Posts

Showing posts with the label ukhwah

Sebelum ziarah, call atau tidak?

Image
Zaman kini sudah moden, sudah tentu masalah pehubungan adalah sangat rendah. Ziarah-menziarahi, seperti yang biasa kita dengari, memanglah merupakan sebuah amalan sangat mulia. Apatah lagi, sang penziarah memang datang bertandang demi merapatkan ukhuwah sesama saudara yang seakidah. Akan tetapi, apakah ia menafikan hak tuan rumah yang patut juga dihormati? Sebelum, kita meneruskan topik ziarah, ingin saya ingatkan bahawa saya bukan ingin menyekat mana-mana pihak agar menghentikan amalan ziarah yang biasa dilakukannya. Cuma, saya terfikir beberapa perkara berkenaan topik ini. Secara jelas, manusia semuanya berbeza, sekalipun kembar. Pastinya ada perbezaan. Maka, di dalam topik ini, kita cuba pandang pada dua skop manusia. 1.Jenis yang peramah, terbuka dan tidak mengambil kisah. Jikalau anda menziarahi orang seperti ini, maka anda tidak perlu risau. Datanglah, pada bila-bila masa yang anda suka atau masa yang anda berkelapangan. Nescaya mereka akan menerima kehadiran and...

Perkara Yang Mengeratkan Persahabatan

Image
Sabda Rasulullah s.a.w “Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” Riwayat Al-Tabrani ...Huraian i) Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin. ii) Tutur kata yang baik, beradab dan dipenuhi unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi yang paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik dan menjadi contoh kepada yang lain. iii) Jika kita mahu dihormati maka kita hendaklah terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluannya. Ini dengan sendirinya akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan seterusnya menimbulkan rasa kasih d...