Posts

Showing posts with the label Tarbiyah imani.

Tabiat dan Hati.

Tabiat memang sukar diubah, namun hati boleh berubah. Tabiah memang susah nak ubah, namun hati mampu diubah. Tabiah memang payah nak ubah, namun hati akan sentiasa boleh untuk berubah dan dibentuk. Kemuncak kekerasan tabiat menurut 'ramai orang' adalah pada umur 40. (Berdasarkan sembang2 kosong). Akan tetapi, adakah bermakna manusia yang mencapai umur tersebut sudah tiada harapan untuk meninggalkan tabiat buruknya? Sebelum kita bercerita pasal orang yang dah sampai umur 40, kita lihat orang yang lebih muda. Maknanya orang yang lebih muda lebih mudah untuk berubah. Sebenarnya, bukan kita tidak mampu berubah. Tapi, kita yang putus-asa untuk berubah. Kita tidak pernah mengharap atau berusaha sedikit pun. Memanglah tabiat susah nak ubah, tapi kita ada satu mekanisme yang lebih besar di dalam membentuk perubahan manusia iaitu hati. Segala apa yang berlaku kepada hati akan mengakibatkan kesan kepada seluruh jiwa dan anggota tubuh badan manusia. Maka, perubahan tabi...

Niat, Harapan dan Perubahan.

Image
Alhamdulillah, telah diberikan keizinan dan peluang oleh Allah swt, untuk memberikan sedikit suntikan dan perkongsian kepada tunas baru mahasiswa mesir berkenaan NIAT, HARAPAN dan PERUBAHAN. . . Suka juga untuk saya kongsikan di sini beberapa noktah dan rumusana daripada apa yang telah sampaikan semalam buat mereka yang tidak berpeluang untuk bersama : 1. Selalunya, ramai orang menyangka bahawa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain mampu memberikan solusi akan perubahan dirinya. . 2. Akan tetapi, sebenarnya, perubahan diri itu bukanlah berlaku dengan sekadar berubahnya tempat yang kita tinggal atau barang yang kita gunapakai. . 3. Saya juga telah kongsikan beberapa kisah berkenaan hal ini. . 4. Antaranya ialah, kisah seorang lelaki yang datang dari jauh dengan harapan untuk berubah, lalu, gurunya menjawab : "Bukanlah dengan jauhnya berjalan kalau nak berubah, tapi dengan menundukkan hawa nafsu." . 5. Selain itu, saya juga kongsikan sebuah kisah d...

Iman dan Maksiat.

Sebuah hadis baginda Rasulullah SAW : (لا يزنى الزاني حين يزنى و هو مؤمن ، ولا يسرق حين يسرق و هو مؤمن) -متفق عليه- Mafhumnya bermaksud : "Tidaklah seseorang penzina itu ketikamana dia sedang berzina dirinya berada di dalam keadaan beriman. Dan tidaklah juga seseorang itu mencuri, dirinya berada di dalam keadaan beriman ketikamana dia sedang mencuri." Sidang pembaca yang budiman, Hadis di atas secara jelasnya menunjukkan kepada kita, bahawasanya iman memainkan peranan penting di dalam mempengaruhi akhlak dan keperibadian kita. Ia telah menyatakan kepada kita 2 situasi yang berbeza, namun berdasarkan punca yang sama, iaitu apabila terlucutnya iman. Situasi pertama menceritakan perihal seseorang yang melakukan dosa berzina dan situasi kedua pula menceritakan perihal seseorang yang melakukan jenayah mencuri. Berdasarkan apa yang baginda SAW nyatakan di dalam hadisnya, menjelaskan juga kepada kita, bahawa seseorang yang beriman dan juga memiliki iman yang benar, pastinya tidak ak...