Posts

Showing posts with the label Tarbiyatu Nafs

Tabiat dan Hati.

Tabiat memang sukar diubah, namun hati boleh berubah. Tabiah memang susah nak ubah, namun hati mampu diubah. Tabiah memang payah nak ubah, namun hati akan sentiasa boleh untuk berubah dan dibentuk. Kemuncak kekerasan tabiat menurut 'ramai orang' adalah pada umur 40. (Berdasarkan sembang2 kosong). Akan tetapi, adakah bermakna manusia yang mencapai umur tersebut sudah tiada harapan untuk meninggalkan tabiat buruknya? Sebelum kita bercerita pasal orang yang dah sampai umur 40, kita lihat orang yang lebih muda. Maknanya orang yang lebih muda lebih mudah untuk berubah. Sebenarnya, bukan kita tidak mampu berubah. Tapi, kita yang putus-asa untuk berubah. Kita tidak pernah mengharap atau berusaha sedikit pun. Memanglah tabiat susah nak ubah, tapi kita ada satu mekanisme yang lebih besar di dalam membentuk perubahan manusia iaitu hati. Segala apa yang berlaku kepada hati akan mengakibatkan kesan kepada seluruh jiwa dan anggota tubuh badan manusia. Maka, perubahan tabi...

Success Start from a Dream.

Image
Kadang-kala kita tertanya-tanya, "Darimana datangnya kejayaan?" Kerana ada sebahagian daripada kita tidak mampu melihat jalan perlu ditempuh untuk menuju kepada kejayaan. Lalu, kita merasa putus-asa dan tidak berharap akan apa-apa kejayaan melainkan ianya datang bergolek. Sebenarnya, INILAH PEMIKIRAN YANG SALAH! "Kejayaan adalah milik semua orang". Orang yang berfikiran seperti orang yang disebutkan tadi sebenarnya telah tersilap cara di dalam memandang makna dan nilai sesebuah kejayaan. Kerana apa? Kerana dia merasakan kejayaan itu adalah pencapaian-pencapaian yang berjaya dilakukan oleh sebahagian individu-individu yang telah menempa nama di dalam dunia dan sejarah. Kalau di dalam dunia perniagaan, kita boleh lihat pada zaman kini, ikon-ikon yang menjadi lambang sesebuah kejayaan antaranya : Bill Gates - Microsoft. Steve Jobs - Apple. Ananda Krishnan - Astro. Syed Mokhtar Al-Bukhary - Pengerusi Yayasan Al-Bukhary. Irfan Khai...

Niat, Harapan dan Perubahan.

Image
Alhamdulillah, telah diberikan keizinan dan peluang oleh Allah swt, untuk memberikan sedikit suntikan dan perkongsian kepada tunas baru mahasiswa mesir berkenaan NIAT, HARAPAN dan PERUBAHAN. . . Suka juga untuk saya kongsikan di sini beberapa noktah dan rumusana daripada apa yang telah sampaikan semalam buat mereka yang tidak berpeluang untuk bersama : 1. Selalunya, ramai orang menyangka bahawa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain mampu memberikan solusi akan perubahan dirinya. . 2. Akan tetapi, sebenarnya, perubahan diri itu bukanlah berlaku dengan sekadar berubahnya tempat yang kita tinggal atau barang yang kita gunapakai. . 3. Saya juga telah kongsikan beberapa kisah berkenaan hal ini. . 4. Antaranya ialah, kisah seorang lelaki yang datang dari jauh dengan harapan untuk berubah, lalu, gurunya menjawab : "Bukanlah dengan jauhnya berjalan kalau nak berubah, tapi dengan menundukkan hawa nafsu." . 5. Selain itu, saya juga kongsikan sebuah kisah d...

Meletakkan Hati di atas Landasan Allah.

Image
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة   إنك أنت الوهاب Pernahkan merasa suatu saat dimana hati anda sangat tenang dan merasakan juga bahawa iman anda sedang meningkat dan melonjak. Pada saat itu, anda merasakan dada anda sangat lapang. Segala amal kebaikan yang anda lakukan pada ketika itu sangat menyeronokkan. Akhirnya, anda berharap agar keadaan anda pada ketika itu dikekalkan selama-lamanya. Maka, pada saat itulah anda seharusnya memohon kepada Allah dengan doa yang sedemikian. ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا ، وهب لنا من لدنك رحمة ، إنك أنت الوهاب   cara menyebutnya :  Robbana la tuzigh qulubana ba'da iz hadaitana, wahab lana minl ladunka rahmah, innaka antal wahhab.  Bermaksud : Wahai tuhan kami, janganlah engkau bengkokkan (sesatkan) kami setelah engkau kurniakan hidayah (petunjuk) kepada kami, dan berikanlah kami rahmat dari sisi engkau. Sesungguhnya, engkaulah yang maha memberi.   Sesungguhnya, hati yang...