Posts

Showing posts with the label muhasabah

Saya bukan ustaz

Image
Ini adalah suatu dilema yang dihadapi oleh masyarakat pada hari ini. Apabila masing-masing mengaku seorang muslim , namun berlaku sesuatu di dalam diri mereka dimana, mereka hilang perasaan dan jiwa beragama. Ini kerana, dunia pada hari ini terlampau luas bidang ilmunya. Dahulunya, pengetahuan hanya terbatas kepada sesiapa yang pernah belajar dan mendapat periwayatan daripada mereka yang pernah mendengar ilmu tersebut. Namun, pada hari ini, ilmu dan pengetahuan bukan lagi sesuatu perkara yang asing di dalam kehidupan. Zaman sekarang merupakan sebuah zaman dimana, terdapat begitu banyak sekali sumber-sumber dan bantuan-bantuan serta sokongan untuk mencapai sesebuah ilmu. Berkembangnya ilmu maka berkembanglah juga bidang dan jenis pekerjaan. Selalunya, pekerjaan dikaitkan dengan kepakaran seseorang. Dengan yang demikian, nyatalah apabila seseorang menjadi doktor, maka sudah tentu sekali dia dikatakan orang yang paling pakar di dalam bidang perubatan. Tetapi, bagaimana pula ...

Di saat itu

Di saat kita diduga dengan penyakit seperti demam, pasti kita akan mengeluh kesakitan dan hampir-hampir sahaja berputus-asa. Kita merasakan alangkah pedihnya sakit ini. Namun, di saat kita hampir pulih ataupun telah sembuh, pastinya dalam sekelip mata kita akan merasakan kelegaan yang teramat sangat. Seolah-olah mendapat jiwa yang baru. Sesungguhnya sakit yang datang menimpa selalunya tidaklah sebanyak keenakan nikmat yang datang. Akan tetapi kehadirannya seketika kian dirasai umpama seluruh hidup mengesalinya. Memang di dalam banyak-banyak nikmat, nikmat sembuh daripada penyakit ini merupakan yang saya rasa paling berharga sebenarnya. Sebab, kita sendiri tidak mampu menentukan bila ia akan hilang melainkan dengan kehendak Allah. Suka untuk saya tuliskan, apabila hadirnya sebuah kepahitan pastinya ia akan pergi dengan seribu kemanisan. Tanpa mengenal erti susah, kita tidak akan menghargai sesebuah kesenangan. 

filem dan anda

Image
Kebelakangan ini timbul beberapa minat baru dalam diri sendiri. Sebelum ni macam ada terfikir benda ni, tapi tak pernah dapat idea untuk merealisasikan benda ni. Filem. Memang selalu menjadi tontonan setiap lapisan masyarakat. Tak kiralah, kanak-kanak, remaja, dewasa, mahupun golongan yang sudah berumur. Pastinya masing-masing mempunyai citarasa yang tersendiri terhadap filem yang ingin ditonton. Maka, saya berfikir. Bagaimana mahu mendapatkan faedah daripada menonton filem. Ia suatu perkara yang kalau kita kita bagaimana filem boleh mendatangkan faedah, kerana ia akan membawa maksud menonton filem memang sesuatu yang berfaedah. Kalau kita baca di mana-mana karangan peperiksaan yang ditulis oleh para pelajar apabila tajuk yang diminta ialah mengenai , "perkara-perkara yang tidak berfaedah", tentu sekali mereka akan meletakkan salah suatu elemennya ialah menonton filem .  Maksudnya, semua orang sedia maklum, filem itu akhirnya membawa kepada suatu nat...

jgn bangga diri~~~

Image
~Jangan Bangga DIRI Dengan Pakaian Cantik Harga Ribuan.. Kerana Pakaian Terakhir Kita Cuma KAIN KAFAN... ...~Jangan Bangga DIRI Dengan Kereta Mewah BMW MATA BELALANG KITA, Kerana Kenderaan Kita Yg Terakhir hanya KERANDA papan lapis cuma... ~Jangan Bangga DIRI Dengan Tempat Tidur Baldu Yang Empuk.... Kerana Tempat Tidur Terakhir kita Adalah TANAH... ~Jangan Bangga DIRI Dgn Kulit Mulus Gebu Kita.. Kerana Semua Tu Akan Menjadi Makanan Cacing... ~Jangan Bangga DIRI Dengan Banglow-banglow Yang Mewah.. Kerana Rumah Terakhir KITA Adalah KUBUR... ~Jangan Terlalu Bangga DIRI Dengan Tittle ‘’DATO’’TAN SRI’’ APA SAJA.. Kerana Tittle Kita Yg Terakhir Adalah ALMARHUM/ALMARHUMAH. ~Biar Kita Di Pandang Hina Di Mata Manusia...Tapi Betapa Mulianya ALLAH Memandang Kita Di Sisinya. credit to : zulkkhair azmi 4 posting at maahad johor fb group....  (^.^)