Posts

Anda Serabut dengan Masalah? #2

Haritu saya ada pos pasal macamana kita nak cari penyelesaian masalah kan? Baca post di sini : https://kimilockman.blogspot.com/2019/08/anda-serabut-dengan-masalah.html Baru-baru saya saja bukak youtube search nama Dr. Kamilin Jamilin. Orang hebat. Seorang ustaz. Pakar dalam bidang hadith dan masih muda. Boleh lihat video tersebut di link berikut : https://www.youtube.com/watch?v=3MU9DMcfyRw Apa yang menariknya dari apa yang disampaikan adalah apabila beliau menyebutkan berkenaan ujian. Memandangkan kita sedang membincangkan tentang masalah. Maka, apa yang beliau perkatakan itu sangat berkait rapat dengan apa yang kita bincangkan pada hari ini. Kadang-kadang kita apabila kita diduga dengan pelbagai masalah, mesti kita akan tertanya-tanya kan dengan diri kita, "Ya Allah, kenapalah engkau menguji aku dengan masalah ini?" Dr. Kamilin Jamilin pun menyebutkan satu point yang sangat menarik iaitu, berkenaan kekasih Allah SWT, Nabi Muhammad SAW, orang yang paling ...

Anda Serabut dengan Masalah?

19.8.2019 Sekarang berumur 27 tahun. Berimpian untuk menjadi seorang usahawan online yang berjaya walaupun tak terkenal. Yang penting boleh buat sales puluh-puluh ribu per month for minimum reach. Yang penting kena ada apa? Kena ada fokus dalam hidup! Kena ada perancangan dan strategi yang efektif. Masih perlu banyak belajar lagi ni. Apa yang nak dikongsikan hari ni? 1 masalah yang besar tu akan jadi susah untuk diselesaikan jika kita cuba untuk selesaikan secara langsung sekali gus. Tetapi, ia akan menjadi ringan jika kita pecahkannya kepada serpihan-serpihan kecil dan kita selesaikan sedikit-demi-sedikit. Ibarat macam nak patahkan segenggam batang mancis. Kan susah tu. Cuba kalau kita ambil sebatang-sebatang ataupun dua atau tiga batang dan kita patahkan sikit-sikit. Pastikan akhirnya kita akan dapat patahkan semua. (Takde kerja ke patahkan batang mancis banyak-banyak?) Sekadar perumpamaan je. Macam tulah juga dengan masalah kita. Kalau kita rasa kita ada ba...

Pulang dan Kembali.

Image
رجع (sebut : rajaa) عاد (sebut : aāda) Maksud kedua-dua : kembali, pulang. Apa beza antara رجع dan عاد? (رجع) Digunakan utk kembali ke tempat asal dan bukan perbuatan yang berulang-ulang. Antara yang biasa guna : إنا لله و إنا إليه راجعون Terjemahan : sesungguhnya kita adalah milik Allah swt dan kepadanya kita akan kembali. (عاد) Juga bermaksud kembali tetapi juga pada benda yang berulang seperti perjalanan bulan dalam surah yasin. والقمر قدرناه منازل حتى عاد كالعرجون القديم Terjemahan : Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. 36:39.
GREAT THINGS NEVER CAME FROM COMFORT  ZONES

Salam Ramadhan 1438 Hijrah.

Image

Beza Kita dan Iblis ketika Menghadapi Kesilapan.

Image
Apa beza kita dan iblis apabila melakukan kesilapan? Tonton video ini untuk mendapatkan penjelasan yang menarik.

Mesir dan Kebebasan Masa.

Image
"Di Mesir ni, banyak masa kosong. Kalau antum tak isi elok-elok boleh hanyut." Inilah pesanan yang selalunya akan terbit di lidah saya apabila saya menemui junior-junior yang baru sampai di Mesir. Apa yang penting adalah supaya, masing-masing sama-sama menyedari peluang untuk mengoptimumkan kesempatan yang ada. Sepatutnya, dengan masa-masa yang kosong inilah yang menjadikan kita semua produktif dan berjaya menjangkau pencapaian-pencapaian yang baru di dalam hidup. Tidak patut masa tersebut diisi dengan perkara-perkara mubahat yang berlebihan ataupun perkara lagho. "Kalau macamtu, nak berhibur sikit pun tak boleh ke?" Ingatlah pesanan Syeikh Abdullah Wahab Azzam : "Akal tidak akan pernah berhenti berfikir, dan lidah tidak akan pernah berhenti bercakap, dan anggota badan tidak akan pernah berhenti bergerak. Seandainya engkau tidak menyibukkan dirimu dengan perkara-perkara besar, nescaya kau akan disibukkan dengan perkara remeh-te...