Posts

Showing posts from November, 2016

Mesir dan Kebebasan Masa.

Image
"Di Mesir ni, banyak masa kosong. Kalau antum tak isi elok-elok boleh hanyut." Inilah pesanan yang selalunya akan terbit di lidah saya apabila saya menemui junior-junior yang baru sampai di Mesir. Apa yang penting adalah supaya, masing-masing sama-sama menyedari peluang untuk mengoptimumkan kesempatan yang ada. Sepatutnya, dengan masa-masa yang kosong inilah yang menjadikan kita semua produktif dan berjaya menjangkau pencapaian-pencapaian yang baru di dalam hidup. Tidak patut masa tersebut diisi dengan perkara-perkara mubahat yang berlebihan ataupun perkara lagho. "Kalau macamtu, nak berhibur sikit pun tak boleh ke?" Ingatlah pesanan Syeikh Abdullah Wahab Azzam : "Akal tidak akan pernah berhenti berfikir, dan lidah tidak akan pernah berhenti bercakap, dan anggota badan tidak akan pernah berhenti bergerak. Seandainya engkau tidak menyibukkan dirimu dengan perkara-perkara besar, nescaya kau akan disibukkan dengan perkara remeh-te

Re-posisi Kehidupan.

Apa yang korang nak buat dalam hidup korang? Apa yang kita nak buat dalam hidup kita? Apa yang aku nak buat dalam hidup aku? Daripada kita tengok orang lain, sampailah kita tengok diri kita sendiri. Apa yang ssebenarnya kita nak? Apa yang sebenarnnya kita mahu? Betulke apa yang kita tengah lakukan sekarang ni yang memang kita nak? Betulke apa yang kita tengah kejar ni sesuatu yang kita mahu? Betulke ini semua impian dan cita2 kita? Sengaja saya timbulkan persoalan2 seperti ini supaya kita jelas akan laluan jalan hidup kita. Supaya kita tahu, dimana kita berada sekarang, dan kemana kita akan melangkah. Adakah kita melalui sebuh jalan yang kita tidak tahu dimana penghujungnya? Atau, adakah kita sebenarnya dihanyutkan oleh perjalanan orang lain? Krisis Hala Tuju. Ini adalah perkara biasa yang berlaku kepada mereka yang sedang melalui fasa2 perubahan di dalam hidup. Dan, kehidupan ini memang akan sentiasa berlaku banyak perubahan fasa yang perlu kita tempuahi. Bol