Posts

Pulang dan Kembali.

Image
رجع (sebut : rajaa) عاد (sebut : aāda) Maksud kedua-dua : kembali, pulang. Apa beza antara رجع dan عاد? (رجع) Digunakan utk kembali ke tempat asal dan bukan perbuatan yang berulang-ulang. Antara yang biasa guna : إنا لله و إنا إليه راجعون Terjemahan : sesungguhnya kita adalah milik Allah swt dan kepadanya kita akan kembali. (عاد) Juga bermaksud kembali tetapi juga pada benda yang berulang seperti perjalanan bulan dalam surah yasin. والقمر قدرناه منازل حتى عاد كالعرجون القديم Terjemahan : Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. 36:39.
GREAT THINGS NEVER CAME FROM COMFORT  ZONES

Salam Ramadhan 1438 Hijrah.

Image

Beza Kita dan Iblis ketika Menghadapi Kesilapan.

Image
Apa beza kita dan iblis apabila melakukan kesilapan? Tonton video ini untuk mendapatkan penjelasan yang menarik.

Mesir dan Kebebasan Masa.

Image
"Di Mesir ni, banyak masa kosong. Kalau antum tak isi elok-elok boleh hanyut." Inilah pesanan yang selalunya akan terbit di lidah saya apabila saya menemui junior-junior yang baru sampai di Mesir. Apa yang penting adalah supaya, masing-masing sama-sama menyedari peluang untuk mengoptimumkan kesempatan yang ada. Sepatutnya, dengan masa-masa yang kosong inilah yang menjadikan kita semua produktif dan berjaya menjangkau pencapaian-pencapaian yang baru di dalam hidup. Tidak patut masa tersebut diisi dengan perkara-perkara mubahat yang berlebihan ataupun perkara lagho. "Kalau macamtu, nak berhibur sikit pun tak boleh ke?" Ingatlah pesanan Syeikh Abdullah Wahab Azzam : "Akal tidak akan pernah berhenti berfikir, dan lidah tidak akan pernah berhenti bercakap, dan anggota badan tidak akan pernah berhenti bergerak. Seandainya engkau tidak menyibukkan dirimu dengan perkara-perkara besar, nescaya kau akan disibukkan dengan perkara remeh-te...

Re-posisi Kehidupan.

Apa yang korang nak buat dalam hidup korang? Apa yang kita nak buat dalam hidup kita? Apa yang aku nak buat dalam hidup aku? Daripada kita tengok orang lain, sampailah kita tengok diri kita sendiri. Apa yang ssebenarnya kita nak? Apa yang sebenarnnya kita mahu? Betulke apa yang kita tengah lakukan sekarang ni yang memang kita nak? Betulke apa yang kita tengah kejar ni sesuatu yang kita mahu? Betulke ini semua impian dan cita2 kita? Sengaja saya timbulkan persoalan2 seperti ini supaya kita jelas akan laluan jalan hidup kita. Supaya kita tahu, dimana kita berada sekarang, dan kemana kita akan melangkah. Adakah kita melalui sebuh jalan yang kita tidak tahu dimana penghujungnya? Atau, adakah kita sebenarnya dihanyutkan oleh perjalanan orang lain? Krisis Hala Tuju. Ini adalah perkara biasa yang berlaku kepada mereka yang sedang melalui fasa2 perubahan di dalam hidup. Dan, kehidupan ini memang akan sentiasa berlaku banyak perubahan fasa yang perlu kita tempuahi. Bol...

Tabiat dan Hati.

Tabiat memang sukar diubah, namun hati boleh berubah. Tabiah memang susah nak ubah, namun hati mampu diubah. Tabiah memang payah nak ubah, namun hati akan sentiasa boleh untuk berubah dan dibentuk. Kemuncak kekerasan tabiat menurut 'ramai orang' adalah pada umur 40. (Berdasarkan sembang2 kosong). Akan tetapi, adakah bermakna manusia yang mencapai umur tersebut sudah tiada harapan untuk meninggalkan tabiat buruknya? Sebelum kita bercerita pasal orang yang dah sampai umur 40, kita lihat orang yang lebih muda. Maknanya orang yang lebih muda lebih mudah untuk berubah. Sebenarnya, bukan kita tidak mampu berubah. Tapi, kita yang putus-asa untuk berubah. Kita tidak pernah mengharap atau berusaha sedikit pun. Memanglah tabiat susah nak ubah, tapi kita ada satu mekanisme yang lebih besar di dalam membentuk perubahan manusia iaitu hati. Segala apa yang berlaku kepada hati akan mengakibatkan kesan kepada seluruh jiwa dan anggota tubuh badan manusia. Maka, perubahan tabi...