuhasabah diri untuk refresh semula iman kita setelah kita melalui kesibukan-kesibukan harian sehingga kadang-kadang kita terlupa tugas utama kita iaitu mengabdikan diri kepada Allah swt. 2. Hati kita sifat berbolak-balik dan tidak tetap. Ia boleh berubah-ubah dalam masa yang singkat. Sepertimana yang ditulis oleh Abu Ammar di dalam bukunya yang masyhur, al-Muntolak (Langkah Bermula), "Hati ini berbolak-balik ibarat air mendidih yang sedang menggelegak. Namun pada masa yang sama, ia boleh reda dalam sekelip mata." 3. Apa-apa yang kita lakukan setiap hari akan mengesani hati kita. Samada melalui apa yang kita lihat, apa yang kita dengar dan apa jua yang kita lak

Tangguangjawab sebenar seorang akh.

Image
Tanggungjawab seorang akh, bukanla sekadar memahami sedalam-dalamnya segala macam bahan dakwah dan tarbiyah pada medan teori sahaja. Pada masa yang sama, hendaklah berusaha memahami maksud tersebut pada medan dan lapangan amal yang bersifat praktikal. Berkembangnya dakwah bukan dengan ramainya penuntut ilmu dakwah, tetapi, berkembangnya dakwah kerana ada orang yang melakukan dakwah dan menyebarkannya. fb.com/kimilockmanblogs

Ala, Gurau je.

"Aku gurau je, takkan tak boleh kot?!" Bergurau, melawak, usik-usik, bukan tak boleh. Tapi biarlah berkadar. Bukan semua benda boleh dibuat bahan mainan. Ada benda yang kita memang kena serius. Bahayanya bergurau yang melampaui kadar dan batasan adalah pada isu SENSITIVITI. Ia menghakis sedikit demi sedikit perkara yang selama ni dianggap bahaya sehingga ia menjadi normal dan tiada masalah. Walhal, perkara tersebut kalau dibiarkan dan tidak dicegah akan menyebabkan malapetaka dan kecelakaan. Sensitiviti ni, sifat dia macam anti-virus. Kalau anti-virus dah tak kuat, memang senang la kena jangkit virus. Last sekali, hancur. Kalau nak bergurau jangan melibatkan perkara-perkara seperti akidah, agama, nyawa, maruah, kehormatan, pahala, dosa dan banyak lagi. Benda-benda ni semua nilainya besar. Kalau dah sampai tahap jadi bahan mainan, lama-kelamaan, inilah puncanya kita tidak ambil kisah dan tak rasa penting lagi pada benda-benda seperti ni. Co

Catatan Ramadhan 1437h #2

Bulan Ramadhan, Bulan yang setiap amalan dilipat-kaligandakan pahala lebih daripada hari-hari biasa. Namun, sayanglah kalau kita mensi-siakan peluang yang ada. Bahkan, lebih menyedihkan kalau pada masa yang sama kita turut tidak ketinggalan meneruskan maksiat dan melakukan perkara yang sia-sia berterusan sehinggakan kita tidak sempat bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah swt. Bulan ini merupakan bulan yang terbaik untuk meraih pahala dan menghapuskan segala dosa. Namun, kalau kita puasa tetapi masih lagi main game, tengok movie, bercakap perkara yang bukan-bukan, menyebutkan perkataan yang tidak elok, melihat apa yang diharamkan, melebihkan perkara yang sia-sia daripada perkara yang bermanfaat, masih tidak menjaga batasan perhubungan di antara lelaki dan perempuan, maka apakah makna puasa kita? Apakah makna kita menahan lapar dan haus? من أدرك شهر رمضان ، فلم يغفر له ، فدخل النار ؛ فأبعده الله "Barangsiapa yang menghadapi bulan Ramadhan, akan tetapi masih l

Kenapa Menulis?

Image
"The role of  writer is not to say what we all can say,  but what we are unable to say" "Peranan seorang penulis bukanlah untuk menyebutkan sesuatu yang kita semua mampu katakan, akan tetapi untuk menyebut apa yang tidak mampu kita katakan."

