Posts

Hidup tanpa Allah

Image
"Hidup tanpa Allah umpama pensel yang tumpul. Tiada maknanya!"

Solat berjemaah… Lecehkah ?!

Image
Hampir 2 bulan aku meninggalkan Mesir, bumi kinanah yang penuh barakah. Tempat yang terdapat berbilang ulama. Tempat yang kini menjadi kiblat ilmu bagi ummat Islam. Rindu sungguh aku akan suasana kehidupan bersama masyarakat yang sangat arif akan ilmu-ilmu syariat. Setibanya aku di Malaysia, aku dapat merasai perbezaan yang amat ketara di antara 2 negara ini. Di sudut kemajuan, ternyata Malaysia telah melangkah lebih jauh. Malahan, kehidupan di sini segalanya berjalan dengan penuh sistematik. Jelasnya, apabila masyarakat mula dihanyut arus pembangunan yang begitu deras, ia turut memberi kesan akan beberapa aspek di dalam kehidupan. Di dalam kehidupan ini, ada suatu aspek yang sangat perlu untuk dijaga tanpa siapakah anda dan dimana jua anda berapa. Ia adalah aspek agama dan apabila menyebutkan agama tiadalah yang lain selain dari Islam. Bagi agama Islam, ukuran utama yang menentukan seseorang itu beridentitikan Islam ialah apabila dia melakukan solat. Solat itula...

Inginkan sesuatu yang kamu suka?

Image
"Jikalau kamu mahukan Allah memberikan suatu yang kamu suka, maka senantiasalah melakukan apa yang Allah suka dan sayang". P/s : Agak-agaknya berapa banyakkah perkara yang disukai Allah telah kita lakukan?

Mengapa anda memerlukan kawan yang soleh.

Image
Sabda Rasulullah SAW mafhumnya, ”Seseorang itu berada atas cara hidup kawannya, maka perhatikanlah tiap seorang daripada kamu, siapakah yang didampinginya.” (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud) Sebuah hadis yang sangat berharga untuk dijadikan pedoman di dalam hidup. Di sini, saya ingin beberapa perkara yang menjadi kepentingan memlih sahabat atau kawan yang baik. 1. Kawan yang baik akan sentiasa memandu kita ke arah kebaikan dan menegah kita daripada mendekati perkara-perkara yang ditegah oleh agama Islam. 2. Kawan yang baik dan soleh merupakan kekuatan untuk kita terus-menerus istiqomah dan kekal di dalam kebaikan. Sesungguhnya melakukan kebaikan itu mudah tetapi melaziminya yang menjadi cabaran. Disebabkan kebaikan yang mereka istiqomahlah kadang-kala mampu menyuburkan kembali hati kita untuk terus melakukan kebaikan. 3. Kawan yang baik selalunya bukanlah kawan yang mampu bersama kita ketika senang sahaja, tetapi mampu juga untuk bersama kita ketika susah. Perhatikan...

Anak kecil yang takutkan neraka

Image
Suatu hari seorang lelaki melihat seorang kanak-kanak sedang bermain di jalanan, tiba-tiba lelaki tersebut terlihat seorang anak kecil yang tidak bermain dan duduk berseorangan di tepi. Lalu, lelaki tersebut mengampiri si anak kecil dan bertanya, "Mengapa kamu tidak bermain bersama kanak-kanak yang lain?" Anak kecil itu menjawab, "Aku merasakan bahawa hidup di dunia ini terlalu singkat dan tiada lagi masa untuk bermain-main." Lelaki tersebut berasa hairan dengan jawapan tersebut, lalu berkata, "Bukankah kamu masih muda dan mempunyai banyak lagi masa". Apabila terdengar ucapan yang sedemikian, anak kecil tersebut membalas, "Suatu hari, aku melihat ibuku menghidupkan api dengan kayu-kayu yang kecil sebelum meletakkan kayu-kayu yang besar. Yang aku takutkan ialah ketika di neraka besok Allah meletakkan kanak-kanak kecil untuk menghidupkan api sebelum membakar mereka yang dewasa". Mendengarkan jawapan tersebut, lelaki tersebut berasa...

Idea yang bagus.

Image
Pernahkah anda mengalami situasi dimana seseorang melontarkan idea dan ideanya ditolak mentah-mentah. Namun, apa yang berlaku setelah lima atau sepuluh tahun kemudian ada orang lain yang menggunapakai idea yang ditolak tadi berjaya mencipta sebuah kejayaan yang besar dan melonjakkan dirinya di mata dunia. Rasanya, banyak sahaja berlaku situasi sebegini bukan? Dan si pemberi idea asal yang menyedari kejadian ini pastinya akan terdetik di hatinya, "ini idea aku dulu ni!" Tapi, kenapa agaknya beliau tidak mampu mengecapi kejayaan seperti orang kedua yang menggunakan ideanya setelah tempoh yang berlalu? Ada beberapa perkara yang dapat saya simpulkan daripada situasi yang berlaku daripada perkara saya telah   nyatakan. 1. Berkemungkinan si pemberi idea yang asal gagal untuk memahamkan ideanya kepada orang lain dan meyakinkan mereka. Selalunya berpunca daripada gaya penyampaiannya sendiri yang tidak kukuh dan solid. 2. Kemungkinan juga, ideanya juga sebenarnya bukanlah...

Jatuh dan Bangkit.

Image
Sebuah kata-kata hikmah berbahasa arab yang bermaksud : "bukanlah yang memalukan itu ialah apabila engkau jatuh, tetapi yang memalukan itu ialah apabila engkau tidak mampu untuk bangkit daripada kejatuhan itu." Selain itu, ada insan juga pernah berkata : "orang yang tidak pernah melakukan kesalahan sebenarnya tidak pernah melakukan apa-apa." Akhir sekali, saya tutup dengan sebuah hadis yang mulia dari Rasulullah SAW : "setiap anak adam itu, tidak akan pernah sunyi daripada dosa, tetapi sebaik-baik mereka yang melakukan dosa ialah mereka yang segera bertaubat." wallahualam.