Posts

Showing posts from April, 2020

Tazkirah #2

Sekali-sekala kita perlu memisahkan diri kita daripada urusan dunia, dan memfokuskan diri kita kepada urusan akhirat. Kerana kehidupan kita, bukan sekadar berlegar di atas dunia, tetapi juga ada di sana kehidupan sesudah dunia, iaitu kehidupan akhirat. Mengingati mati, merenungkan urusan-urusan akhirat, mampu memutuskan angan-angan dan khayalan dunia yang berpanjangan yang berlegar-legar di fikiran kita. Memisahkan diri dengan urusan dunia, bukanlah sebuah sikap yang jumud, bahkan sebenarnya adalah proses tazkiyatun nafs, iaitu penyucian diri daripada kekotoran dunia yang kadang-kadang kita tidak perasan ianya tercalit pada hati. Kekotoran yang menyebabkan kita lupa, leka dan lalai dan larut dengan pesona dunia yang bersifat sementara dan tidak kekal. Kekotoran itulah yang mencemari tindak-tanduk dan cara fikir dan cara kita mengambil keputusan. Asalkan ianya memenuhi kehendak nafsu, sudah cukup untuk kita putuskan sebagai cara. Apabila kita kembalikan semula kehidupan k

Apa yang kita boleh belajar dari covid 19?

Apa yang kita boleh belajar dari wabak covid 19? Ia mengajarkan kepada kita bahawa , manusia kadang-kadang lupa, bahawa bukan semua benda manusia mampu kawal dan kuasai. Sampai suatu masa, Allah swt nak didik manusia bahawa manusia ada limit dan kemampuan yang tidak akan mampu dicapai melainkan dengan izin Allah swt. Kadang-kadang, kita rasa macam semua benda yang kita berjaya capai adalah semata-mata daripada kudrat dan kemampuan diri kita, tanpa kita menyedari sebenarnya ia adalah inayah dan keizinan dari Allah swt. Sehinggalah kita sendiri lupa, dan sanggup meninggalkan kewajipan kita kepadanya. Lebih teruk lagi adalah apabila kita merasa bongkak dan berani untuk melakukan sesuka hati sesuatu perkara tanpa menghiraukan garisan-garisan yang telah Allah swt hadkan. قوله تعالى: وتلك حدود الله ومن يتعد حدود الله فقد ظلم نفسه Firman Allah swt mafhumnya : "Dan inilah hudud (batasan) Allah swt, dan barangsiapa yang melampaui batasan Allah swt, maka dia telah menzalimi d

Tazkirah #1

Image
Ada orang yang hidupnya bermatlamatkan dunia, Ada orang yang hidupnya bermatlamatkan akhirat. Mana satu yang lebih baik? Yang terbaik adalah yang mampu mengimbangkan kedua-duanya. Dia mampu menunaikan haknya di dunia, dan juga menyediakan dirinya untuk menghadapi alam akhirat. Manusia diturunkan ke atas muka bumi adalah sebagai khalifah, iaitu untuk mentadbir dan memakmurkan bumi Allah swt. Pada masa yang sama, dia juga adalah seorang hamba yang mesti tunduk dan patuh kepada segala perintah Allah swt. قال تعالى : إني جاعل في الأرض خليفة  وقال تعالى : وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبدون  Mafhum terjemahan : Firman Allah swt : "Sesungguhnya aku berkehndak menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi". dan Allah swt berfirman lagi : "Dan tidaklah aku menciptakan jin dan manusia, melainkan beribadah kepada-Ku". Sampai suatu masa di dalam hidup kita, kita akan tertanya-tanya kepada diri kita,  "Apa yang