Posts

Showing posts with the label dakwah

Sementara Masih Sempat.

Image
Sementara masih ada masa untuk menulis pos-pos dakwah, TULISLAH. Sementara masih ada masa untuk design poster-poster dakwah, DESIGN-Lah. Sementara masih ada masa untuk buat lagu-lagu nasyid dakwah, KARANGLAH. Sementara masih ada masa untuk buat video-video dakwah, buatlah video dakwah. Sementara masih ada masa untuk uruskan blog, page, channel dan media dakwah, URUSKANLAH. Sementara masih ada masa untuk memahami selok-belok, asas dan fiqh dakwah, FAHAMKANLAH sebaiknya. Sementara masih ada masa untuk meningkatkan potensi untuk dakwah, BINALAH. Sementara masih ada masa untuk mencari dana infaq untuk dakwah, maka CARILAH. Sementara masih ada masa untuk berjumpa orang dan menyampaikan dakwah secara lisan, SAMPAI-SAMPAIKANLAH. Sementara masih ada masa untuk ALL OUT dalam dakwah, BERGERAKLAH. Ingatlah, dakwah tidak akan sampai jika kita tidak bergerak. Dakwah tidak akan sampai jika kita sekadar duduk diam. Dakwah hanya akan sampai apabila kita mengambil tindaka...

Pendakwah dan Dunia Semasa.

Image
Seringkali ramai orang melakukan dakwah dan tarbiah. Keluar dan menyeru serta mendidik manusia agar menjadi manusia yang mampu menyebarkan kebaikan ke seluruh dunia. Harapannya tinggi melangit. Mengharap agar seluruh pelusuk menerima seruan yang agung ini. Mana tidaknya, ganjaran yang dijanjikan sangat besar dan mahal. Bahkan, telah ramai yang mati demi di atas jalan ini. Kadang-kala, ada juga masanya apabila si penyeru itu sibuk menyampaikan dan menyampaikan tanpa mengira apa yang berlaku di sekelilingnya. Menyebabkan dakwahnya tidak kelihatan berkembang atau erti kata lain, tiada perubahan dan peningkatan mutu dan kualiti. Lebih teruk lagi, dia tidak mengambil kira, apa yang disampaikannya itu, benar-benar suatu keperluan bagi masyarakat tersebut ataupun tidak dan bertambah bahaya, apabila dia menyangka bahawa apa yang dilakukannya itu adalah benar, sedangkan dia telah merugikan tenaga dan masanya. Apakah yang boleh difahami daripada apa yang telah saya nyatakan...

Nilai Timbangan Akidah. Adakah yang Lebih Utama?

Image
"Seorang hamba perempuan yang beriman adalah lebih baik daripada seorang perempuan musyrikin." Dimanakah agaknya akan anda jumpa kenyataan ini? Kenyataan ini sebenarnya diadaptasi di dalam al-Quran. Di sebuah ayat yang menceritakan hukum-hakam perkahwinan. Di dalam ayat tersebut, menceritakan bagaimana bolehnya seorang muslim berkahwin dengan seorang perempuan musyrikah (kafir yang menyembah berhala) seandainya dia bersetuju untuk beriman dan menganut agama Islam. Namun, Allah menyatakan bahawasanya perempuan yang beriman, sekalipun dia dari dalam kalangan hamba, maka dia adalah lebih mulia dan utama kedudukannya berbanding dengan segala jenis perempuan seandainya dia cantik, kaya dan berharta, baik pula budi pekerti, namun tidak beragama Islam dan tidak beriman kepada Allah swt. ***** "Kamu adalah sebaik-baik umat yang keluar dari kalangan manusia, menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemunkaran dan beriman kepada Allah. Dan kalaulah ahli kitab i...

Masa, tanggungjawab dan kewajipan.

Image
Demi masa, Sesungguhnya manusia kerugian, Melainkan, Yang beriman dan yang beramal soleh.. (Baca dengan nada menyanyi lagu Raihan). -Dipetik dari lagu nasyid Raihan berkenaan masa yang berinspirasikan surah al-Asr. Berkata seorang tokoh pejuang Islam, "Sesungguhnya kewajipan seseorang Muslim itu melebihi masa yang ada." Berdasarkan apa yang telah disebutkan, menunjukkan kepada kita seolah-olah 24 jam yang telah dianugerahkan Allah taala kepada kita masih lagi bukan sesuatu yang cukup. Namun, seandainya kita perhatikan di dalam diri kita, tentunya kita tertanya-tanya, apakah lagi yang masih lagi harus diisi? Padahal, terasa bosan pula yang hadir. Apa lagi yang aku nak buat? Saya berminat untuk bertanya kepada mereka (baca : Muslim) yang benar-benar terasa bosan. Apakah anda telah melakukan perkara-perkara tersebut di dalam kehidupan seharian anda? Solat fardu berjemaah di awal waktu dan dilakukan di masjid. Solat sunat rawatib yang dilakukan s...

Pemuda, Orang tua, dan wuduk.

