Kalaulah Allah menghendaki.


Holy Quran 18:23
------------------
وَلَا تَقُولَنَّ لِشَيْءٍ إِنِّي فَاعِلٌ ذَٰلِكَ غَدًا

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".

Holy Quran 18:24
------------------
إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ ۚ وَاذْكُرْ رَبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰ أَنْ يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَٰذَا رَشَدًا

Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

Lafaz inshaAllah adalah salah satu tanda menunjukkan bahawasanya, segala tindak-tanduk yang kita lakukan adalah berkehendak kepada kehendak Allah SWT.

InshaAllah bermaksud : "kalaulah Allah menghendaki."

Di Mesir, praktikal kalimah ini adalah meluas. Bukan sekadar bertujuan untuk menutup kalam perjanjian. Akan tetapi juga turut juga digunakan di dalam situasi yang berlainan seperti : 

*Ketika naik bas*

Penumpang : Bas ni pergi Al-Azhar tak?

Konduktor bas : InshaAllah.

-padahal bas tu memang laluannya ke Al-Azhar.

Kalau kita fikirkan, apakah keperluannya menyatakan lafaz tersebut?

Cukuplah untuk kita memahami betapa besarnya nilai kalimah ini dan, kalimah inshaAllah juga merupakan sebuah kalimah tauhid. Dimana, seorang hamba yang beriman dan merendah diri pastinya merasakan bahawa dia adalah seorang hamba yang lemah dan sentiasa memerlukan pergantungan terhadap Allah SWT.

Wallahualam.


Comments

Popular posts from this blog

Lirik | KeredhaanMu (In-Team)

Kepentingan Niat yang Jelas.

Pulang dan Kembali.