Posts

Showing posts with the label taubat

Playboy VS Prayboy. Renungkan.

Image

Kisah seorang lelaki dan baldi merahnya.

Image
Pada suatu hari, di sebuah kawasan rumah. Tinggal seorang lelaki di sebuah rumah. Beliau menjalani kehidupan tidak seperti orang yang hidup di zaman moden. Sistem pengairan rumahnya tidak menggunakan paip, dapurnya pula tidak menggunakan gas. Sungguhpun kehidupannya kelihatan daif, beliau bukanlah seorang yang malas, bahkan rajin dan kuat bekerja. Sekiranya beliau ingin menggunakan air, beliau mengangkut air daripada sebuah perigi yang agak jauh dari rumahnya. Sepanjang beliau hidup, hanya baldi merah itu sahajalah yang beliau gunakan untuk mengangkut air. Walaupun, baldi tersebut sudah kelihatan uzur, beliau tetap menggunakan baldi tersebut. Sejak akhir-akhir ini, beliau selalu mendapat bekalan air yang sedikit dek baldi yang digunakan itu, sudah tidak mampu lagi menampung keseluruhan isi yang ada kerana terdapat bahagian-bahagian kecil yang bocor. Namun, beliau tidak pernah merasa sedih. Sehinggalah pada suatu ketika, ketika beliau hendak ke perigi untuk...

Anak kecil yang takutkan neraka

Image
Suatu hari seorang lelaki melihat seorang kanak-kanak sedang bermain di jalanan, tiba-tiba lelaki tersebut terlihat seorang anak kecil yang tidak bermain dan duduk berseorangan di tepi. Lalu, lelaki tersebut mengampiri si anak kecil dan bertanya, "Mengapa kamu tidak bermain bersama kanak-kanak yang lain?" Anak kecil itu menjawab, "Aku merasakan bahawa hidup di dunia ini terlalu singkat dan tiada lagi masa untuk bermain-main." Lelaki tersebut berasa hairan dengan jawapan tersebut, lalu berkata, "Bukankah kamu masih muda dan mempunyai banyak lagi masa". Apabila terdengar ucapan yang sedemikian, anak kecil tersebut membalas, "Suatu hari, aku melihat ibuku menghidupkan api dengan kayu-kayu yang kecil sebelum meletakkan kayu-kayu yang besar. Yang aku takutkan ialah ketika di neraka besok Allah meletakkan kanak-kanak kecil untuk menghidupkan api sebelum membakar mereka yang dewasa". Mendengarkan jawapan tersebut, lelaki tersebut berasa...

~tau buat or ......

Image
“Jikalau Allah menghukum manusia karena kezalimannya, niscaya tidak akan ditinggalkan-Nya di muka bumi sesuatu pun dari makhluk yang melata, tetapi Allah MENANGGUHKAN mereka sampai kepada waktu yang ditentukan. Maka apabila telah tiba waktu (yang ditentukan) bagi mereka, tidaklah mereka dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukannya.” (QS.An-Nahl: 61) “Dan orang yang bertaubat dan mengerjakan amal saleh, maka sesungguhnya dia bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya.” (QS.Al-Furqaan: 71) “Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.” (QS. Al Anfal : 29) "Bertakwalah di manapun engkau berada, dan ikutilah perbuatan buruk dengan perbuatan baik niscaya ia akan menghapusnya, dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (Hadits diriwayatkan ole...