Pendakwah dan Dunia Semasa.
Seringkali ramai orang melakukan dakwah dan tarbiah. Keluar dan menyeru serta mendidik manusia agar menjadi manusia yang mampu menyebarkan kebaikan ke seluruh dunia. Harapannya tinggi melangit. Mengharap agar seluruh pelusuk menerima seruan yang agung ini. Mana tidaknya, ganjaran yang dijanjikan sangat besar dan mahal. Bahkan, telah ramai yang mati demi di atas jalan ini. Kadang-kala, ada juga masanya apabila si penyeru itu sibuk menyampaikan dan menyampaikan tanpa mengira apa yang berlaku di sekelilingnya. Menyebabkan dakwahnya tidak kelihatan berkembang atau erti kata lain, tiada perubahan dan peningkatan mutu dan kualiti. Lebih teruk lagi, dia tidak mengambil kira, apa yang disampaikannya itu, benar-benar suatu keperluan bagi masyarakat tersebut ataupun tidak dan bertambah bahaya, apabila dia menyangka bahawa apa yang dilakukannya itu adalah benar, sedangkan dia telah merugikan tenaga dan masanya. Apakah yang boleh difahami daripada apa yang telah saya nyatakan...