Kisah Nabi Musa As dan Seorang Lelaki.

Kisah Nabi Musa As dan seorang lelaki di dalam al-Quran yang disebut sebagai hamba dari kalangan hamba-hamba kami (عبد من عبادنا) adalah kisah yang amat menarik sebenarnya. Ia mengajar erti kesabaran seorang murid dan guru sekalipun muridnya memiliki title yang dimuka bumi iaitu "Ar-Rasul" atau bahasa melayunya kita boleh sebut utusan Allah swt yang menyampaikan pesanan-pesanan-Nya.
Namun, apabila masuk kepada perihal menuntut ilmu, apa title sekalipun murid tersebut mestilah taat dan menghormati kedudukan gurunya, malah tidak tergesa-gesa dan tergopoh-gapah memahami apa yang gurunya cuba sampaikan.
Sebelum bermula pembelajaran, lelaki tersebut telah memberikan satu syarat sahaja sekiranya ingin mempelajari sesuatu daripadanya iaitu , tidak boleh bertanya apa-apa atas apa yang beliau lakukan. Sekiranya baginda As bertanya apa-apa maka urusan mereka berdua akan terbatal (urusan menuntut ilmu).
Lelaki tersebut juga sudah berpesan awal-awal,
"Kau takkan mampu bertahan bersama aku".
Tapi Nabi Musa As tercabar,
"Macamana kau tau aku tak mampu, sedangkan belum start lagi".
Lalu apabila bermulanya perjalanan mereka berlakulah perkara-perkara di luar jangkaan Nabi Musa As apabila lelaki tersebut membuat lubang di kapal nelayan, membunuh anak kecil dan membantu anak mendirikan rumah yang hampir roboh (di ketika mereka hadir di tempat yang orang macam tak menyambut pun kedatangan mereka).
Disebabkan hal-hal yang berlaku di luar jangkaan Nabi Musa As menyebabkan baginda As asyik terlanggar syarat yang mudah iaitu, tak boleh tanya apa-apa.
Sepatutnya sekali sahaja tersilap sudah menyebabkan Nabi Musa As tidak layak lagi untuk berguru dengan lelaki tersebut. Tetapi beliau memberikan peluang sampai 3 kali.
Akhirnya sampai kali ke 3, lelaki tersebut pun berpisahlah lelaki tersebut dengan Nabi Musa As.
قال هذا فراق بيني و بينك
Dia berkata : inilah perpisahan antara aku dan engkau.
Sambil dia menerangkan juga sebab-sebab tindakan-tindakan beliau yang pelik.
Dapatlah diambil pelajaran dari kisah ini bahawa Nabi Musa As gagal menjadi anak murid lelaki tersebut disebabkan melanggar satu syarat yang mudah iaitu, jangan tanya apa-apa.
Bukanlah kisah ni nak menceritakan superrior kedudukan seorang guru, tetapi Allah swt nak mengajarkan kepada kita bahawa di dalam menuntut ilmu haruslah bersedia untuk beberapa perkara.
1. Merendahkan diri walaupun apa juga title kita di hadapan guru.
2. Dengar dahulu apa yang guru tu cuba sampaikan barulah kemudian kita proses dan tanya semula seandainya ada keraguan.
3. Kalaupun ada perkara yang tidak kita persetujui harus berbincang dan tidak mencemuh guru tersebut.
4. Paling penting ialah taat kepada arahan atau syarat yang guru tersebut letak. Boleh jadi ada hikmah tersembunyi daripada apa yang guru tersebut cuba sampaikan.
5. Macam point no 2, sentiasa bersabar dengan segala apa yang guru tersebut cuba sampaikan samada guru tu kadang-kadang boring, tak kelakar ataupun kadang-kadang garang sangat, tapi kita kena ingat, apa yang mereka sampaikan kepada kita benda yang sangat-sangat berharga iaitu ilmu. Nampak macam takde apa ilmu ni, tapi bila sampai masa kita perlukannya baru kita tahu benda tu berharga.
والله أعلم بالصواب
kisah dari surah al-Kahfi.
Ada riwayat mengatakan lelaki tersebut adalah Nabi Khidir As.
والله أعلم

Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Pulang dan Kembali.

Kepentingan Niat yang Jelas.