Posts

Showing posts with the label nasihat

Ala, Gurau je.

"Aku gurau je, takkan tak boleh kot?!" Bergurau, melawak, usik-usik, bukan tak boleh. Tapi biarlah berkadar. Bukan semua benda boleh dibuat bahan mainan. Ada benda yang kita memang kena serius. Bahayanya bergurau yang melampaui kadar dan batasan adalah pada isu SENSITIVITI. Ia menghakis sedikit demi sedikit perkara yang selama ni dianggap bahaya sehingga ia menjadi normal dan tiada masalah. Walhal, perkara tersebut kalau dibiarkan dan tidak dicegah akan menyebabkan malapetaka dan kecelakaan. Sensitiviti ni, sifat dia macam anti-virus. Kalau anti-virus dah tak kuat, memang senang la kena jangkit virus. Last sekali, hancur. Kalau nak bergurau jangan melibatkan perkara-perkara seperti akidah, agama, nyawa, maruah, kehormatan, pahala, dosa dan banyak lagi. Benda-benda ni semua nilainya besar. Kalau dah sampai tahap jadi bahan mainan, lama-kelamaan, inilah puncanya kita tidak ambil kisah dan tak rasa penting lagi pada benda-benda seperti ni. Co...

New Me, 2015.

Image
"New year, new me," They say. Sebuah quote yang saya jumpa di twitter. Namun, kebanyakan responnya ialah troll. Haha. Entah apa yang kelakarnya, saya pun tidak pasti. Kemungkinan tidak ramai yang benar-benar menghayati kepentingan perubahan di dalam diri.  Apa yang pasti, ramai orang lebih suka menganggap tahun baru adalah saat untuk berseronok dan berpesta kerana majlis-majlis sambutan yang diadakan. Kalau mat saleh memang paling galakla. Mereka memang suka berparti, berseronok dan berjoget. Itu bukanlah budaya kita. Pada masa yang sama, tahun baru bukanlah perayaan orang Islam. Namun, kita percaya setiap waktu perubahan itu berlaku. Kita menganggap tahun baru adalah sebahagian dari perjalanan masa. Sebagai seorang muslim, setiap hari kita perlu berazam untuk memperbaharui diri kita. Menjadikan diri kita pada esok hari adalah lebih baik daripada semalam. Tidak statik dan tidak kekal sama. Untuk itu, andai kita merasakan keperluan untuk men...

Ada apa dengan ikhtilat, couple dan cinta.

Image
"Berkatalah benar walaupun ia pahit" Orang kata, zaman muda dan remaja merupakan zaman yang paling mencabar bagi setiap individu, apatah lagi apabila mereka diuji dengan sesuatu yang hadir sebelum sampai masanya, ataupun diuji dengan kemampuan mengawal perasaan agar tidak dilepaskan bukan pada tempat dan masanya.  Biar video berbicara, 1. Tajuk : Cinta high class oleh Ustazah Fatimah Syarha. 2. Tajuk : Cinta Couple oleh Prof Dr Muhaya. Nasihat :  Zaman muda dan remaja merupakan suatu peringkat di dalam kehidupan setelah zaman kanak-kanak dan juga zaman sebelum dewasa, matang serta berumur.  Pada zaman inilah setiap individu memiliki kekuatan yang padu dan boleh dikatakan juga gagah. Namun, alangkah sedihnya apabila seorang pemuda dan remaja tersebut tidak memanfaatkan kekuatannya untuk beramal soleh, mengajak kebaikan, menyampaikan dakwah, serta mempertahankan Islam sepenuhnya. Bahkan, mereka lebih sanggup menyibukkan diri mer...