Posts

Air Mata Keinsafan

Image
Air mata keinsafan Yang mengalir di malam sepi Inilah dia pelembut jiwa Bagi mendapat kasih Ilahi Rintihan di pertiga malam Dari seorang hamba yang dhoif Kerna mengenang segala dosa Moga mendapat keampunan dari Ilahi Setiap kekasih Allah Menempuhi jalan ini Untuk mereka memiliki kejayaan Ayuh bersama kita susuli Perjalanan kekasih Allah Agar kita tiada rugi Dalam meniti hidup ini Deraian air mata ini Titisan yang paling berharga Buat menyimbah api neraka Moga selamat di titian Sirat Bahagia menuju syurga abadi Lagu : The Zikr Lirik : Nazrey Johani Hakcipta : OVA Productions Pos asal : ( klik sini )

Penghapus Dosa.

Image
"Jika telah banyak DOSA seorang hamba itu, lalu tiada suatu AMAL (yang dilakukan) pun yang mampu menghapus dosa tersebut, nescaya Allah swt akan campakkan KESEDIHAN, KEGELISAHAN kepada dirinya, lalu terhapuslah dosa-dosanya."   -maksud hadis. Rujukan : Islamweb Library (klik sini)

Teliti.

Meneliti bukanlah bertujuan mencari kesalahan. Meneliti bererti memahami dengan jelas setiap apa yang berlaku. Secara terang mahupun tersorok. Ketelitian menunjukkan keseriusan melakukan sesebuah pekerjaan. Penat sekejap meneliti lebih baik daripada menanggung kerugian yang panjang kerana cuai dan melakukan kerja dengan sambil-lewa. Melakukan kerja dengan teliti menjadi bukti keikhlasan dan kejujuran. "Sesungguhnya, Allah swt menyukai seseorang hamba yang apabila dia melakukan pekerjaannya, dia tekun". (Maksud Hadis)

An Introduction About Usrah. #1

Image
Usrah. Halaqah. Smart circle. Bulatan gembira.   Dan, apa-apa jua bentuk kumpulan perbincangan, ia akan menjadi sia-sia kalau tiada pendirian yang mampu dihasilkan. Serupa sembang kedai kopi sahaja. Hari ini, ramai orang menganjurkan usrah dan sambutannya bagi saya secara peribadi sangat menggalakkan. Kalau ditanya, "Nak usrah tak?" Pasti jawapannya secara majoriti menyatakan "Ya, saya mahu." Atau, "Ya, saya berminat." Namun, ada beberapa perkara pokok yang perlu diperhatikan dan dinilai semula.  Soalannya :  1. Kenapa berminat nak join usrah? 2. Apa yang seronoknya usrah? 3. Kalau sertai usrah boleh dapat macam-macam ke? bla,bla,bla... Namun, perkara yang paling penting untuk kita faham adalah,  "Adakah kita benar-benar memahami nilai dan peranan usrah itu sendiri?" "Adakah usrah itu, sekadar duduk di dalam sebuah bulatan dan melakukan perbincangan-perbincangan yang bersifat keagamaan semata-semata?" Soalan...

Bertangguh

Image
"Aduh, menyesal aku tak buat awal-awal. Masak aku. Kalau aku tau jadi macamni, patut aku dah buat 2 hari lepas dah. Aduhai..." ---- Inilah antara dialog yang biasa akan timbul kalau kita sudah terlambat dan tiada masa yang cukup untuk menyelesaikan sesuatu kerja yang sebenarnya sudah diberikan lebih awal. Sidang pembaca yang dikasihi, Pernah saya bertanya dan tertanya-tanya,  "Bagaimana caranya untuk mengubati penyakit sebegini?" Bertangguh, malas dan lambat. Kesimpulan yang saya dapat daripada beberapa respon adalah : Apabila kita tidak merasakan kerja kita itu PENTING . Itulah yang menjadi sebab kita suka bertangguh dan melewat-lewatkan kerja kita.  Kenapa kita tidak rasa kepentingan kerja tersebut? Tidak lain dan tidak bukan apabila tempoh yang diberikan, panjang dan lama. Seharusnya kita faham, sesuatu kerja yang diturunkan kepada kita pada jarak waktu yang lebih awal dari waktu yang diperlukan untuk diselesaikan merupaka...

Terus-terang.

Image
Kejujuran selalunya menghiburkan, walaupun ianya pahit untuk ditelan,    Sedangkan penipuan itu pula selalu mengguriskan, sekalipun disolek secantik-cantiknya. Apa lagi yang perlu disorokkan, Kalau ia sudah terang dan nyata. Apa lagi yang perlu disimpan, Kalau hanya menjadi luka. Hiduplah atas jalan yang jelas. Tanpa ragu dan syak wasangka. Pahit yang sekejap, Lebih baik daripada parut yang selamanya menghodohkan.

Salam Aidiladha 1436h.

Image
Salam Aidiladha 1436h! Eid Mubarak. Eid Saied. Eid bi barakatillah wa rahmatuhu. Semoga kehadiran eidul adha pada tahun ini mampu mendidik kita untuk menghayati harga dan nilai sesebuah pengorbanan. Dari pengorbanan, terbuktilah ketaatan. Iaitu, ketataan kepada Allah SWT. Tidak diangkat darjat seorang hamba itu, melainkan kesanggupan ia untuk mengorbankan kehendak nafsunya demi meraih keredhaan dari Allah SWT. Itulah apa yang telah dilalui dan dilakukan oleh para anbiya yang terdahulu. Di dalam melakukan pengorbanan, Nabi Ibrahim As telah dipilih oleh Allah SWT menjadi simbolik bagi nilai dan sikap sebegini. Kalau tidak kerana kesanggupan baginda As, nescaya kita tidak kenal erti pengorbanan sebenar. Pengorbanan yang akhirnya memandu kita menuju kepada kasih sayang dan rahmat Allah SWT.                                         ...