Bismillah..
Alhamdulillah..
Kuliah sekarang masih bejalan seperti biasa.. Walaupun masih dalam suasana intikhabat, namun tidak menjejaskan langsung pengajian di azhar .. Arini doktor kuliyah tafsir ayat ahkam apabila mengupas lafaz 'syukur' yg tedapat dalam ayat yg menceritakan mengenai suruhan mencari makanan yg halal yg mne diakhirnya ayat itu menyebutkan perkataan syukur ..
Sangat2 tertarik mendengar kupasan tersebut..
Antara yg dikatakan ialah perbezaan antara pujian (hamada) dan syukur ialah :
-pujian ini datangnya daripada lidah sahaja
-sedangkan syukur itu datangnya daripada lidah dan hati serta 'jawarih'..
Ha.. Apa tu jawarih.. Cuba la cari..
Kemudian doktor juga mengatakan bahawa tanda syukur (beterima kasih) itu ada 2 :
1. Banyak memuji dan mengingati kebaikan yg kita terima. (Lebih2 lagi daripada Allah taala)
2. Menggunakan (barang) dengan cara yg sepatutnya, bukan cara yg ditegah oleh syarak..
Insyallah, itulah serba sedikit yg dapat dikongsikan bersama..
Walaupun ringkas yg penting dapat dipraktikkan..
Moga2 Allah sentiasa membantu kita..
~wallahutaala a'alam
An Introduction About Usrah. #1
Usrah. Halaqah. Smart circle. Bulatan gembira. Dan, apa-apa jua bentuk kumpulan perbincangan, ia akan menjadi sia-sia kalau tiada pendirian yang mampu dihasilkan. Serupa sembang kedai kopi sahaja. Hari ini, ramai orang menganjurkan usrah dan sambutannya bagi saya secara peribadi sangat menggalakkan. Kalau ditanya, "Nak usrah tak?" Pasti jawapannya secara majoriti menyatakan "Ya, saya mahu." Atau, "Ya, saya berminat." Namun, ada beberapa perkara pokok yang perlu diperhatikan dan dinilai semula. Soalannya : 1. Kenapa berminat nak join usrah? 2. Apa yang seronoknya usrah? 3. Kalau sertai usrah boleh dapat macam-macam ke? bla,bla,bla... Namun, perkara yang paling penting untuk kita faham adalah, "Adakah kita benar-benar memahami nilai dan peranan usrah itu sendiri?" "Adakah usrah itu, sekadar duduk di dalam sebuah bulatan dan melakukan perbincangan-perbincangan yang bersifat keagamaan semata-semata?" Soalan...
Comments
Post a Comment