Posts
...pesanan rasullah....
- Get link
- X
- Other Apps
By
ansarullah
-
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : “Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, Iaitu : 1. Sebelum mengkhatamkan Al Qur’an, 2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir, 3. Sebelum para muslim meredhai kamu, 4. Sebelum melaksanakan haji dan umrah…. “Bertanya Aisyah : “Ya Rasulullah.. .. Bagaimana dapat melaksanakan empat perkara seketika?” Rasul tersenyum dan bersabda : “Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur’an. Bismillaahirrahman irrahiim, Qulhuallahu ahad’ Allahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ (3 x) Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum ku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allahumma salli ‘alaa saidina Muhammad wa’ala ali saidinaa Muhammad ( 3 x ) Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai mu. Astaghfirullahal azim allazi laa Ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3 x ) Dan...
Jom Ajak Mereka Solat!
- Get link
- X
- Other Apps
By
ansarullah
-
Aku ada mengikuti beberapa program ihya' Ramadhan dan motivasi, terkadang mempunyai tugas untuk memberi tazkirah dan sedikit kuliah kepada peserta program tersebut. Biasanya soalan yang akan terbit dari bibirku adalah "Siapa sini yang cukup solat 5 waktu sehari semalam?". Adalah yang mengangkat tangan dua, tiga ketul, itupun takut-takut (tak yaqin?). Begitulah seterusnya, aku akan bertanyakan siapa yang bersolat 4,3,2,1 dan tak solat langsung kepada peserta program. Dan bilangan yang mengangkat tangan adalah melebihi mereka yang sempurna solatnya dalam sehari. Sejarah Solat. Solat merupakan ibadat yang telah disyariatkan oleh ALlah semenjak zaman dahulu lagi. Dan ALlah telah berfirman kepada Nabi Ismail yang bermaksud : Dan dia menyuruh ahlinya bersembahyang dan menunaikan zakat dan dia adalah orang yang diredhai di sisi Tuhannya (Maryam :55) Dalil Solat disyariatkan : 1. Di dalam surah ar Rum ayat 17-18 bererti : Maka bertasbihlah kepada ALlah di waktu kamu berada di pet...
Mengawal Atau Mengunci Nafsu?
- Get link
- X
- Other Apps
By
ansarullah
-
Posted by ummahonline trackback Oleh: Abong Cerita yang akan saya bawa ini, mungkin ada kaitan dengan mereka yang masih hidup atau yang telah mati. Jika ada persamaan, ia adalah secara kebetulan semata-mata. Cerita ini akan diolah seakan-akan ia menjadi kisah yang benar-benar berlaku. Cerita ini akan berkait dengan watak si A. Cuba gambarkan si A ini sebagai pelajar lelaki biasa, dan penampilan agamanya kurang (dari segi pakaian yang paling jelas), tetapi dalam masa yang sama dia tak berputus asa dalam membaiki amalan agamanya. Situasi pertama. Pada suatu petang, A dan kawan-kawan (kaum Adam) berjalan-jalan di sebuah kompleks membeli belah. Seperti kebiasaan persekitaran yang wujud adalah amalan mungkar seperti pendedahan aurat berleluasa. Namun bukan isu itu yang menjadi fokus utama. Semasa dalam perjalanan membeli belah, kawan A menegur A dengan berkata, ” Ala, kau jangan jadi hipokrit la….rezeki dah ada depan mata, tengok je la, ko pun suka kan?”…. A hanya diam dan hanya dapat senyu...
Taubat...
- Get link
- X
- Other Apps
By
ansarullah
-
wahai tuhan jauh sudah lelah kaki melangkah aku hilang tanpa arah rindu hati sinarmu wahai tuhan aku lemah hilang terumur noda hapuskanlah terangilah jiwa di hitam jalanku ampunkanlah aku terimalah taubatku sesungguhnya engkau sang maha pengampun dosa Ya robbi, ijinkanlah aku kembali padamu meski mungkin takkan sempurna aku sebagai hambamu ampunkanlah aku terimalah taubatku sesungguhnya engkau sang maha pengampun dosa berilkanlah aku kesempaatn waktu aku ingin kembali kembali... dan meski aku tak layak sujud padamu dan sungguh tak layak aku... Artist : Opick Lirik Lagu : Opick - Taubat Opick - Taubat Opick - Taubat.mp3
Berani atau Mati?
- Get link
- X
- Other Apps
By
ansarullah
-
Orang menjadi berani ketika mereka menghadapi masalah. Orang juga menjadi berani ketika harus menghadapi risiko. Keberanian juga muncul ketika orang harus menghadapi bahaya. Jika keberanian tidak ada, maka masalah tidak terpecahkan, risiko harus ditanggung, dan bahaya dapat menyebabkan jiwa melayang. Jadi, pilihannya hanya dua: Berani atau Mati. Mana yang Anda pilih. Jika Anda pilih yang pertama, silakan baca terus artikel berikut. MENGAPA KEBERANIAN DIPERLUKAN? Keberanian telah terbukti memberikan banyak keuntungan bagi banyak orang, sehingga tidak perlu diragukan lagi bahwa memang setiap orang memerlukan keberanian. Ada Keberanian, Ada Masa Depan. Ketika artikel ini sedang ditulis, di salah satu stasiun TV swasta sedang diputar sebuah film berkualitas Oscar, Sophie’s Choice. Dalam film tersebut, diceritakan bahwa sang tokoh utama Sophie memilih untuk tunduk pada rasa takutnya akan masalah yang bertubi-tubi menimpanya. Akhirnya, Sophie memutuskan untuk mengakhiri saja kehidupannya. Ra...
Ketua Pemuda Penyokong PAS mati ditembak
- Get link
- X
- Other Apps
By
ansarullah
-
TELUK INTAN, 15 Mac: Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, Panthiyan a/l Patchamuthu mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, sebentar tadi. Dua das tembakan dengan satu mengenai kepala dan dada mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi. Difahamkan, suspek menaiki motosikal dengan nombor pendaftaran palsu datang ke kedainya lalu melepaskan tembakan dari jarak dekat. Mangsa yang berusia 34 mengalami kecederaan parah di kepala mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Daerah Hilir Perak untuk bedah siasat. Difahamkan, ahli keluarga mangsa yang berada di kedai itu tidak dicederakan. Dalam pada itu, pihak Polis Daerah Hilir Perak meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya menghubungi talian 05-6212222 untuk membantu siasatan. Sementara itu, Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Husain bagi pihak pimpinan dan ahli-ahli seluruh negeri merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang atau lebih di...