Cerita Beyt Ansor #2 : Rehlah Dumyat.



Berlaku pada 28 Januari 2015, Rabu.
Musim syitaa (Sejuk).

Pada tarikh tersebut rumah kami telah terlibat di bersama sebuah rehlah ke pantai Dumyat. Rehlah kali ini menggabungkan beberapa rumah ikhwah yang yang lain.

Rehlah ke pantai Dumyat saban tahun menjadi tumpuan utama para pelajar Mesir. Biasanya terjadi ketika cuti syitaa, setelah selesai peperiksaan fasa awal universiti.

Rata-ratanya datang untuk mengutip kerang-kerang yang dikatakan mendarat di persisiran pantai. 

Untuk pengetahuan, kerang di sini besar-besar saiznya.



Gambar ketika proses kutipan kerang :








Tidak dapat dinafikan, airnya sungguh sejuk, namun keinginan untuk makan kerang yang membuak-buak menjadikan kami tidak tergugat dengan kesejukan air tersebut.





Sampai masa untuk masak :


inilah antara sebahagian dari hasilnya.

ikhwah yang tekun memasak.








Beberapa view  di sekitar pantai di Dumyat, tempat kami kutip kerang :







Beberapa ayat al-Quran berkenaan Musafir atau rehlah :

Katakanlah (Muhammad), "Jelajahilah bumi, kemudian perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.''

(Surah al-An'am : 11)

Berjalanlah kamu di muka bumi, lalu perhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa.

(Surah an-Naml : 69)

Katakanlah (Muhammad) "Berpergianlah kamu di muka bumi lalu lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang dahulu. Kebanyakan mereka adalah orang yang mempersekutukan (Allah)."

(Surah ar-Rum : 42)

kredit senarai ayat al-Quran dari blog Musafir al-Ghouraba






Penutup :

Pada post kali ini, suka untuk saya berpesan kepada diri sendiri dan kita semua agar membiasakan diri untuk rehlah dan bermusafir bersama-sama sahabat kita. Kerana, ketika itu akan dapat mengenali dengan lebih mendalam akan dirinya.

Berdasarkan perkenalan melalui rehlah yang dilakukan bersama bukan setakat menambah maklumat berkenaan akh tersebut, malahan akan mengeratkan lagi hubungan ukhwah dan semangat kebersamaan.

Tambahan, banyak benda baru yang akan ditemui dan pelajari sepanjang permusafiran ataupun rehlah di atas muka bumi Allah.

Maka, tidak rugi untuk keluar bermusafir dan rehlah, asalkan kita tanamkan niat perjalanan kita adalah agar Allah membuka dan menyingkap pintu hidayah, hikmah dan rahmatnya.



Semoga Allah mempertautkan hati-hati ini di atas landasannya yang benar.




Beyt Ansor
3:58 Petang
4 Februari 2015, Rabu.










Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.