Posts

Image
Nampak gayanya , sekarang ni memang Mesir sudah benar - benar mengalami musim sejuk . Namun , tidak pasti lagi kesejukan itu masih lagi mampu meredakan kepanasan  hati golongan liberal dan sekular yang kian hari membantah tindakan Presiden Mursi melakukan perubahan ke atas dustur (perlembagaan) Mesir. Ada sahaja rakan yang berpendapat , memang patut pun Mursi buat macamtu , biar terketuk sikit kepala diorang ni . Tak tahulah nak kata apa , cuma mendoakan agar Mesir ni sentiasa dalam keadaan aman dan damai . Dan kalau ada lagi di Malaysia yang ada rasa macam Mesir ni tengah huru - hara , jangan risau , ia taklah seteruk yang disangka . Alhamdulillah , kami masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa bahkan sekarang ni kami sedang sibuk membuat persiapan bagi menghadapi imtihan yang kian menjelang . Rata - ratanya akan bermula kira-kira lewat bulan Disember . Sama macam tahun yang sebelum ni , winter oh winter . Nasib baiklah takda salji kat Mesir ni . Kalau dah takde ...
Image

5 minggu lagi

Image
Nampaknya tinggal sebulan sahaja lagi peperiksaan fasa pertama bakal berlangsung bagi para mahasiswa al-Azhar . Diharapkan masing - masing dapat menyediakan diri untuk menghadam segala bentuk isi subjek yang telah dipelajari agar dapat menjawab soalan peperiksaan yang bakal menjelang tiba dengan baik dan cemerlang dan menjadikan mahasiswa al-Azhar mahasiswa yang berkualiti . 

quotes of this month

Image

Tarbiyyah memupuk manusia menilai

Image
Seorang bayi yang sudah mencapai setahun mahupun dua tahun sudah pastinya sudah mampu untuk merangkak ataupun merangkak . Namun , cuba kalau kita letakkan di hadapannya sebuah gula - gula dan juga sekeping wang kertas bernilai RM 100.00 . Apakah yang akan dia pilih ? Adakah dia akan memilih gula - gula yang manis itu ataupun sekeping wang kertas RM100.00 yang begitu bernilai . Sudah tentu - tentulah dia akan memilih gula - gula tu , sebab dia tahu yang gula - gula tu manis dan sedap dan dia pun tak tahu apa yang ada pada sekeping not RM100.00 . Tetapi , kalau kita ajar dan didik bayi tu sampai dia faham yang RM100.00 tu boleh digunapakai untuk berbagai perkara , pastinya bayi tersebut akan memilih sekeping not bernilai RM100.00 itu tadi . Pada masa yang sama , bayi tadi takde pun diberitahu yang gula - gula tu sedap tapi , itulah fitrah manusia yang mana dia tentunya akan memilih benda - benda yang cantik dan menarik dari segi luaran untuk pertama kalinya apabila dia melihat se...

promo konsert love palestin....

Image

jihad : antara kefahaman dan perlaksanaan

Image
Seorang sahabat saya pernah memberikan sebuah memberikan taujihat di dalam suatu program yang telah dijalankan bagi menyusun dan merancang strategi sebagai persiapan agar kita semua mampu memperoleh natijah yang cemerlang di dalam imtihan dan kehidupan .  Di dalam kalam taujihat (kata - kata nasihat) nya , beliau ada membacakan ayat al - quran yang berbunyi  "....dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan sebenar - benar jihad , dialah yang telah memilih kamu..." ayat ini terkandung di akhir surah al - hajj , dan beliau telah mengupas beberapa perkara daripada ayat yang telah di highlight -kan daripada surah ini antaranya :  1. Jihad bukanlah apa yang disebut - sebutkan sebagai menghunuskan pedang dan mengangkat senjata sebagaimana banyak di salah ertikan oleh ramai pihak pada hari ni . 2. Apabila dikatakan jihad ianya boleh difahami melalui suatu gambaran yang menggambarkan seseorang yang mengerahkan segala tenaga dan usahanya dan merasa...