Posts

Showing posts with the label Fiqh Dakwah

Sementara Masih Sempat.

Image
Sementara masih ada masa untuk menulis pos-pos dakwah, TULISLAH. Sementara masih ada masa untuk design poster-poster dakwah, DESIGN-Lah. Sementara masih ada masa untuk buat lagu-lagu nasyid dakwah, KARANGLAH. Sementara masih ada masa untuk buat video-video dakwah, buatlah video dakwah. Sementara masih ada masa untuk uruskan blog, page, channel dan media dakwah, URUSKANLAH. Sementara masih ada masa untuk memahami selok-belok, asas dan fiqh dakwah, FAHAMKANLAH sebaiknya. Sementara masih ada masa untuk meningkatkan potensi untuk dakwah, BINALAH. Sementara masih ada masa untuk mencari dana infaq untuk dakwah, maka CARILAH. Sementara masih ada masa untuk berjumpa orang dan menyampaikan dakwah secara lisan, SAMPAI-SAMPAIKANLAH. Sementara masih ada masa untuk ALL OUT dalam dakwah, BERGERAKLAH. Ingatlah, dakwah tidak akan sampai jika kita tidak bergerak. Dakwah tidak akan sampai jika kita sekadar duduk diam. Dakwah hanya akan sampai apabila kita mengambil tindaka...

Mengimani Hakikat Perubahan.

Image
"Sesiapa yang ingin berdakwah, mestilah beriman bahawa PROSES PERUBAHAN harus berlaku secara BERANSUR-ANSUR." Dakwah merupakan suatu proses penyeruan kepada masyarakat dan umat untuk kembali kepada Islam. Kembali mengimani dan beramal dengan Islam dengan sebenar-benar kefahaman.  Percaya bahawa Islam itu syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan. Bahkan, merasa terancam dan risau apabila Islam itu tidak berjaya dipraktikkan secara syumul. Maka, ketikamana berlakunya proses ini, ia tidak lari daripada terkait dengan sebuah unsur yang penting iaitu PERUBAHAN. Perubahan yang terbesar yang diharapkan adalah membebaskan jiwa daripada dihambakan oleh HAWA NAFSU kepada menghambakan ALLAH SWT, tuhan yang sebenar-benarnya. Perubahan inilah yang membezakan kehidupan seseorang dengan seorang yang lainnya. Namun, usaha menerapkan perubahan ini, menjadi suatu cabaran yang amat besar pada hari ini. Sebabnya, JAHILIYAH pada hari ini, bukan sekadar berleluasa da...

Rumah Qudwah.

Di dalam konteks kita sebagai seorang akh yang faham islam dan tegar menuruti program-program tarbiyah, terkadang ada sahaja masanya kita melonjak bersemangat dan ada masanya jatuh terkandas. Betapa kita faham bahawa biah merupakan sebahagian elemen penting di dalam membantu keberjayaan tarbiyah seorang akh. Dimanakah kita boleh memperoleh biah yang membantu ini? Tiada tempat lain dan sudah tentunya di rumah ikhwah. Rumah yang mengumpulkan para daie yang tadinya merupakan seorang akh yang mengikuti tarbiyah dan harakah sesebuah jemaah. Biah = suasana. Maka, suasana apakah yang diharapkan pada sebuah sebuah rumah yang kita sebut sebagai 'rumah ikhwah'? Oleh kerana kefahaman asas tarbiyah adalah berkembang dan sentiasa berlaku sesuatu perubahan yang baik, maka sudah tentunya yang suasana yang diharapkan adalah suasana yang membina dan membentuk peribadi seorang akh. Ia bukanlah peribadi biasa-biasa. Akan tetapi, sebuah pebadi yang unggul dan hebat...

Menyoroti Hakikat Pertembungan

Image
ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله هو الهدى ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم ما لك من الله من ولي ولا نصير.   Dan tidak akan sesekali redha yahudi dan nasrani, sehinggalah engkau mengikut telunjuk (agama) mereka,  katakanlah, sesungguhnya petunjuk Allah itulah sebenar-benar petunjuk,  dan kalaulah engkau mengikuti hawa nafsu mereka setelah datangnya kepadamu ilmu (kebenaran), maka tidak ada bagimu dari Allah pelindung mahupun penyelamat. --- Seandainya kita melihat dunia pada masa kini, pasti akan kita dapati, sedang berlaku sesuatu pertembungan yang berlaku secara tidak langsung. Seandainya kita sedar, sudah tentu kita akan nampak bahawa dunia setiap hari masih lagi diselubungi dengan pelbagai persaingan dan pertembungan. Pertembungan adalah PEPERANGAN. Itulah kalimah yang lebih mudah untuk kita memahami erti sebenar pertembungan yang dimaksudkan. Apabila disebutkan peperangan, nescaya apa yang...

An Introduction About Usrah. #1

Image
Usrah. Halaqah. Smart circle. Bulatan gembira.   Dan, apa-apa jua bentuk kumpulan perbincangan, ia akan menjadi sia-sia kalau tiada pendirian yang mampu dihasilkan. Serupa sembang kedai kopi sahaja. Hari ini, ramai orang menganjurkan usrah dan sambutannya bagi saya secara peribadi sangat menggalakkan. Kalau ditanya, "Nak usrah tak?" Pasti jawapannya secara majoriti menyatakan "Ya, saya mahu." Atau, "Ya, saya berminat." Namun, ada beberapa perkara pokok yang perlu diperhatikan dan dinilai semula.  Soalannya :  1. Kenapa berminat nak join usrah? 2. Apa yang seronoknya usrah? 3. Kalau sertai usrah boleh dapat macam-macam ke? bla,bla,bla... Namun, perkara yang paling penting untuk kita faham adalah,  "Adakah kita benar-benar memahami nilai dan peranan usrah itu sendiri?" "Adakah usrah itu, sekadar duduk di dalam sebuah bulatan dan melakukan perbincangan-perbincangan yang bersifat keagamaan semata-semata?" Soalan...

Berjiwa besar.

Image
Seorang daie mukmin adalah seorang manusia yang berjalan di atas bumi dengan membawa sebuah agenda yang besar. Seseorang yang membawa agenda besar tidak akan mampu agenda tersebut andai dirinya tidak mempunyai jiwa yang besar. Agenda besar tersebut tidak lain dan tidak bukan cita-cita untuk menegakkan kalimatul haq di atas muka bumi ini. Sesungguhnya, usaha tersebut tidak mampu dicapai di dalam jangka masa pendek iaitu sehari mahupun sebulan apatah lagi setahun. Berdasarkan situasi di masa kini, dengan keadaan jahiliah yang merata-rata dan umat yang terlampau mudah dihinggap ancaman musuh, menyebabkan usaha mencapai agenda tersebut bertambah sukar. Walaupun baginda saw telah berjaya menegakkan Islam di atas muka bumi ini setelah 23 tahun berlangsungnya dakwah dengan penuh kegigihan, akan tetapi usaha untuk mengekalkan kejayaan tersebut bukanlah mudah. Para sahabat yang menggantikan tugas ini, senantiasa tidak tidur lena dan tidak berhenti berfikir un...