Posts

Showing posts from March, 2016

Sekilas pandang akan kefahaman kita berkenaan IBADAH

Peringatan untuk diri sendiri. 1. Tidak salah untuk beribadah bahkan dituntut untuk memperbanyakkan amal ibadah sebagai bekal untuk menghadapi hari akhirat 2. Salahnya maksud ibadah apabila menghadkan ibadah hanya pada amalan yang berbentuk ritual semata mata . 3. Ibadah adalah tujuan sebenar kita diciptakan 4. Dengan ibadahlah yang membuktikan kehambaan kita kepada Allah swt. 5. Bukanlah ibadah yang menjadikan si pelakunya pemalas, sebaliknya, ia sebenarnya adalah sikap negatif yang menjadi tabiat seseorang. 6. Untuk mengubah diri , perlu bermula dengan mengubah hati. Maka, hati hanya mampu diubah apabila sentiasa dipelihara dan disucikan. 7. Hanya iman yang mampu memainkan peranan tersebut. 8. Banyak unsur yang boleh menjadi faktor yang menambah bekal iman. 9. Antara unsur yang terpenting adalah amal ibadah secara individu mahupun jamaie. 10. Sekiranya kita benar benar ikhlaskan niat ibadah kita semata mata kerana Allah swt, barulah kemanisan

Rumah Qudwah.

Di dalam konteks kita sebagai seorang akh yang faham islam dan tegar menuruti program-program tarbiyah, terkadang ada sahaja masanya kita melonjak bersemangat dan ada masanya jatuh terkandas. Betapa kita faham bahawa biah merupakan sebahagian elemen penting di dalam membantu keberjayaan tarbiyah seorang akh. Dimanakah kita boleh memperoleh biah yang membantu ini? Tiada tempat lain dan sudah tentunya di rumah ikhwah. Rumah yang mengumpulkan para daie yang tadinya merupakan seorang akh yang mengikuti tarbiyah dan harakah sesebuah jemaah. Biah = suasana. Maka, suasana apakah yang diharapkan pada sebuah sebuah rumah yang kita sebut sebagai 'rumah ikhwah'? Oleh kerana kefahaman asas tarbiyah adalah berkembang dan sentiasa berlaku sesuatu perubahan yang baik, maka sudah tentunya yang suasana yang diharapkan adalah suasana yang membina dan membentuk peribadi seorang akh. Ia bukanlah peribadi biasa-biasa. Akan tetapi, sebuah pebadi yang unggul dan hebat

Haibat.

Mak ayah kita hebat, Abang kita hebat, Adik kita hebat, Kawan kita hebat, Belum tentu lagi kita hebat. Selagimana kita masih lagi tidak menggunakan sepenuhnya potensi yang kita ada, yang hebat itu bukanlah kita. Selagimana kita masih tidak menguasai sesuatu kemahiran itu, kita masih lagi belum hebat. Selagimana kita masih belum mampu menyumbangkan apa-apa, kita masih tidak lagi hebat. Kalau macamtu, bila kita nak jadi hebat? Hakikatnya, Kita tidak akan pernah tahu bila. Namun, di saat kita merasakan kita telah hebat, ketika itulah kita akan hilang separuh dari kehebatan kita. Lalu, bagaimana? Kehebatan kita hanya akan benar-benar terserlah apabila kita tidak pernah putus-putus melaksanakan usaha untuk mencapai apa yang kita idamkan di dalam hidup. Kerana itu, kita seharusnya bercita-cita besar dan berimpian jauh. Hanya dengan itulah yang akhirnya akan mendorong diri kita untuk terus bekerja dan membentuk peribadi kita. Seterusnya, menjadikan