Posts

Showing posts with the label tazkirah

Beza Kita dan Iblis ketika Menghadapi Kesilapan.

Image
Apa beza kita dan iblis apabila melakukan kesilapan? Tonton video ini untuk mendapatkan penjelasan yang menarik.

Sementara Masih Sempat.

Image
Sementara masih ada masa untuk menulis pos-pos dakwah, TULISLAH. Sementara masih ada masa untuk design poster-poster dakwah, DESIGN-Lah. Sementara masih ada masa untuk buat lagu-lagu nasyid dakwah, KARANGLAH. Sementara masih ada masa untuk buat video-video dakwah, buatlah video dakwah. Sementara masih ada masa untuk uruskan blog, page, channel dan media dakwah, URUSKANLAH. Sementara masih ada masa untuk memahami selok-belok, asas dan fiqh dakwah, FAHAMKANLAH sebaiknya. Sementara masih ada masa untuk meningkatkan potensi untuk dakwah, BINALAH. Sementara masih ada masa untuk mencari dana infaq untuk dakwah, maka CARILAH. Sementara masih ada masa untuk berjumpa orang dan menyampaikan dakwah secara lisan, SAMPAI-SAMPAIKANLAH. Sementara masih ada masa untuk ALL OUT dalam dakwah, BERGERAKLAH. Ingatlah, dakwah tidak akan sampai jika kita tidak bergerak. Dakwah tidak akan sampai jika kita sekadar duduk diam. Dakwah hanya akan sampai apabila kita mengambil tindaka...

Nota Halaqah Family | Menjaga Hati dan Hubungan Kekeluargaan.

Image
Alhamdulillah, selepas solat maghrib semalam dapat adakan sesi tazkirah bersama keluarga. Walaupun 5 minit, rasa macam dapat buat sesuatu berharga. Apa yang saya kongsikan kepada keluarga selama 5 minit adalah perkara-perkara berikut : 1. Kita memang sedikit masa untuk duduk dan bermuhasabah diri untuk refresh semula iman kita setelah kita melalui kesibukan-kesibukan harian sehingga kadang-kadang kita terlupa tugas utama kita iaitu mengabdikan diri kepada Allah swt. 2. Hati kita sifat berbolak-balik dan tidak tetap. Ia boleh berubah-ubah dalam masa yang singkat. Sepertimana yang ditulis oleh Abu Ammar di dalam bukunya yang masyhur, al-Muntolak (Langkah Bermula), "Hati ini berbolak-balik ibarat air mendidih yang sedang menggelegak. Namun pada masa yang sama, ia boleh reda dalam sekelip mata." 3. Apa-apa yang kita lakukan setiap hari akan mengesani hati kita. Samada melalui apa yang kita lihat, apa yang kita dengar dan apa jua yang kita lak...

Ala, Gurau je.

"Aku gurau je, takkan tak boleh kot?!" Bergurau, melawak, usik-usik, bukan tak boleh. Tapi biarlah berkadar. Bukan semua benda boleh dibuat bahan mainan. Ada benda yang kita memang kena serius. Bahayanya bergurau yang melampaui kadar dan batasan adalah pada isu SENSITIVITI. Ia menghakis sedikit demi sedikit perkara yang selama ni dianggap bahaya sehingga ia menjadi normal dan tiada masalah. Walhal, perkara tersebut kalau dibiarkan dan tidak dicegah akan menyebabkan malapetaka dan kecelakaan. Sensitiviti ni, sifat dia macam anti-virus. Kalau anti-virus dah tak kuat, memang senang la kena jangkit virus. Last sekali, hancur. Kalau nak bergurau jangan melibatkan perkara-perkara seperti akidah, agama, nyawa, maruah, kehormatan, pahala, dosa dan banyak lagi. Benda-benda ni semua nilainya besar. Kalau dah sampai tahap jadi bahan mainan, lama-kelamaan, inilah puncanya kita tidak ambil kisah dan tak rasa penting lagi pada benda-benda seperti ni. Co...

TAKLIF.

