Posts

Showing posts from April, 2016

Mengimani Hakikat Perubahan.

Image
"Sesiapa yang ingin berdakwah, mestilah beriman bahawa PROSES PERUBAHAN harus berlaku secara BERANSUR-ANSUR." Dakwah merupakan suatu proses penyeruan kepada masyarakat dan umat untuk kembali kepada Islam. Kembali mengimani dan beramal dengan Islam dengan sebenar-benar kefahaman.  Percaya bahawa Islam itu syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan. Bahkan, merasa terancam dan risau apabila Islam itu tidak berjaya dipraktikkan secara syumul. Maka, ketikamana berlakunya proses ini, ia tidak lari daripada terkait dengan sebuah unsur yang penting iaitu PERUBAHAN. Perubahan yang terbesar yang diharapkan adalah membebaskan jiwa daripada dihambakan oleh HAWA NAFSU kepada menghambakan ALLAH SWT, tuhan yang sebenar-benarnya. Perubahan inilah yang membezakan kehidupan seseorang dengan seorang yang lainnya. Namun, usaha menerapkan perubahan ini, menjadi suatu cabaran yang amat besar pada hari ini. Sebabnya, JAHILIYAH pada hari ini, bukan sekadar berleluasa da

TAKLIF.

Image
Apapun yang kita lakukan di atas dunia ini, cukuplah dengan merasakan bahawa kita adalah SEORANG MUSLIM , memberikan kesedaran kepada kita bahawa kita mempunyai TANGGUNGJAWAB yang besar untuk ditunaikan dan dilaksanakan. Apa jua status kita yang mendatang seperti seorang ahli sesebuah jemaah, atau pimpinan sesebuah kelompok, atau apa jua bentuk nama sekalipun, secara default- nya, kita sendiri sudah digalaskan dengan berbagai tanggungjawab atau sesuatu yang disebut TAKLIFAN . Maka, sempurnakanlah tanggungjawabmu. Tiada apa lagi yang perlu kau tunggu.