Posts

Showing posts from May, 2009
Mencari Teman Ke Syurga www.iluvislam.com Oleh: Thuaibah Editor: NuurZaffan   Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga. "Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melih
ISLAM HARAMKAN PERBUATAN MENGUMPAT   Oleh ABDUL RASHID AHMAD: (Jabatan al-Quran dan al-Hadiyh, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya)   FIRMAN Allah bermaksud: "Hai orang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengah yang lain. Sukakah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi amat mengasihani" (Surah Al-Hujurat: ayat 12) .   Melalui ayat di atas, Allah mengajar manusia bagaimana mereka dapat membersihkan hati dan perasaan daripada perkara yang boleh menjejaskan keharmonian kehidupan bermasyarakat.   Larangan seperti itu bagaikan benteng kukuh yang didirikan oleh Islam demi menjaga kehormatan dan kebebasan individu Muslim dalam masyarakatnya yang mulia dan unggul.   Dalam aya

Menjadi penolong (agama) Allah...

Image
"wahai org2 yg beriman , bantulah agama Allah , nescaya dia akan membantumu dan menguatkan pendirianmu " (47:7) Sudah menjadi lumrah dan ketetapan di dlm dunia ini , siapa yg menolong seseorang pastilah dia juga akan ditolong ketika menghadapi kesusahan . Begitu juga dengan Allah SWT yg Maha Adil dan maha Bijaksana , tatkala dia melihat hambanya benar2 ingin membantu menegakkan dan menyebarkan agama-Nya yg benar iaitulah ISLAM nescaya dia akan mengirimkan bantuan , kemenangan dan juga kejayaan dlm perjuangannya , kerana perjuangannya adalah benar dan matlamatnya hanyalah mencari keredhaan-Nya. Dlm perjalanan sbg pembantu Allah SWT (dlm mnegakkan agama islam) , memerlukan pengorbanan dan keikhlasan hati yg tinggi . Stp org yg menawarkan dirinya utk berjuang membantu agama-Nya paling tidak pun perlualah mengeluarkan wang ringgit walaupun seringgit dan mengerahkan segala jiwa dan tenaga utk jiwa kebenaran . Pada masa kini, amat sedikit sekali jumlah umat islam yg sanggup keluar