Image
Apapun yang kita lakukan di atas dunia ini, cukuplah dengan merasakan bahawa kita adalah SEORANG MUSLIM , memberikan kesedaran kepada kita bahawa kita mempunyai TANGGUNGJAWAB yang besar untuk ditunaikan dan dilaksanakan. Apa jua status kita yang mendatang seperti seorang ahli sesebuah jemaah, atau pimpinan sesebuah kelompok, atau apa jua bentuk nama sekalipun, secara default- nya, kita sendiri sudah digalaskan dengan berbagai tanggungjawab atau sesuatu yang disebut TAKLIFAN . Maka, sempurnakanlah tanggungjawabmu. Tiada apa lagi yang perlu kau tunggu.

Sekilas pandang akan kefahaman kita berkenaan IBADAH

Peringatan untuk diri sendiri. 1. Tidak salah untuk beribadah bahkan dituntut untuk memperbanyakkan amal ibadah sebagai bekal untuk menghadapi hari akhirat 2. Salahnya maksud ibadah apabila menghadkan ibadah hanya pada amalan yang berbentuk ritual semata mata . 3. Ibadah adalah tujuan sebenar kita diciptakan 4. Dengan ibadahlah yang membuktikan kehambaan kita kepada Allah swt. 5. Bukanlah ibadah yang menjadikan si pelakunya pemalas, sebaliknya, ia sebenarnya adalah sikap negatif yang menjadi tabiat seseorang. 6. Untuk mengubah diri , perlu bermula dengan mengubah hati. Maka, hati hanya mampu diubah apabila sentiasa dipelihara dan disucikan. 7. Hanya iman yang mampu memainkan peranan tersebut. 8. Banyak unsur yang boleh menjadi faktor yang menambah bekal iman. 9. Antara unsur yang terpenting adalah amal ibadah secara individu mahupun jamaie. 10. Sekiranya kita benar benar ikhlaskan niat ibadah kita semata mata kerana Allah swt, barulah kemanisan ...

Quote | Berkenaan Kata-kata Kesat.

Image
Ustaz Nouman Ali Khan mengatakan : "Sebahagian orang yang tidak mempunyai kematangan dan kepintaran, lebih memilih untuk mengeluarkan kata-kata kesat berbanding kata-kata yang baik di dalam mengekspresikan perasaan mereka." Sesungguhnya, setiap langkah dan tindakan yang kita pilih adalah cerminan kepada tahap pemikiran dan kematangan diri kita. Mereka yang mampu menunjukkan kematangan dan kebijaksaan akan dihormati dan disayangi oleh masyarakat. Pada masa yang sama, menjadi contoh dan ikutan yang terbaik. Ini adalah apa yang sebenarnya dikehendaki oleh Allah swt dan Rasul-Nya apabila Allah swt menyatakan, "Sesungguhnya, Allah swt bersama-sama dengan orang yang sabar." Dan juga, apabila baginda SAW berpesan untuk tidak marah dengan menyebutkan , "Jangan marah!" dan diulang sebanyak 3 kali. Moga-moga Allah swt menjadikan kita orang yang matang dan bijak di dalam menghadapi pelbagai situasi. Sedarilah, bahawa setiap apa yang berlaku adala...

Nilai Timbangan Akidah. Adakah yang Lebih Utama?

Image
"Seorang hamba perempuan yang beriman adalah lebih baik daripada seorang perempuan musyrikin." Dimanakah agaknya akan anda jumpa kenyataan ini? Kenyataan ini sebenarnya diadaptasi di dalam al-Quran. Di sebuah ayat yang menceritakan hukum-hakam perkahwinan. Di dalam ayat tersebut, menceritakan bagaimana bolehnya seorang muslim berkahwin dengan seorang perempuan musyrikah (kafir yang menyembah berhala) seandainya dia bersetuju untuk beriman dan menganut agama Islam. Namun, Allah menyatakan bahawasanya perempuan yang beriman, sekalipun dia dari dalam kalangan hamba, maka dia adalah lebih mulia dan utama kedudukannya berbanding dengan segala jenis perempuan seandainya dia cantik, kaya dan berharta, baik pula budi pekerti, namun tidak beragama Islam dan tidak beriman kepada Allah swt. ***** "Kamu adalah sebaik-baik umat yang keluar dari kalangan manusia, menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemunkaran dan beriman kepada Allah. Dan kalaulah ahli kitab i...

