"Sekiranya anda mampu untuk menulis demi Islam, maka tulislah seberapa banyak yang mampu. Tinggalkanlah pesanan-pesanan berharga buat ummat yang sedang lalai. Mudah-mudahan suatu hari nanti apabila mereka terbaca mereka mampu tersedar dan memperoleh kekuatan untuk membuat perubahan bagi diri mereka dan orang lain."

-Mohd Hakimi Bin Lockman

"A leader is a reader".

-anonymous


Sunday, September 30, 2012

jihad : antara kefahaman dan perlaksanaan







Seorang sahabat saya pernah memberikan sebuah memberikan taujihat di dalam suatu program yang telah dijalankan bagi menyusun dan merancang strategi sebagai persiapan agar kita semua mampu memperoleh natijah yang cemerlang di dalam imtihan dan kehidupan . 

Di dalam kalam taujihat (kata - kata nasihat) nya , beliau ada membacakan ayat al - quran yang berbunyi 

"....dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan sebenar - benar jihad , dialah yang telah memilih kamu..."

ayat ini terkandung di akhir surah al - hajj , dan beliau telah mengupas beberapa perkara daripada ayat yang telah di highlight-kan daripada surah ini antaranya : 

1. Jihad bukanlah apa yang disebut - sebutkan sebagai menghunuskan pedang dan mengangkat senjata sebagaimana banyak di salah ertikan oleh ramai pihak pada hari ni .

2. Apabila dikatakan jihad ianya boleh difahami melalui suatu gambaran yang menggambarkan seseorang yang mengerahkan segala tenaga dan usahanya dan merasai segala kesusahan dan keperitan sehinggalah dia dah tak mampu nak bangun lagi ataupun contoh yang lagi mudah kalau dikatakan jihad ilmu contohnya kita bersusah - payah keluar menuntut ilmu daripada awal pagi dan kita berada di katil pada waktu malam yang memang waktu tidur dan time kita tidur tu memang betul - betul orang yang nak pengsan atau nak pitam.

3. Tak jadi jihadlah kalau tak merasai apa -apa kesusahan semasa kita sedang berusaha mencapai sesuatu perkara .

4. Kalau kita lihat , jihad ni kan suatu perkara yang susah , payah , penat , penuh dengan cabaran dan masyaqqah  (senang cakap memang menyusahkan diri la ) adakah ianya suatu perkara yang berdosa ?  Maka dilihatkan keadaan Rasulullah saw dan para sahabat di awal permulaan Islam yang diseksa tapi tak diizinkan untuk membalas maka ketika diturunkan ayat tentang keizinan untuk berjihad melalui peperangan terhadap kaum musyrikin , macammana agaknya perasaan mereka ketika itu ? 

5. Macam sekarang ni kalau kita sendiri taknak berjihad , bersusah - payah untuk mencapai suatu perkara lebih - lebih lagi ilmu , suatu hari nanti kita akan menyesal apabila kita ditimpakan sesuatu ujian dalam keadaan kita tak bersedia dengan apa - apa persediaan disebabkan kita tak nak susah - payah suatu ketika dahulu ketika mana ada lagi peluang . Contoh : kita belajar pengajian Islam , dan bahan bacaan kita kebanyakannya berbahasa arab dan kita malas nak baca bahan - bahan tersebut sebab rasa macam leceh la kena bukak kamus la , tanya orang la , tak tahu baris , takde masa (kononnya) dan sebagainya , maka tiba suatu saat kita nak praktikkan apa kita da belajar akan jadi cacat la time proses nak praktik tu . 

itulah diantara sedikit sebanyak isi kandungan daripada kalam taujihat beliau , dan beliau mengatakan kalau kita ni dibacakan ayat seperti diatas tadi pasal jihad tu , dan kita tak rasa apa - apa . maksudnya kita ni masih lagi tak nampak a hakikat jihad yang sebenar .

p/s : sama - sama kita yang berada di peringkat pengajian tinggi mahupun rendah untuk menterjemahkan salah satu bentuk jihad dalam bentuk menuntut ilmu .
 


Sunday, September 23, 2012

minyak untuk dakwah




sebuah kereta yang mewah , cantik dan memukaukan mata yang memandang takkan mampu memberi apa - apa kalau takde minyak yang telah diisi untuk sesebuah perjalanan , tak kiralah samada jauh mahupun dekat. 

macam tu jugak handphone , lawa dan canggih macammana pun , kalau takde bateri , maunya kita nak pakai . Kenalah cas dulu , kalau tak jadi perhiasan je lah. 

