Posts

Showing posts from January, 2015

Cerita Beyt Ansor #1

Image
Berdiri dari kiri : Hakimi, Rusydan, Ubaidah, Auzaie, Faiz Lee, Andrianto, Faris, Akram, dan Siddiq (rumah lain). Tengah : Qamaruddin. Bersarapan di rumah akh Faiz Lee. Tiada apa yang hendak diceritakan sangat, cuma sekadar ziarah ukhwah sesama ikhwah. Namun, apa yang penting ialah budaya ziarah-menziarahi haruslah sentiasa diterapkan dan disematkan di dalam hati setiap orang agar hubungan sillaturrahim sentiasa segar dan terbina. Berziarahlah walaupun sekejap.

Poster : Look forward.

Image

Poster : Harapan masih ada.

Image

Specialnya Nabi kita SAW ini, mengapakah sedemikian?

Image
Kita disuruh untuk mengikuti segala bentuk kehidupan yang dilalui oleh Baginda SAW. Dan segala perbuatan baginda SAW adalah berdasarkan wahyu. Apa yang telah baginda lakukan adalah hujjah kepada sesuatu hukum. Namun, ada sebahagian daripada perbuatan baginda yang sememangnya eksklusif untuk baginda sahaja. Dimana perbuatan tersebut tidak sah dilakukan selain daripada baginda SAW. Contoh yang paling jelas ialah kebenaran kepada baginda SAW untuk berkahwin seramai melebihi 4 orang. Tentunya kita tertanya-tanya, mengapa baginda ada kelebihan yang tidak diberikan kepada orang biasa seperti kita. Walaupun kita tahu, baginda SAW adalah kekasih Allah ataupun sememangnya memang ada kisah disebaliknya, tentunya di hati kita membutuhkan jawapan yang mampu menenangkan hati kita. Di sini, kalau kita benar-benar menghayati kehidupan baginda SAW, nescaya kita tidak akan persoalkan kelebihan-kelebihan yang Allah SWT berikan kepada baginda SAW. Yang paling kita perlu faham dan jelas tent

Kalaulah Allah menghendaki.

Image
Holy Quran 18:23 ------------------ وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Holy Quran 18:24 ------------------ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰ أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini". Lafaz inshaAllah adalah salah satu tanda menunjukkan bahawasanya, segala tindak-tanduk yang kita lakukan adalah berkehendak kepada kehendak Allah SWT. InshaAllah bermaksud : "kalaulah Allah menghendaki." Di Mesir, praktikal kalimah ini adalah meluas. Bukan sekadar bertujuan untuk menutup kalam p

New Me, 2015.

Image
"New year, new me," They say. Sebuah quote yang saya jumpa di twitter. Namun, kebanyakan responnya ialah troll. Haha. Entah apa yang kelakarnya, saya pun tidak pasti. Kemungkinan tidak ramai yang benar-benar menghayati kepentingan perubahan di dalam diri.  Apa yang pasti, ramai orang lebih suka menganggap tahun baru adalah saat untuk berseronok dan berpesta kerana majlis-majlis sambutan yang diadakan. Kalau mat saleh memang paling galakla. Mereka memang suka berparti, berseronok dan berjoget. Itu bukanlah budaya kita. Pada masa yang sama, tahun baru bukanlah perayaan orang Islam. Namun, kita percaya setiap waktu perubahan itu berlaku. Kita menganggap tahun baru adalah sebahagian dari perjalanan masa. Sebagai seorang muslim, setiap hari kita perlu berazam untuk memperbaharui diri kita. Menjadikan diri kita pada esok hari adalah lebih baik daripada semalam. Tidak statik dan tidak kekal sama. Untuk itu, andai kita merasakan keperluan untuk men