Posts

Mengapa anda memerlukan kawan yang soleh.

Image
Sabda Rasulullah SAW mafhumnya, ”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud) Sebuah hadis yang sangat berharga untuk dijadikan pedoman di dalam hidup. Di sini, saya ingin beberapa perkara yang menjadi kepentingan memlih sahabat atau kawan yang baik. 1. Kawan yang baik akan sentiasa memandu kita ke arah kebaikan dan menegah kita daripada mendekati perkara-perkara yang ditegah oleh agama Islam. 2. Kawan yang baik dan soleh merupakan kekuatan untuk kita terus-menerus istiqomah dan kekal di dalam kebaikan. Sesungguhnya melakukan kebaikan itu mudah tetapi melaziminya yang menjadi cabaran. Disebabkan kebaikan yang mereka istiqomahlah kadang-kala mampu menyuburkan kembali hati kita untuk terus melakukan kebaikan. 3. Kawan yang baik selalunya bukanlah kawan yang mampu bersama kita ketika senang sahaja, tetapi mampu juga untuk bersama kita ketika susah. Perhatikan...

Anak kecil yang takutkan neraka

Image
Suatu hari seorang lelaki melihat seorang kanak-kanak sedang bermain di jalanan, tiba-tiba lelaki tersebut terlihat seorang anak kecil yang tidak bermain dan duduk berseorangan di tepi. Lalu, lelaki tersebut mengampiri si anak kecil dan bertanya, "Mengapa kamu tidak bermain bersama kanak-kanak yang lain?" Anak kecil itu menjawab, "Aku merasakan bahawa hidup di dunia ini terlalu singkat dan tiada lagi masa untuk bermain-main." Lelaki tersebut berasa hairan dengan jawapan tersebut, lalu berkata, "Bukankah kamu masih muda dan mempunyai banyak lagi masa". Apabila terdengar ucapan yang sedemikian, anak kecil tersebut membalas, "Suatu hari, aku melihat ibuku menghidupkan api dengan kayu-kayu yang kecil sebelum meletakkan kayu-kayu yang besar. Yang aku takutkan ialah ketika di neraka besok Allah meletakkan kanak-kanak kecil untuk menghidupkan api sebelum membakar mereka yang dewasa". Mendengarkan jawapan tersebut, lelaki tersebut berasa...

Idea yang bagus.

Image
Pernahkah anda mengalami situasi dimana seseorang melontarkan idea dan ideanya ditolak mentah-mentah. Namun, apa yang berlaku setelah lima atau sepuluh tahun kemudian ada orang lain yang menggunapakai idea yang ditolak tadi berjaya mencipta sebuah kejayaan yang besar dan melonjakkan dirinya di mata dunia. Rasanya, banyak sahaja berlaku situasi sebegini bukan? Dan si pemberi idea asal yang menyedari kejadian ini pastinya akan terdetik di hatinya, "ini idea aku dulu ni!" Tapi, kenapa agaknya beliau tidak mampu mengecapi kejayaan seperti orang kedua yang menggunakan ideanya setelah tempoh yang berlalu? Ada beberapa perkara yang dapat saya simpulkan daripada situasi yang berlaku daripada perkara saya telah   nyatakan. 1. Berkemungkinan si pemberi idea yang asal gagal untuk memahamkan ideanya kepada orang lain dan meyakinkan mereka. Selalunya berpunca daripada gaya penyampaiannya sendiri yang tidak kukuh dan solid. 2. Kemungkinan juga, ideanya juga sebenarnya bukanlah...

Jatuh dan Bangkit.

Image
Sebuah kata-kata hikmah berbahasa arab yang bermaksud : "bukanlah yang memalukan itu ialah apabila engkau jatuh, tetapi yang memalukan itu ialah apabila engkau tidak mampu untuk bangkit daripada kejatuhan itu." Selain itu, ada insan juga pernah berkata : "orang yang tidak pernah melakukan kesalahan sebenarnya tidak pernah melakukan apa-apa." Akhir sekali, saya tutup dengan sebuah hadis yang mulia dari Rasulullah SAW : "setiap anak adam itu, tidak akan pernah sunyi daripada dosa, tetapi sebaik-baik mereka yang melakukan dosa ialah mereka yang segera bertaubat." wallahualam.

3 benda dan 1 makna

Muhasabah, berfikir dan berangan. Tiga benda yang selalunya akan bermain di fikiran. Namun, sejauh mana benda-benda ini boleh mendatangkan manfaat kepada diri seseorang. Cuba lihat kembali lafaz yang akan timbul ketika proses ini. 1. Muhasabah, "banyaknya dosa yang aku lakukan hari ini." 2.Berfikir, "bagaimana agaknya kalau aku melakukan ini dan itu?" 3.Berangan, "alangkah bagusnya kalau aku menjadi seperti ini." Maka, tiga benda ini sebenarnya tidak akan memberi apa-apa untung sekiranya anda tidak ada langsung tindakan dan perubahan. Apa yang boleh anda lakukan sebenarnya, samada anda menambah segala bentuk kebaikan dan berusaha mencuba untuk mencipta sesuatu yang boleh memberi kesan yang baik. Pada masa yang sama juga, anda harus berhenti dan meninggalkan segala bentuk perkara yang sia-sia dan tidak mendatangkan manfaat apatah lagi, benda yang akan menghalang anda daripada terus berjaya. Inilah sebenarnya tujuan kita dikurniakan ni...

hindarkanlah.

Image
"tuhanku, hindarkanlah diriku dari mencintai segala apa yang engkau tidak cintai."

Thrash can.

Tong sampah ialah tempat untuk buang sampah. Yang selalu dibuang ialah benda yang memang kita dah taknak . Bila dah penuh kena kosongkan dan ganti plastik baru. Tak semua sampah perlu dibuang, ada je yang boleh di-recycle dan di re-reuse. Kalau dalam diri manusia , ada juga sampah dalam diri dia , iaitu masalah. So, saya mendapat 1 analogi untuk orang yang banyak sangat masalah dan tekanan dalam hidup dia. Bermakna, dia mempunyai banyak sangat sampah dalam diri dia. Untuk orang yang macam ni, pertama sekali dia haruslah mencari apa yang boleh menjadi tong sampah untuk mengemaskini hal keadaannya. Tapi, ada suatu peringatan untuk orang macam ni. Janganlah dia jadikan tong sampah itu ialah kawan dia, atau sesiapa pun. Dan, semua jenis sampah dalam diri dia, dia buang pada kawan dia. Ya Allah, Alangkah teruknya perangai kau ni. Dah lah buang kat 1 tempat je. Lepastu, tak reti nak clear-kan. Sedarlah sikit, kawan kau tu manusia. Yang kau pi longgok banyak-banyak sampah kat kepala dia ...