Posts

Showing posts from September, 2015

Terus-terang.

Image
Kejujuran selalunya menghiburkan, walaupun ianya pahit untuk ditelan,    Sedangkan penipuan itu pula selalu mengguriskan, sekalipun disolek secantik-cantiknya. Apa lagi yang perlu disorokkan, Kalau ia sudah terang dan nyata. Apa lagi yang perlu disimpan, Kalau hanya menjadi luka. Hiduplah atas jalan yang jelas. Tanpa ragu dan syak wasangka. Pahit yang sekejap, Lebih baik daripada parut yang selamanya menghodohkan.

Salam Aidiladha 1436h.

Image
Salam Aidiladha 1436h! Eid Mubarak. Eid Saied. Eid bi barakatillah wa rahmatuhu. Semoga kehadiran eidul adha pada tahun ini mampu mendidik kita untuk menghayati harga dan nilai sesebuah pengorbanan. Dari pengorbanan, terbuktilah ketaatan. Iaitu, ketataan kepada Allah SWT. Tidak diangkat darjat seorang hamba itu, melainkan kesanggupan ia untuk mengorbankan kehendak nafsunya demi meraih keredhaan dari Allah SWT. Itulah apa yang telah dilalui dan dilakukan oleh para anbiya yang terdahulu. Di dalam melakukan pengorbanan, Nabi Ibrahim As telah dipilih oleh Allah SWT menjadi simbolik bagi nilai dan sikap sebegini. Kalau tidak kerana kesanggupan baginda As, nescaya kita tidak kenal erti pengorbanan sebenar. Pengorbanan yang akhirnya memandu kita menuju kepada kasih sayang dan rahmat Allah SWT.                                                                       Salam eiduladha. Kullu sanah wa entum bi khair.

Success Start from a Dream.

Image
Kadang-kala kita tertanya-tanya, "Darimana datangnya kejayaan?" Kerana ada sebahagian daripada kita tidak mampu melihat jalan perlu ditempuh untuk menuju kepada kejayaan. Lalu, kita merasa putus-asa dan tidak berharap akan apa-apa kejayaan melainkan ianya datang bergolek. Sebenarnya, INILAH PEMIKIRAN YANG SALAH! "Kejayaan adalah milik semua orang". Orang yang berfikiran seperti orang yang disebutkan tadi sebenarnya telah tersilap cara di dalam memandang makna dan nilai sesebuah kejayaan. Kerana apa? Kerana dia merasakan kejayaan itu adalah pencapaian-pencapaian yang berjaya dilakukan oleh sebahagian individu-individu yang telah menempa nama di dalam dunia dan sejarah. Kalau di dalam dunia perniagaan, kita boleh lihat pada zaman kini, ikon-ikon yang menjadi lambang sesebuah kejayaan antaranya : Bill Gates - Microsoft. Steve Jobs - Apple. Ananda Krishnan - Astro. Syed Mokhtar Al-Bukhary - Pengerusi Yayasan Al-Bukhary. Irfan Khai

Inviting all to Like and Share my FB Page.

Image
Bismillah. Sukacita dimaklumkan bahawa kimilockman.blogspot.com secara rasminya telah dipautkan bersama sebuah page di facebook iaitu, Blog Kimilockman. InshaAllah, segala perkembangan berkenaan blog ini akan turut dimuatkan di dalam page tersebut. Semoga dengan terciptanya page tersebut akan membantu sedikit-sebanyak peningkatan dan produktiviti dakwah dan tarbiyah serta merealisasikan sebuah seruan yang berbunyi, "Mengarus Perdana Agenda Dakwah". Untuk ke page tersebut, boleh klik di link di bawah. . . . . . . . KLIK SINI Jazakallahu khairan.