Posts

Showing posts from February, 2015

Menjawab sedikit kekeliruan yang kadang-kala ditimbulkan oleh para Perokok.

Image
Terkadang terdapat dialog di antara si perokok dan kawan yang menegur berbunyi sedemikian ; "Lan, kau tau tak, rokok ni bahaya! Menjejaskan kesihatan tau. Fatwa haram rokok pun dah keluar dah. Eloklah kalau kau berhenti rokok. Sampai bila lagi kau nak terus merokok ni?".  Ujar Ahmad. Lan ketika itu sedang berbaring di atas katil. Cuba menghilangkan sedikit keletihan sesudah pulang dari sekolah. Lantas dia membalas ,  "Apa yang kau mengarut ni Mad. Apa yang bahayanya?! Aku ok je. Sihat je. Boleh main bola wakil sekolah lagi. Kau tahu tak, orang kata kalau dah sampai ajal tu, mati jugak". *** Sidang pembaca yang saya kasihi, Saya agak tertarik untuk menjawab kekeliruan yang dinyatakan oleh perokok yang berpendirian sedemikian. Pernah kawan saya mengadu akan situasi tersebut. Rata-rata orang akan terdiam dengan jawapan tersebut. Mungkin alasan tersebut kelihatan kukuh. Seakan-akan side-effect yang selama ini diwar-warkan seolah-olah sebuah pembohong

Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat : Sebuah Pemergian yang Dirindui.

Image
Semoga Allah merahmati pemergian tokoh dakwah yang sangat agung.  Yang banyak mengajarkan kepada masyarakat nilai perjuangan memartabatkan Islam. Yang mencelikkan kepada masyarakat di Malaysia khususnya, keperluan untuk menegakkan Islam di atas muka bumi ini. Kita masih memerlukan ramai lagi ulama seperti ini. Ulama yang telah menunjukkan qudwah dan tauladan yang baik. Ulama yang turun berdakwah kepada masyarakat. Bukan ulama yang sekadar berbangga dengan ilmunya. Inilah insan yang layak untuk kita gelarkannya sebagai MUROBBI UMMAH. Semoga Allah menggantikan tempatnya dengan lebih ramai lagi mujtahid dan mujahid yang ikhlas berjuang di atas jalannya. Semoga ada lagi insan-insan yang mewarisi perjuangannya menegakkan Islam. Semoga Allah menerima segala amalan dan pengorbanan serta jasa yang telah disumbangkannya buat umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia. Semoga Allah menempatkannya bersama para Rasul, para Nabi, orang-ora

Cerita Beyt Ansor #2 : Rehlah Dumyat.

Image
Berlaku pada 28 Januari 2015, Rabu. Musim syitaa (Sejuk). Pada tarikh tersebut rumah kami telah terlibat di bersama sebuah rehlah ke pantai Dumyat. Rehlah kali ini menggabungkan beberapa rumah ikhwah yang yang lain. Rehlah ke pantai Dumyat saban tahun menjadi tumpuan utama para pelajar Mesir. Biasanya terjadi ketika cuti syitaa, setelah selesai peperiksaan fasa awal universiti. Rata-ratanya datang untuk mengutip kerang-kerang yang dikatakan mendarat di persisiran pantai.  Untuk pengetahuan, kerang di sini besar-besar saiznya. Gambar ketika proses kutipan kerang : Tidak dapat dinafikan, airnya sungguh sejuk, namun keinginan untuk makan kerang yang membuak-buak menjadikan kami tidak tergugat dengan kesejukan air tersebut. Sampai masa untuk masak : inilah antara sebahagian dari hasilnya. ikhwah yang tekun memasak. Beberapa view  di sekitar pantai di Dumyat, tempat kami kutip kerang :

Fear Kills Dream

Image
Ketakutan itu akan membunuh impian! Benar atau tidak?  Terpulang pada kita untuk menentukannya. Samada mahu mengiyakannya ataupun menafikannya. Tanyalah kepada diri kita sendiri, sampai bilakah agaknya mahu ragu-ragu dan teragak-agak di dalam melakukan sesuatu? Sampai bilakah lagi mahu menunggu dan membiarkan masa berlalu? Setiap hari dan setiap masa, akan sentiasa ada insan-insan yang mencium hadiah kejayaan. Namun, apa pula yang telah kita kecapi? Apa matlamat yang telah kita letakkan di dalam hidup kita? Sejauh mana usaha kita untuk meletakkan usaha dan kesungguhan kita untuk mencapai matlamat tersebut? Setiap hari, kita sentiasa diberi pilihan. Mahu berjaya atau gagal? Mahu mengikut petunjuk atau sesat? Segala-galanya berada di dalam genggaman kita. Mahu atau tidak sahaja? Kita tidak perlu menunggu masa yang sesuai yang mencipta sebuah kejayaan. Kitalah, yang perlu memulakan dan mencipta sebuah peluang untuk mencapai sebuah kejayaan! Seandainya, kita ter

Nilai Timbangan Akidah. Adakah yang Lebih Utama?

Image
"Seorang hamba perempuan yang beriman adalah lebih baik daripada seorang perempuan musyrikin." Dimanakah agaknya akan anda jumpa kenyataan ini? Kenyataan ini sebenarnya diadaptasi di dalam al-Quran. Di sebuah ayat yang menceritakan hukum-hakam perkahwinan. Di dalam ayat tersebut, menceritakan bagaimana bolehnya seorang muslim berkahwin dengan seorang perempuan musyrikah (kafir yang menyembah berhala) seandainya dia bersetuju untuk beriman dan menganut agama Islam. Namun, Allah menyatakan bahawasanya perempuan yang beriman, sekalipun dia dari dalam kalangan hamba, maka dia adalah lebih mulia dan utama kedudukannya berbanding dengan segala jenis perempuan seandainya dia cantik, kaya dan berharta, baik pula budi pekerti, namun tidak beragama Islam dan tidak beriman kepada Allah swt. ***** "Kamu adalah sebaik-baik umat yang keluar dari kalangan manusia, menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemunkaran dan beriman kepada Allah. Dan kalaulah ahli kitab i