Apa yang saya nak kaitkan daripada dua perkara diatas ialah benda yang boleh menggerakkan kita di dalam dakwah ni . Sudah menjadi sunah (ketetapan) bagi alam ini , pastinya tiap - tiap suatu perkara memerlukan bekal dan tenaga untuk menggerakannya . 

Sekiranya kereta yang sedang bergerak tadi kehabisan minyak , sudah pastinya ia akan terhenti di tengah - tengah jalan . Begitu juga handphone yang digunakan kehabisan bateri , tentunya ia akan terpadam dengan sendirinya . 

Itulah juga daie bekalan tenaga yang perlu ada pada dirinya ialah sebuah tingkatan iman yang sangat tinggi dan dengan kekuatan iman inilah yang akan menjadi titik tolak bagi dirinya untuk terus bergerak dan tsabat (teguh) di atas jalan dakwah yang dilaluinya . 

Kita tahu iman ini , kadang - kala meningkat dan kadang - kala menurun . Yang kita nak kena berjaga - jaga adalah pada saat lunturnya tingkatan iman itu sendiri . 

Ketikamana seorang daie itu sedang meninggi imannya , disaat itulah beliau sangat komited untuk menjalankan segala macam tugas yang diberikan padanya .

Tetapi , apabila sampai suatu masa dimana turun menjunam imannya , maka pada masa itulah beliau mula merasakan suatu perkara yang amat berat bagi dirinya untuk menghadiri apa - apa jua program dakwah . Pada ketika inilah beliau kena sentiasa menjaga hubungannya dengan ikhwah yang berada disekelilingnya lebih - lebih lagi mas'ulnya . 

Inilah salah satu daripada asas utama seorang daie , iaitu kekuatan iman . Kalau kita lihat pada zaman permulaan Islam , Rasulullah saw mentarbiyah para sahabat r.anhum dengan kekuatan iman . Pada ketika zaman itu , tidak lagi disyariatkan untuk berjihad memerangi musuh .

Para sahabat r.anhum pada masa itu sangat ditekankan untuk menjaga solat mereka dan juga ayat - ayat yang turun pada ketika itu semuanya menekankan kepada pembinaan iman dan akidah . Kemudian , setelah berhijrah ke madinah barulah disyariatkan dengan berbagai - bagai jenis ibadah termasuklah juga jihad memerangi musuh Islam . 

Apa yang dapat dilihat disini ialah bagi seorang daie mestilah ditanamkan dengan kekuatan imaniah dan aqidah yang kuat sehinggalah beliau mampu untuk menjaga imannya tidak kira dimana ia berada . 

Daie tersebut mestilah juga mempunyai usaha dengan menjaga segala amalan yang boleh maintainkan immannya agar tidak luntur dan tidak pudar pada suatu masa nanti . 

Seorang daie yang kuat imannya tidak akan menghadapi masalah di dalam menempuhi apa jua tugasan yang diberikan kepadanya , malahan segala susah dan payah yang dirasai tidak akan menjadi penghalang bagi dirinya untuk terus menjalankan kerja -kerja dakwah . 

Semoga dalam kesibukan kita mengikuti program - program dakwah dan menjalankan kerja - kerja tersebut tidak melupakan kita daripada berusaha untuk meningkat iman di dalam hati kita .



Saturday, September 15, 2012

muhasabah tak sampai seminit ........





hari ini adakah kita masih bersyukur bahawa kita masih lagi hidup dengan nafas keimanan ?

adakah sudah segala kewajipan solat dengan sempurna dan berjemaah ?

adakah kita solat diawal waktu atau kita melewatkannya?

adakah iman kita berada di tahap yang paling tinggi atau yang paling rendah ?

adakah kita sudah menolong saudara kita yang seakidah di dalam urusan mereka ?

berapa banyak muka surat al - Quran yang kita dah baca ?

adakah kita sudah beristighfar sebanyak mungkin ?

adakah kita masih lagi merasa remeh dengan dosa - dosa kecil dan tak takut dengan dosa - dosa besar ?

adakah kita masih lagi lalai dan leka dengan urusan - urusan duniawi yang tak berfaedah ?

adakah segala amal yang kita lakukan kita buat dengan ikhlas ?

dan segala soalan yang sewaktu dengannya ......



ini sekadar soalan cepumas buat diri kita . Tarik nafas dalam - dalam . Jawab di dalam hati dengan jujur . Moga - moga diberikan hidayah dan taufiq oleh Allah....


Wednesday, September 5, 2012


"Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.