Masa, tanggungjawab dan kewajipan.

Image
Demi masa, Sesungguhnya manusia kerugian, Melainkan, Yang beriman dan yang beramal soleh.. (Baca dengan nada menyanyi lagu Raihan). -Dipetik dari lagu nasyid Raihan berkenaan masa yang berinspirasikan surah al-Asr. Berkata seorang tokoh pejuang Islam, "Sesungguhnya kewajipan seseorang Muslim itu melebihi masa yang ada." Berdasarkan apa yang telah disebutkan, menunjukkan kepada kita seolah-olah 24 jam yang telah dianugerahkan Allah taala kepada kita masih lagi bukan sesuatu yang cukup. Namun, seandainya kita perhatikan di dalam diri kita, tentunya kita tertanya-tanya, apakah lagi yang masih lagi harus diisi? Padahal, terasa bosan pula yang hadir. Apa lagi yang aku nak buat? Saya berminat untuk bertanya kepada mereka (baca : Muslim) yang benar-benar terasa bosan. Apakah anda telah melakukan perkara-perkara tersebut di dalam kehidupan seharian anda? Solat fardu berjemaah di awal waktu dan dilakukan di masjid. Solat sunat rawatib yang dilakukan s...

Ahlan Ramadhan

Image
Berazamlah supaya bulan Ramadhan pada kali ini mampu memberikan kesan yang mendalam terhadap diri. Pada masa yang sama, janganlah sekadar berpuasa menahan lapar dan dahaga semata-mata, akan tetapi, anggota yang lain juga harus dipelihara daripada melakukan dosa dan maksiat. Bak kata orang puasa mata, telinga, mulut dan lain-lain. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Ada apa dengan ikhtilat, couple dan cinta.

Image
"Berkatalah benar walaupun ia pahit" Orang kata, zaman muda dan remaja merupakan zaman yang paling mencabar bagi setiap individu, apatah lagi apabila mereka diuji dengan sesuatu yang hadir sebelum sampai masanya, ataupun diuji dengan kemampuan mengawal perasaan agar tidak dilepaskan bukan pada tempat dan masanya.  Biar video berbicara, 1. Tajuk : Cinta high class oleh Ustazah Fatimah Syarha. 2. Tajuk : Cinta Couple oleh Prof Dr Muhaya. Nasihat :  Zaman muda dan remaja merupakan suatu peringkat di dalam kehidupan setelah zaman kanak-kanak dan juga zaman sebelum dewasa, matang serta berumur.  Pada zaman inilah setiap individu memiliki kekuatan yang padu dan boleh dikatakan juga gagah. Namun, alangkah sedihnya apabila seorang pemuda dan remaja tersebut tidak memanfaatkan kekuatannya untuk beramal soleh, mengajak kebaikan, menyampaikan dakwah, serta mempertahankan Islam sepenuhnya. Bahkan, mereka lebih sanggup menyibukkan diri mer...

Playboy VS Prayboy. Renungkan.

Image

Pemuda, Orang tua, dan wuduk.

Image
Suatu ketika, di sebuah tempat mengambil wuduk. Bunyi percikan air kian menyelubungi ruangan tersebut. Kanak-kanak, remaja, mahupun golongan yang sudah berumur, masing-masing sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut kehadiran waktu solat yang semakin hampir. Di saat itu juga, datanglah seorang pemuda memasuki tempat tersebut, sambil memerhati dan melihat. Pada masa yang sama, dia berbisik , "Mana pulak tempat yang sesuai untuk aku berwuduk agaknya?". Ketika dia menoleh ke kanan dan ke kiri, terlihatnya akan sesuatu yang agak menarik perhatiannya.  "Eh, lain macam sahaja orang tua ni berwuduk. Bukankah dia tidak sepatutnya melakukan hal sedemikian." Bicaranya di dalam hati. Lantas, dia berfikir seketika, "Bagaimana caranya supaya aku dapat memberitahu pakcik ini supaya memperbetulkan caranya berwuduk?" Lalu dia mendapat suatu idea, lantas menghampiri orang tua tersebut. "Em, pakcik, minta maaf mengganggu. Adakah pakcik sibuk sekarang...

