take five....



''fuuuuuu''

''hah, letih.......''

''haih.....  ngantuknya....''

Inilah mungkin ungkapan yang biasanya akan disebutkan oleh manusia - manusia yang keletihan. Lebih - lebih lagi al-akh yang sangat aktif berprogram ataupun yang selalunya orang yang baru balik kerja lah. 

Terkadang ada diantara kita yang bertungkus - lumus berusaha mengejar matlamat dan impian , sehinggakan lupa untuk menyediakan 1 ruang masa untuk berehat dan menenangkan fikiran apatah lagi untuk bersama - sama kawan - kawan dan ahli keluarga . 

Biasanya biler dah  berlaku benda camni , tu  yang kadang - kadang kita rasa stress , tension dan sebagainya. Bahkan lagi teruk biler kita jadi tak tentu hala. Pastu, mulalah buat tu tak kena, buat ni tak jadi. Kemudian, kita menyumpah - nyumpah sorang - sorang. 

Jadi, janganlah kita takut nak meletakkan masa dalam jadual kita suatu ruang rehat yang sekadar cukup untuk menghilangkan penat , dan jugak kita dapat kumpolkan tenaga sehingga dapat semula kekuatan untuk menambah baik hasil pekerjaan kita, lebih - lebih lagi dalam kerja dakwah . 

Kita kena ingat, kita ni kan manusia . Bukannya robot. Haruslah kita ni bijak mengatur sesuatu dalam hidup kita. Jangan sampai kita akhirnya tak jadi apa -apa. Nak yang ni tak dapat , yang tu tak rase. 

Akhir kata , tak semestinya nak capai matlamat kita , kita lupa akan fitrah kita. Tapi , kalau dah rehat pon , jangan lama - lama sangat , tak sehat gak. Pandai - pandailah seimbangkan.





#seorang sahabat ana pernah bercerita bahawa Imam Hassan Al - Banna rajin ziarah ikhwahnya dan tempat yang dia pergi jauh jauh. Dan dikatakan bahawa masa rehat beliau hanyalah ketikamana beliau kat dalam bas     
atau tremco...........



wallahualam

Comments