"Sekiranya anda mampu untuk menulis demi Islam, maka tulislah seberapa banyak yang mampu. Tinggalkanlah pesanan-pesanan berharga buat ummat yang sedang lalai. Mudah-mudahan suatu hari nanti apabila mereka terbaca mereka mampu tersedar dan memperoleh kekuatan untuk membuat perubahan bagi diri mereka dan orang lain."

-Mohd Hakimi Bin Lockman

"A leader is a reader".

-anonymous


Tuesday, November 22, 2016

Mesir dan Kebebasan Masa.

"Di Mesir ni, banyak masa kosong. Kalau antum tak isi elok-elok boleh hanyut."
Inilah pesanan yang selalunya akan terbit di lidah saya apabila saya menemui junior-junior yang baru sampai di Mesir.

Apa yang penting adalah supaya, masing-masing sama-sama menyedari peluang untuk mengoptimumkan kesempatan yang ada.

Sepatutnya, dengan masa-masa yang kosong inilah yang menjadikan kita semua produktif dan berjaya menjangkau pencapaian-pencapaian yang baru di dalam hidup.

Tidak patut masa tersebut diisi dengan perkara-perkara mubahat yang berlebihan ataupun perkara lagho.

"Kalau macamtu, nak berhibur sikit pun tak boleh ke?"

Ingatlah pesanan Syeikh Abdullah Wahab Azzam :

"Akal tidak akan pernah berhenti berfikir, dan lidah tidak akan pernah berhenti bercakap, dan anggota badan tidak akan pernah berhenti bergerak.

Seandainya engkau tidak menyibukkan dirimu dengan perkara-perkara besar, nescaya kau akan disibukkan dengan perkara remeh-temeh.

Sekiranya engkau tidak menyibukkan dirimu dengan perbuatan yang baik, nescaya engkau akan disibukkan dengan perbuatan yang buruk."

Wallahualam.






Friday, November 4, 2016

Re-posisi Kehidupan.

Apa yang korang nak buat dalam hidup korang?

Apa yang kita nak buat dalam hidup kita?

Apa yang aku nak buat dalam hidup aku?

Daripada kita tengok orang lain, sampailah kita tengok diri kita sendiri.
Apa yang ssebenarnya kita nak?
Apa yang sebenarnnya kita mahu?

Betulke apa yang kita tengah lakukan sekarang ni yang memang kita nak?
Betulke apa yang kita tengah kejar ni sesuatu yang kita mahu?
Betulke ini semua impian dan cita2 kita?

Sengaja saya timbulkan persoalan2 seperti ini supaya kita jelas akan laluan jalan hidup kita.
Supaya kita tahu, dimana kita berada sekarang, dan kemana kita akan melangkah.

Adakah kita melalui sebuh jalan yang kita tidak tahu dimana penghujungnya?
Atau, adakah kita sebenarnya dihanyutkan oleh perjalanan orang lain?

Krisis Hala Tuju.

Ini adalah perkara biasa yang berlaku kepada mereka yang sedang melalui fasa2 perubahan di dalam hidup.
Dan, kehidupan ini memang akan sentiasa berlaku banyak perubahan fasa yang perlu kita tempuahi.

Boleh jadi, perubahan2 inilah yang mempengaruhi keputusan kita untuk memilih jalan yang kita lalui.

Asalanya nak jadi bomba, tup tup jadi kerani syarikat.
Siapa tahu.

Namun, yang menjadi krisis adalah apabila kita konfius, keliru dan bingung untuk membuat keputusan. Kita risau, ini bukan keputusan yang terbaik untuk kita lakukan.

Padahal, tidak ada cara yang tepat untuk mengatakan keputusan kita itu tepat melainkan kita benar2 serius dengan langkah dan keputusan yang diambil.

Jangan Menyesal Apabila Sudah Mengambil Keputusan.

Apabila kita telah tanamkan azam, maka tekadkan tawakkal.

Percayalah, keputusan yang menenangkan hati kita itulah sebaik2 keputusan yang patut kita ambil.

Jangan takut untuk membuat keputusan.

Orang yang tidak pernah gagal adalah orang yang tidak pernah melakukan apa2.

Sedar Diri.

Sebab itu kita mestilah selalu refleks dan muhasabah diri.

Pada masa yang sama, kita juga mestilah kenal diri kita sedalam2 nya.

Kita mesti ingat bahawa, kita adalah manusia, dan kita mempunyai tanggungjawab yang mesti ditunaikan.

Orang yang kenal dan sedar akan potensi dirinya seharusnya tahu bagaimana caranya untuk memanfaatkan kekuatan yang ada pada dirinya.

Bergeraklah.

Apabila kesedaran telah timbul, maka tiada apa lagi perlu ditunggu melainkan tindakan yang segera.

Jangan bertangguh dan menunggu. Peluang hanya datang sekali sahaja.

Mulakan langkahmu mulai hari ini, kerana esok belum pasti kita masih ada kesempatan.