Kisah seorang lelaki dan baldi merahnya.

Image
Pada suatu hari, di sebuah kawasan rumah. Tinggal seorang lelaki di sebuah rumah. Beliau menjalani kehidupan tidak seperti orang yang hidup di zaman moden. Sistem pengairan rumahnya tidak menggunakan paip, dapurnya pula tidak menggunakan gas. Sungguhpun kehidupannya kelihatan daif, beliau bukanlah seorang yang malas, bahkan rajin dan kuat bekerja. Sekiranya beliau ingin menggunakan air, beliau mengangkut air daripada sebuah perigi yang agak jauh dari rumahnya. Sepanjang beliau hidup, hanya baldi merah itu sahajalah yang beliau gunakan untuk mengangkut air. Walaupun, baldi tersebut sudah kelihatan uzur, beliau tetap menggunakan baldi tersebut. Sejak akhir-akhir ini, beliau selalu mendapat bekalan air yang sedikit dek baldi yang digunakan itu, sudah tidak mampu lagi menampung keseluruhan isi yang ada kerana terdapat bahagian-bahagian kecil yang bocor. Namun, beliau tidak pernah merasa sedih. Sehinggalah pada suatu ketika, ketika beliau hendak ke perigi untuk...

Saya bukan ustaz

Image
Ini adalah suatu dilema yang dihadapi oleh masyarakat pada hari ini. Apabila masing-masing mengaku seorang muslim , namun berlaku sesuatu di dalam diri mereka dimana, mereka hilang perasaan dan jiwa beragama. Ini kerana, dunia pada hari ini terlampau luas bidang ilmunya. Dahulunya, pengetahuan hanya terbatas kepada sesiapa yang pernah belajar dan mendapat periwayatan daripada mereka yang pernah mendengar ilmu tersebut. Namun, pada hari ini, ilmu dan pengetahuan bukan lagi sesuatu perkara yang asing di dalam kehidupan. Zaman sekarang merupakan sebuah zaman dimana, terdapat begitu banyak sekali sumber-sumber dan bantuan-bantuan serta sokongan untuk mencapai sesebuah ilmu. Berkembangnya ilmu maka berkembanglah juga bidang dan jenis pekerjaan. Selalunya, pekerjaan dikaitkan dengan kepakaran seseorang. Dengan yang demikian, nyatalah apabila seseorang menjadi doktor, maka sudah tentu sekali dia dikatakan orang yang paling pakar di dalam bidang perubatan. Tetapi, bagaimana pula ...

Datang kelas jangan tak datang.

Image
Sekali-sekala kita bercerita tentang pelajaran sinonimnya mestilah kelas dan kuliah. Kalau pelajar al-Azhar sebut muhadaroh sebahagiannya. Lebih kuranglah juga maksudnya. Selalunya, fenomena tidak hadir ke kelas tanpa sebab menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan pelajar atau lebih mudahnya kita sebut sebagai ponteng kelas. Sekiranya kita mempunyai urusan-urusan yang sememangnya tidak dapat dielakkan, tidak perlu berfikir panjang lagi untuk ke kelas atau tidak. Sepatutnya ia sudah difahami sejak awal lagi kita menddaftarkan diri kita sebagai seorang pelajar. Kalaulah kita tidak ke kelas, ilmu manakah yang kita cedok? Apakah kita mendapat ilmu ladunni yang datang secara langsung dari Allah SWT? Kalaulah kita membaca sendiri, apakah sudah tentu kefahaman kita diiktiraf? Kadang-kala, kita sudah berada di kelas namun dan tidak mampu menghadirkan jiwa kita ketika belajar tetapi, itu bukanlah alasan untuk kita lemah semangat dan berputus-asa untuk datang ke kelas. Hadir ke...