Bismillah.. Alhamdulillah..
Bagi para penuntut ilmu sudah tentu kesemuanya mahu apa yang dipelajarinya mampu diingat sampai bila2 , dapat diamalkan malahan mendapat berkat daripada apa yang dikecapi.. Namun, segalanya bermula sebelum kita menuntut suatu ilmu.. Sebelum kita menuntut suatu ilmu itu hendaklah memperbanyakkan beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah.. Kenapa mesti mohon ampun? Kata waki' (guru imam syafie) ,''ilmu itu cahaya, dan cahaya itu tidak akan sampai kepada orang selalu buat maksiat''...
Maka dengan kata2 penuh hikmah ini sangat2lah mendalam maknanya.. Mungkin selama ini kita tak sedar, mengapakah kita selalu sangat sukar untuk menggapai suatu ilmu yang mampu memanfaatkan diri kita dan juga orang lain..
Wallahualam...
Sedikit pekongsian untuk manfaat sahabat2..
An Introduction About Usrah. #1
Usrah. Halaqah. Smart circle. Bulatan gembira. Dan, apa-apa jua bentuk kumpulan perbincangan, ia akan menjadi sia-sia kalau tiada pendirian yang mampu dihasilkan. Serupa sembang kedai kopi sahaja. Hari ini, ramai orang menganjurkan usrah dan sambutannya bagi saya secara peribadi sangat menggalakkan. Kalau ditanya, "Nak usrah tak?" Pasti jawapannya secara majoriti menyatakan "Ya, saya mahu." Atau, "Ya, saya berminat." Namun, ada beberapa perkara pokok yang perlu diperhatikan dan dinilai semula. Soalannya : 1. Kenapa berminat nak join usrah? 2. Apa yang seronoknya usrah? 3. Kalau sertai usrah boleh dapat macam-macam ke? bla,bla,bla... Namun, perkara yang paling penting untuk kita faham adalah, "Adakah kita benar-benar memahami nilai dan peranan usrah itu sendiri?" "Adakah usrah itu, sekadar duduk di dalam sebuah bulatan dan melakukan perbincangan-perbincangan yang bersifat keagamaan semata-semata?" Soalan...
Comments
Post a Comment