Posts

Showing posts from December, 2011

....tanah dan suci...

Image
......seorang sahabat  mengajak sahabatnya pergi ke suatu tempat ..... sahabat A : marilah kita pergi ke tanah yang suci .... mudah - mudahan kita dapat mrnyucikan diri kita... sahabat B : wahai sahabatku,  walau sesuci manapun tanah itu .... dirimu tak                                menjadi suci selagi mana  kamu tak beramal soleh..... kerana amal soleh itulah yang akan                  menyucikan dirimu itu.... bukan tanah itu yang akan menyucikanmu.... p/s: walau di mana kita berada sekalipun kalau kita tak melakukan amal yang soleh , maka kita tak dianggap orang yang soleh .... buatlah amal dimana pun kamu berada dengan mengharapakan keredhaan dari Allah......                 

fuh....

Image
alhamdulillah... sekian lama menunggu akhirnya tiba juga masa yg dinanti2kan..... muqayyad gak nme plaja2 wafidin azhar yg lulus imtihan qabul harini.... cme urusan tahlil dam (ujian darah) la x setle lg..... bg yg sedang berusaha keras bertungkus - lumus studi week nih..... smoga mendapat berkat dan rahmat Allah... byk2 berdoa dan bersabar yek.... jaga kesihatan yg paling penting..... -SEMOGA BERJAYA FI IMTIHANIKUM-
...apabila anda ditegur dan dinasihati ... Bersyukurlah kepada Allah taala kerana dengan mengucapkan Alhamdulillah... Sesungguhnya .... Allah taala sentiasa mengiinginkan dirimu menjadi baik dan menjauhkan diri kamu daripada lembah kebinasaan... Bahkan setiap sesuatu berlaku adalah dibawah pengawasan Allah taala... Maka hadapilah segalanya dengan berlapang dada.... insyllah....
..... Bukan perbezaan yg boleh menyebabkan perpecahan yang patut kita lihat, tetapi carilah persamaan yang boleh menyatukan kita..... Sesungguhnya umat Islam suka bertelagah dan berpecah kerana bergaduh akan hal yang remeh - temeh... Ingatlah sentiasa mengajar kita supaya bersatu dan saling bertoleransi antara satu sama lain.... Kadang - kadang kita boleh bagi banyak peluang kepada orang bukan islam tetapi .... Sesama saudara seagama sendiri... Takde pulak nak berlembut.... Malahan lebih suka berkasar.... sama sama kita fikirkan.... walllahualam.... -daripada hamba yang hina
.....sejahat - jahat manusia sekalipun pasti ada kebaikan yang pernah dilakukannya, maka janganlah kalian memandang hina kepada seseorang tidak cantik perangainya kerana kalian belum tentu mulia sebenar - benarnya. Sesungguhnya yang hina itu perbuatannya bukan tubuh badannya. Apakah orang yang mulia itu kerjanya menghinakan orang melakukan kesilapan.....
Bismillah.. Alhamdulillah.. Bagi para penuntut ilmu sudah tentu kesemuanya mahu apa yang dipelajarinya mampu diingat sampai bila2 , dapat diamalkan malahan mendapat berkat daripada apa yang dikecapi.. Namun, segalanya bermula sebelum kita menuntut suatu ilmu.. Sebelum kita menuntut suatu ilmu itu hendaklah memperbanyakkan beristighfar dan memohon keampunan daripada Allah.. Kenapa mesti mohon ampun? Kata waki' (guru imam syafie) ,''ilmu itu cahaya, dan cahaya itu tidak akan sampai kepada orang selalu buat maksiat''... Maka dengan kata2 penuh hikmah ini sangat2lah mendalam maknanya.. Mungkin selama ini kita tak sedar, mengapakah kita selalu sangat sukar untuk menggapai suatu ilmu yang mampu memanfaatkan diri kita dan juga orang lain.. Wallahualam... Sedikit pekongsian untuk manfaat sahabat2..
Teringat suatu kata2... Moga2 dpt djadikan pedoman.. .... Jadilah kamu umpama ikan dilautan, laut tu masin tp ikan tu tak masin pun. Jadi, dimana pun kite berada, keadaan tak mngubah kita dan kita tetap dgn pendirian kita (pendirian yg btol)... Wallahualam~
Bismillah.. Alhamdulillah.. Kuliah sekarang masih bejalan seperti biasa.. Walaupun masih dalam suasana intikhabat, namun tidak menjejaskan langsung pengajian di azhar .. Arini doktor kuliyah tafsir ayat ahkam apabila mengupas lafaz 'syukur' yg tedapat dalam ayat yg menceritakan mengenai suruhan mencari makanan yg halal yg mne diakhirnya ayat itu menyebutkan perkataan syukur .. Sangat2 tertarik mendengar kupasan tersebut.. Antara yg dikatakan ialah perbezaan antara pujian (hamada) dan syukur ialah : -pujian ini datangnya daripada lidah sahaja -sedangkan syukur itu datangnya daripada lidah dan hati serta 'jawarih'.. Ha.. Apa tu jawarih.. Cuba la cari.. Kemudian doktor juga mengatakan bahawa tanda syukur (beterima kasih) itu ada 2 : 1. Banyak memuji dan mengingati kebaikan yg kita terima. (Lebih2 lagi daripada Allah taala) 2. Menggunakan (barang) dengan cara yg sepatutnya, bukan cara yg ditegah oleh syarak.. Insyallah, itulah serba sedikit yg dapat dikongsikan bersama..
Bloging gune uc browser....