Posts

Showing posts from October, 2019

Pilihan.

Setiap hari kita akan sentiasa berdepan pilihan demi pilihan. Tidur atau bangun. Mandi atau gosok gigi sahaja. Makan atau minum sahaja. Datang awal atau lambat. Ada sesetengah orang berpendapat, "Buat apa pilih kalau kita boleh buat dua-dua". Mungkin betul, mungkin salah. Tetapi, bukan setiap masa kita boleh melakukan dua perkara di dalam satu masa. Bahkan, multi-tasking pun menurut sesetengah pendapat mengatakan ia tidak akan menjadi produktiviti yang berkualiti. Maka, akhirnya, terpaksalah juga membuat pilihan. Selalunya timbul kekeliruan, disebabkan kita terpaksa atau merasakan suatu kemestian untuk melaksanakan dua atau tiga perkara serentak kerana kita mahukan perkara-perkara tersebut diselesaikan dengan segera. Seolah-olah tiada hari esok untuk kita, bagi menyiapkan perkara-perkara tersebut. Lebih parah adalah disebabkan kekeliruan yang berlaku, akhirnya kita mengambil jalan untuk berputus-asa dan tidak melakukan apa-apa. Saya percaya, diluar sana,

Al-futur.

Tadi ada student tanya, "Ust macamane eh, dulu saya rajin baca quran dekat rumah. Hari-hari saya akan baca lepas solat maghrib. Sekarang dah tak rajin macam dulu, baca pun kalau ada waktu menunggu, macam time kat dalam kenderaan. Saya rasa macam berdosa pulak buat macamtu". ... Dah balik ni baru teringat satu hadis nabi saw, رواه عبد الله بن عمرو رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: «لِكُلِّ عملٍ شِرَّةٌ، ولِكُلِّ شرَّةٍ فَترةٌ، فمن كانَت فَترتُهُ إلى سنَّتي، فَقد أفلحَ، ومَن كانت إلى غيرِ ذلِكَ فقد هلَكَ» (مسند أحمد، وصححه الألباني). "Setiap amal, ada masa semangat, dan setiap kali semangat, ada masa futurnya. Barangsiapa yang berpegang teguh pada sunnahku ketika dia futur, baginya kejayaan, dan barangsiapa yang berada pada keadaan sebaliknya, maka celakalah ia..)" ... والله أعلم 13.10.2019 Hakimi

Jujur atas Taubat.

Dalam banyak-banyak kisah taubat, bagi saya kisah Kaab Ibn Malik Ra. adalah kisah taubat yang paling menyayat hati pernah saya jumpa. Disebabkan sedikit perlecehan dan penangguhan, beliau RA, tertinggal untuk mengikuti perang tabuk. Pada ketika pulangnya Rasulullah SAW bersama para sahabat dari perang tersebut, beliau telah dipulaukan bersama 2 orang lagi sahabat yang lain. Boleh sahaja beliau meminta excuse sepertimana yang dilakukan golongan kaum munafiq yang lain, dan dimaafkan. Tetapi, baginya, adalah baik untuk mengaku dan bersikap jujur atas kesilapannya. Ketika dipulaukan, beliau terasa seperti dunia ini begitu sempit dan cuba kita bayangkan, sepertinya kita telah tahu yang Allah swt memberikan kemurkaan kepada kita dengan bentuk yang amat jelas dan nyata. Bukan sangka-sangka atau teka-teka. Sebab hukuman tersebut adalah langsung datang dari keputusan Rasulullah SAW. Sehinggakan isterinya juga diminta untuk tidak dekat kepdanya, (tetapi tidak cerai) dan juga ahli ke

Menjasadkan Kefahaman Al-Quran

Syeikh Said Ramadhan Al-buti Rahimahullah dalam kitab fiqh sirah menyebutkan antara kepentingan mempelajari sirah pada point-nya yang ketiga adalah membantu memahami tafsiran al-Quran dan menghayati dengan sepenuh jiwa dan mencapai tujuannya, kerana kebanyakan peristiwa di dalam al-Quran adalah perkara yang berlaku di zaman ar-Rasul Saw. أن يجد الإنسان في دراسة سيرة عليه الصلاة والسلام ما يعينه على فهم كتاب الله وتذوق روحه ومقاصده ، إذ إن كثيرا من آيات القرآن إنما تفسرها وتجليها الأحداث التي مرت برسول الله صلى الله عليه وسلم (Terjemahan lebih kurang seperti apa yang saya nyatakan di atas) ... Dengan mempelajari sirah banyak membantu memberikan gambaran yang jelas daripada apa yang Allah swt sebutkan di dalam al-Quran dan memahami al-Quran pada apa yang berlaku ketika hiduo baginda saw. والله أعلم Mohd Hakimi Bin Lockman, 8.10.2019 Selasa.

Kisah Nabi Musa As dan Seorang Lelaki.

Kisah Nabi Musa As dan seorang lelaki di dalam al-Quran yang disebut sebagai hamba dari kalangan hamba-hamba kami (عبد من عبادنا) adalah kisah yang amat menarik sebenarnya. Ia mengajar erti kesabaran seorang murid dan guru sekalipun muridnya memiliki title yang dimuka bumi iaitu "Ar-Rasul" atau bahasa melayunya kita boleh sebut utusan Allah swt yang menyampaikan pesanan-pesanan-Nya. Namun, apabila masuk kepada perihal menuntut ilmu, apa title sekalipun murid tersebut mestilah taat dan menghormati kedudukan gurunya, malah tidak tergesa-gesa dan tergopoh-gapah memahami apa yang gurunya cuba sampaikan. Sebelum bermula pembelajaran, lelaki tersebut telah memberikan satu syarat sahaja sekiranya ingin mempelajari sesuatu daripadanya iaitu , tidak boleh bertanya apa-apa atas apa yang beliau lakukan. Sekiranya baginda As bertanya apa-apa maka urusan mereka berdua akan terbatal (urusan menuntut ilmu). Lelaki tersebut juga sudah berpesan awal-awal, "Kau takkan mampu bert