"Sekiranya anda mampu untuk menulis demi Islam, maka tulislah seberapa banyak yang mampu. Tinggalkanlah pesanan-pesanan berharga buat ummat yang sedang lalai. Mudah-mudahan suatu hari nanti apabila mereka terbaca mereka mampu tersedar dan memperoleh kekuatan untuk membuat perubahan bagi diri mereka dan orang lain."

-Mohd Hakimi Bin Lockman

"A leader is a reader".

-anonymous


Wednesday, December 19, 2012

Nampak gayanya , sekarang ni memang Mesir sudah benar - benar mengalami musim sejuk . Namun , tidak pasti lagi kesejukan itu masih lagi mampu meredakan kepanasan  hati golongan liberal dan sekular yang kian hari membantah tindakan Presiden Mursi melakukan perubahan ke atas dustur (perlembagaan) Mesir.

Ada sahaja rakan yang berpendapat , memang patut pun Mursi buat macamtu , biar terketuk sikit kepala diorang ni . Tak tahulah nak kata apa , cuma mendoakan agar Mesir ni sentiasa dalam keadaan aman dan damai .

Dan kalau ada lagi di Malaysia yang ada rasa macam Mesir ni tengah huru - hara , jangan risau , ia taklah seteruk yang disangka . Alhamdulillah , kami masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa bahkan sekarang ni kami sedang sibuk membuat persiapan bagi menghadapi imtihan yang kian menjelang . Rata - ratanya akan bermula kira-kira lewat bulan Disember .

Sama macam tahun yang sebelum ni , winter oh winter . Nasib baiklah takda salji kat Mesir ni . Kalau dah takde salji pun dah rasa malas nak bergerak ke sana ke sini menyelubungi diri dengan lihaf (selimut tebal) apatah lagi kalau bersalji . Mau kejung satu badan . Heheh....

Apapun celoteh ni sekadar ingin memanaskan badan untuk kembali menulis dengan semangat baru setelah usaha untuk memasang wifi di asrama johor yang aku diami ni hampir berjaya . Sedihnya masih takde laptop sendiri . Macam dapat nasi je lah tapi takde pinggan .







p/s : sesiapa yang ada twitter followlah saya ye @kimilockman

Monday, December 17, 2012

Monday, December 3, 2012

5 minggu lagi


Nampaknya tinggal sebulan sahaja lagi peperiksaan fasa pertama bakal berlangsung bagi para mahasiswa al-Azhar . Diharapkan masing - masing dapat menyediakan diri untuk menghadam segala bentuk isi subjek yang telah dipelajari agar dapat menjawab soalan peperiksaan yang bakal menjelang tiba dengan baik dan cemerlang dan menjadikan mahasiswa al-Azhar mahasiswa yang berkualiti .