Catatan Ramadhan 1437h #1

Image
Bulan Ramadhan, bulan yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada al-Quran. Baca al-Quran. Tadabbur al-Quran. Baca terjemahan al-Quran. Baca tafsir al-Quran. Hafal surah-surah dari al-Quran. Dengar ceramah tafsir al-Quran. Ambil pengajaran dari al-Quran. Selagi ada masa lapang, isi sepenuhnya masa bersama al-Quran di bulan Ramadhan. شهر رمضان الذي أنزل فيه القرءان هذى للناس و بينات من الهدى  Ramadhan Kareem. https://telegram.me/kimilockman923

Lirik | Harapan Ramadhan - Main Bai Ft Raihan.

Image
Ku mengharapkan Ramadhan  Kali ini penuh makna Agar dapat ku lalui Dengan sempurna Selangkah demi selangkah Setahun sudah pun berlalu Masa yang pantas berlalu Hingga tak terasa ku berada Di bulan Ramadhan ... semula Ku mengharapkan Ramadhan  Kali ini penuh makna Agar dapat ku lalui Dengan sempurna Puasa satu amalan Sebagaimana yang diperintahNYA Moga dapat ku lenturkan  Nafsu yang selalu membelenggu diri Tiada henti-henti Ku mengharapkan Ramadhan  Kali ini penuh makna Agar dapat ku lalui Dengan sempurna Ku mengharapkan Ramadhan  Kali ini penuh makna Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja Tuhan pimpinlah daku yang lemah Mengharungi segalanya dengan sabar Ku mengharapkan Ramadhan  Kali ini penuh makna Agar dapat ku lalui Dengan sempurna Ku mengharapkan Ramadhan  Kali ini penuh makna Agar dapat ku lalui Dengan sempurna Ku memohon pada Tuhan diberikan kekuatan Ku merayu pada Tuhan diterima amalan Selangkah demi selangkah Dengan rahmat mu oooh Tuhan ku Ku tempuh jua Penyanyi : Man

Be Positive!

Image

Mengimani Hakikat Perubahan.

Image
"Sesiapa yang ingin berdakwah, mestilah beriman bahawa PROSES PERUBAHAN harus berlaku secara BERANSUR-ANSUR." Dakwah merupakan suatu proses penyeruan kepada masyarakat dan umat untuk kembali kepada Islam. Kembali mengimani dan beramal dengan Islam dengan sebenar-benar kefahaman.  Percaya bahawa Islam itu syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan. Bahkan, merasa terancam dan risau apabila Islam itu tidak berjaya dipraktikkan secara syumul. Maka, ketikamana berlakunya proses ini, ia tidak lari daripada terkait dengan sebuah unsur yang penting iaitu PERUBAHAN. Perubahan yang terbesar yang diharapkan adalah membebaskan jiwa daripada dihambakan oleh HAWA NAFSU kepada menghambakan ALLAH SWT, tuhan yang sebenar-benarnya. Perubahan inilah yang membezakan kehidupan seseorang dengan seorang yang lainnya. Namun, usaha menerapkan perubahan ini, menjadi suatu cabaran yang amat besar pada hari ini. Sebabnya, JAHILIYAH pada hari ini, bukan sekadar berleluasa da

TAKLIF.

Image
Apapun yang kita lakukan di atas dunia ini, cukuplah dengan merasakan bahawa kita adalah SEORANG MUSLIM , memberikan kesedaran kepada kita bahawa kita mempunyai TANGGUNGJAWAB yang besar untuk ditunaikan dan dilaksanakan. Apa jua status kita yang mendatang seperti seorang ahli sesebuah jemaah, atau pimpinan sesebuah kelompok, atau apa jua bentuk nama sekalipun, secara default- nya, kita sendiri sudah digalaskan dengan berbagai tanggungjawab atau sesuatu yang disebut TAKLIFAN . Maka, sempurnakanlah tanggungjawabmu. Tiada apa lagi yang perlu kau tunggu.