Image
Suatu ketika, di sebuah tempat mengambil wuduk. Bunyi percikan air kian menyelubungi ruangan tersebut. Kanak-kanak, remaja, mahupun golongan yang sudah berumur, masing-masing sibuk mempersiapkan diri untuk menyambut kehadiran waktu solat yang semakin hampir. Di saat itu juga, datanglah seorang pemuda memasuki tempat tersebut, sambil memerhati dan melihat. Pada masa yang sama, dia berbisik , "Mana pulak tempat yang sesuai untuk aku berwuduk agaknya?". Ketika dia menoleh ke kanan dan ke kiri, terlihatnya akan sesuatu yang agak menarik perhatiannya.  "Eh, lain macam sahaja orang tua ni berwuduk. Bukankah dia tidak sepatutnya melakukan hal sedemikian." Bicaranya di dalam hati. Lantas, dia berfikir seketika, "Bagaimana caranya supaya aku dapat memberitahu pakcik ini supaya memperbetulkan caranya berwuduk?" Lalu dia mendapat suatu idea, lantas menghampiri orang tua tersebut. "Em, pakcik, minta maaf mengganggu. Adakah pakcik sibuk sekarang...

Sebelum ziarah, call atau tidak?

Image
Zaman kini sudah moden, sudah tentu masalah pehubungan adalah sangat rendah. Ziarah-menziarahi, seperti yang biasa kita dengari, memanglah merupakan sebuah amalan sangat mulia. Apatah lagi, sang penziarah memang datang bertandang demi merapatkan ukhuwah sesama saudara yang seakidah. Akan tetapi, apakah ia menafikan hak tuan rumah yang patut juga dihormati? Sebelum, kita meneruskan topik ziarah, ingin saya ingatkan bahawa saya bukan ingin menyekat mana-mana pihak agar menghentikan amalan ziarah yang biasa dilakukannya. Cuma, saya terfikir beberapa perkara berkenaan topik ini. Secara jelas, manusia semuanya berbeza, sekalipun kembar. Pastinya ada perbezaan. Maka, di dalam topik ini, kita cuba pandang pada dua skop manusia. 1.Jenis yang peramah, terbuka dan tidak mengambil kisah. Jikalau anda menziarahi orang seperti ini, maka anda tidak perlu risau. Datanglah, pada bila-bila masa yang anda suka atau masa yang anda berkelapangan. Nescaya mereka akan menerima kehadiran and...

Solat berjemaah… Lecehkah ?!

Image
Hampir 2 bulan aku meninggalkan Mesir, bumi kinanah yang penuh barakah. Tempat yang terdapat berbilang ulama. Tempat yang kini menjadi kiblat ilmu bagi ummat Islam. Rindu sungguh aku akan suasana kehidupan bersama masyarakat yang sangat arif akan ilmu-ilmu syariat. Setibanya aku di Malaysia, aku dapat merasai perbezaan yang amat ketara di antara 2 negara ini. Di sudut kemajuan, ternyata Malaysia telah melangkah lebih jauh. Malahan, kehidupan di sini segalanya berjalan dengan penuh sistematik. Jelasnya, apabila masyarakat mula dihanyut arus pembangunan yang begitu deras, ia turut memberi kesan akan beberapa aspek di dalam kehidupan. Di dalam kehidupan ini, ada suatu aspek yang sangat perlu untuk dijaga tanpa siapakah anda dan dimana jua anda berapa. Ia adalah aspek agama dan apabila menyebutkan agama tiadalah yang lain selain dari Islam. Bagi agama Islam, ukuran utama yang menentukan seseorang itu beridentitikan Islam ialah apabila dia melakukan solat. Solat itula...

habis dan tamatkah?

Image
Pernah dapat sijil penyertaan ? Biasanya kita akan dapat sijil untuk menandakan bahawa kita sudah menamatkan suatu penyertaan dalam sebuah program , bukan? Ataupun sebab kita adalah membuat jasa dan bakti ataupun cemerlang dalam studi dan macam - macam lagi . Selalunya di sekolah - sekolah pastinya ada pertubuhan yang berunsurkan dakwah sebagai contoh , badan dakwah , persatuan agama islam dan apa - apa persatuan yang guna nama islam untuk kegiatan kokurikulum di sekolah . Tujuannya lebih kepada melatih para pelajar untuk aktif dalam kepimpianan dan bukan sekadar bergiat aktif di dalam pembelajaran di dalam kelas sahaja . Murobbi saya pernah ketengahkan suatu isu mengenai mereka yang mengikuti kursus atau program dakwah yang berbentuk semasa ( macam kem dakwah atau kem naqib ) dan selepas habis program , pastinya mereka akan dianugerahi sijil sebagai tanda mereka sudah berjaya menamatkan program tersebut selama mana program tersebut berjalan . Namun , timbul suatu persoala...

take five....

Image
''fuuuuuu'' ''hah, letih.......'' ''haih.....  ngantuknya....'' Inilah mungkin ungkapan yang biasanya akan disebutkan oleh manusia - manusia yang keletihan. Lebih - lebih lagi al-akh yang sangat aktif berprogram ataupun yang selalunya orang yang baru balik kerja lah.  Terkadang ada diantara kita yang bertungkus - lumus berusaha mengejar matlamat dan impian , sehinggakan lupa untuk menyediakan 1 ruang masa untuk berehat dan menenangkan fikiran apatah lagi untuk bersama - sama kawan - kawan dan ahli keluarga .  Biasanya biler dah  berlaku benda camni , tu  yang kadang - kadang kita rasa stress , tension dan sebagainya. Bahkan lagi teruk biler kita jadi tak tentu hala. Pastu, mulalah buat tu tak kena, buat ni tak jadi. Kemudian, kita menyumpah - nyumpah sorang - sorang.  Jadi, janganlah kita takut nak meletakkan masa dalam jadual kita suatu ruang rehat yang sekadar cukup untuk menghilangkan penat , dan jugak k...