Nota Halaqah Family | Menjaga Hati dan Hubungan Kekeluargaan.
Alhamdulillah, selepas solat maghrib semalam dapat adakan sesi tazkirah bersama keluarga. Walaupun 5 minit, rasa macam dapat buat sesuatu berharga. Apa yang saya kongsikan kepada keluarga selama 5 minit adalah perkara-perkara berikut : 1. Kita memang sedikit masa untuk duduk dan bermuhasabah diri untuk refresh semula iman kita setelah kita melalui kesibukan-kesibukan harian sehingga kadang-kadang kita terlupa tugas utama kita iaitu mengabdikan diri kepada Allah swt. 2. Hati kita sifat berbolak-balik dan tidak tetap. Ia boleh berubah-ubah dalam masa yang singkat. Sepertimana yang ditulis oleh Abu Ammar di dalam bukunya yang masyhur, al-Muntolak (Langkah Bermula), "Hati ini berbolak-balik ibarat air mendidih yang sedang menggelegak. Namun pada masa yang sama, ia boleh reda dalam sekelip mata." 3. Apa-apa yang kita lakukan setiap hari akan mengesani hati kita. Samada melalui apa yang kita lihat, apa yang kita dengar dan apa jua yang kita lak...